tumpang tanya

Discussion in 'Panduan, Pertanyaan, Pandangan, Aduan & Cadangan u' started by wongaedan, Aug 1, 2016.

  1. wongaedan

    wongaedan harimau malaya

    Assalamualaikum....tumpang tanya abam2 admin..
    saya ahli lama tetapi beberapa tahun kebelakang kurang aktif dalam forum ni..
    persoalannya
    1.saya kena bermula semula untuk mendapatkan point bagi membolehkan dapat mengekses ke semua ruangan di pnet ini atau ianya kesilapan sistem baru..
    2.bagaimana untuk menukar tarikh lahir

    teriam kasih
     
    kopytiam likes this.
  2. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    Salam...

    Terima kasih tuan kerana terus setia bersama pancing.net

    1. Bagi isu point, kita sudah pernah beralih hosting atau bertukar server sebelum ini, jadi point terkini yang semua kita pengguna forum ini ada, adalah yang mutakhir dan tiada apa yang kami boleh bantu bagi mengembalikan semula point2 lama. Berkenaan dengan ruangan yang boleh diakses berkaitan point itu, boleh tuan maklum ruangan apa yer

    2. Tarikh lahir memang satu masalah dihadapi semua akibat perisian baru yang kita gunakan...mohon tuan beritahu kami tarikhnya dan kami akan bantu update...^__~
     
  3. pancinglama

    pancinglama Administrator

    terima kasih tuan kerana berkongsi permasalahan.

    kami terpaksa beralih ke platform baru kerana terlalu banyak isu dengan platform sebelum ini. malangnya kekurangan seperti point dan tarikh lahir adalah sesuatu yang diluar jangkaan. insyallah akan kami perbincangan bagai mana untuk menyelesaikan isu point. malangnya isu tarikh lahir agak sukar untuk di selesaikan. kecuali sekiranya kita cuba mengikut sql. tetapi resiko agak tinggi. buat masa itu kami ingin memberi fokus kepada beberapa isu besar sebelum boleh membuat sebarang.

    harapa membantu

    PancingLama
     

Share This Page