Umpan Asas Patin Kolam Harian/Game

Discussion in 'BAIT aka. UMPAN.' started by aerith, Jan 8, 2017.

  1. aerith

    aerith Bilis

    Assalamualaikum geng pancing semua. Hari ni rasa berbesar hati nak kongsikan umpan patin yg sy dah lama pakai pun, alhamdulillah setakat ni byk sgt bagi sumbangan jackport dan hadiah game pada sy. memandangkan sy pun jarang² mancing kolam dah buat masa sekarang ni. Jadi sy rasa eloklah kalau sy kongsikan umpan ni. Khas buat peminat patin.

    *BAHAN UTAMA*

    1. Pallet 920 (saiz kecik) 1kg
    2. Santan 700ml/750ml
    3. Kelapa Parut Segenggam
    4. Perasa Esen/Pati/buahan blend (apa jenis pun boleh)

    *CARA PEMBUATAN*

    Gaulkan pallet tadi dengan santan, apa² jenis santan pun boleh, lagi pekat santan tu, lagi lemak bau umpan tu, kalau campur dgn air pun boleh untuk kolam harian. jika guna essen, sebaiknya guna 750ml, jika gunakan pati yg dibeli atau pati buah²an yg tuan blend dan masak sendiri, sebaiknya guna 700ml, jika tidak, pallet akan jadi terlalu lembut dan sukar dikepal. setelah digaulkan pallet tadi, sampai betul² kembang (dlm 15-30min). simpankan pallet tadi dlm bekas kedap udara selama dua hari.

    selepas dua hari, gaulkan pallet bersama dengan segenggam kelapa parut dan gaulkan sekali dengan apa² jenis perasa yg tuan² mahu. perapkan lagi sehari, dan umpan tuan sudah siap untuk digunakan.

    *PERASA*

    jika gunakan esen starbrand 3 tutup sudah memadai untuk 1kg pallet, atau jika menggunakan emulco dari kedai kek, boleh letak 5-10 tutup (bergantung kepada bau) bagi saya sendiri, sy lebih suka gunakan perasa dan pati yg diolah sendiri. antara yg sy dan kawan² pernah gunakan:-

    1.Tapai Ubi / Air Tapai pulut
    2. Buah rosell
    3. Buah durian
    4. Buah durian belanda
    5. Buah sukun + Mauripan (peram)
    6. Barembang/Kedabu + ara
    7. Pelam Kuini
    8. Buah Nona
    9. Minyak sawit peram
    10. Pelam Bemban (peram)
    11. Buah Kulim
    12. Timun Tikus
    13. Jagung
    14. Jeruk Petai
    15. (Campuran Diatas)

    Secara asasnya, umpan yg sy tulis diatas secara dasarnya ialah LEMAK dari santan, manakala kelapa parut ialah sebagai agen pemecah pallet sewaktu pallet berada dlm air, diperam untuk mengeluarkan sedikit MINYAK sebagai agen penyebar bau didalam air dan sedikit bau MASAM dari santan. manakala perasa adalah untuk menambahkan bau WANGI pada umpan atau utk melebihkan bau lemak atau masam.

    LEMAK+MASAM+WANGI+MINYAK = MAKANAN PATIN

    *NOTA*

    1. jika ikan target atas 10kg, kurangkan bau yg terlalu menyengat.
    2. jika bau perasa terlalu kuat juga blh menyebabkan ikan tak makan.
    3. setakat yg saya cuba, tak berkesan jika dicampur dgn bau busuk.
    4. jika malas nak peram, tak perlu santan pun boleh, cuma guna air kolam, tetapi kurang menyengat.
    5. bau umpan sedap, mohon jangan jilat jari dan makan sendiri umpan tersebut.

    *CARA PENGGUNAAN*

    Perambut V sepanjang sejengkal, matakail (bukan senjengkal, sebab nanti air dalam x blh plk nak duga)

    ok serius

    -

    mata kail cucuk dgn keropok lemau (jenama rostik, hobe, durian atau binbin.)

    batu mati saiz yg sesuai lekat dekat pin untuk mengelakkan matakail lari semasa ikan tengah tendang² umpan.

    pallet tu main kepal, nak buah telur kambing pun boleh, nak buat mcm bola lontar peluru pun boleh.

    umpan ni sy olah untuk kurangkan modal buat umpan, sy sendiri pun bukan org berada, nak beli barang mahal² rasa rugi, kalau tuan² rajin, umpan ni boleh jadi sampai modal pallet dgn keropok je,

    jangan lupa kongsikan kreativiti tuan² dgn perasa yg tuan² buat sendiri dan hasil jika dah cuba umpan ni.
     
    Last edited: Jan 8, 2017
  2. aerith

    aerith Bilis

    Cara Buat Pati Rosell

    buah rosell ikutla berapa byk pun yg tuan nak, buang biji, basuh, masuk dlm bekas untuk dimasak, masukkan air sampai takat separuh dari keseluruhan rosell tadi. kemudian masak sampai rosell tu betul² pekat, masukkan sedikit ajinamoto dan gula. bila dah betul² pekat, tapis kulit² atau serat kulit rosell tu, dan pati dia boleh simpan dlm botol, masuk peti ais.

    kalau nak minum, tuang dlm jag mcm kordial, letak air, letak gula, letak ais (memang boleh minum, sedap pulak tu)
    mcm ribena wehhh.

    kalau nak tuang dlm pallet, sampai bau dia secukup rasa, selalunya 1kg pallet dlm 7-13 tutup.
     
  3. Gold Digger

    Gold Digger Assalamualaikum. Semoga kita mendapat rahmat ALLAH

    ooooooo

    good info boss
     
  4. Jimbet

    Jimbet Bilis

    Terbaik bang, terimakasih kerana berkongsi. Hujung minggu ni boleh try hehe.
     
  5. Assalamualaikum....boleh x pallet 920 tu digantikan dengan e8?
     

Share This Page