Teknik casting........

Discussion in 'TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.' started by Bondiana, Mar 27, 2009.

  1. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Assalamualaikum Bro-bro semue,\
    Saya org baru dalam forum ni............
    salam perkenalan saya hulurkan.

    Nak tanya ckit, mcm mana teknik casting gewang???
    saya dah cuba sendri (Mcm pandai) tapi x penah strike pn,
    Mcm 2 saya baca "Walk the dog " la dan mcm2 lai.
    mcm mana buatnya sume tu>
    ?????

    Harap bro - bro yang lama dapat mengajar saya....
    Chow.
     
  2. ToReX

    ToReX Marlin

    bro bnyk cara bro klu nak mainkan gewang ni cume kiter kene bnyk blajar dr org2 lama n bnykkan bertnya jgn ckp walk he dog stop n jerk pun bole jgk blaja bro :D
     
  3. pancinglama

    pancinglama Administrator

    ada 4 element penting yg kita perlu dalami dan mahir. masa, tempat, peralatan dan teknik.

    masa memancing amat penting terutamanya kalau kita nak memancing di muara sg atau laut. ikan air tawar mungkin tak cerewet sangat. kalau tak kena pada masanya mood ikan utk mengejar umpan amat berkurangan. kebangkalian utk mendapatkan ikan juga akan berkurangan. jadi cari masa yg sesuai. tak pasti tanya kawan yg dan biasa.

    keduanya tempat. ini amat jelas. kalau tempat tu kurang penghuninya sudah pasti keputusannya juga kurang menarik. kalau memancing kat kuala cari tempat2 yg berstruktur. masalahnya majority kita ni takut kat payu atau pokok2 yg tumbang. takut sangkut. tapi itu lah banglow ikan.

    peralatan amat penting. kalau kurang/tak sesuai tentulah juga ia akan memberikan keputusan yg kurang memberansangkan. bayangkan kalau nak cast lure guna rod sepanjang 10 kaki. tentu sahaja ia amat memenatkan. begitu juga umpan. lure ada pelbagai jenis dan rupa. bergantung pada waktu, warna tertentu lebih menyegat dari warna2 lain. ini satu subjek yg amat luas. selalunya hanya pengalaman yg dapat mengajar kita.

    teknik juga memainkan peranan, terutamanya kalau kita casting. tapi teknik sahaja tidak dapat menjanjikan apa2. nasihat sy tak payah guna teknik yg susah. cari yg mudah. kalau dah master 3 element yg lain tu barulah kita menambah teknik2 yg ada.

    pandangan sy. mungkin ada ahli2 lain boleh tambah lagi.
     
  4. abu_cardinal1593

    abu_cardinal1593 Ngail...mmg asyik sekali..tp kpdNYA jgn dilupa..

    sy setuju...kalau nk casting siakap kt muara contohnye jgnlah pakai mesin yg sama besar mesin udang plak..nanti siakap atau kurau saiz kasar rembat gewang,seksa woo mau layann... ;D ;D..
    kenal pasti spot dulu...selidik dgn pemancing yg biasa kt area tu ttg gewang yg bersesuaian..keadaan air..dan lain2 lg...bro2 lain sila ler tamboh jgk ye.. ;)
     
  5. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Tima kasih bro bro sume,
    info yang ditrima amat membantu...
    harapan agar dapat strike ikan
    segala ilmu dan pengalaman bro2 otai suma amat saya hargai..... ;D ;D
     
  6. wanjoker

    wanjoker Jenama Bukanlah Tuah! Sambaran Yang Dikira!

    lain gewang, lain teknik nya...
    rod,reel,line main peranan untuk casting...
    dan rajin2 lah mempraktikan cara mengilat mengikut gewang yang berlainan, tempat, dan ikan yang dicari..
     
  7. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Apa jenis tali yg sesuai utk main kat tasik???
    lure apa yg sesuai ???
     
  8. ToReX

    ToReX Marlin

    biasanyer aku suka guna tali braided bro sbb lmbut n senang nak gayakan gewang sbb xder memory lgpun sensitif bila ikan ragut trus jer strike n hook bnyk brand ada di pasaran cam jerry brown suffix stren just pilih jer pas2 diameter dia halus tp kuat bro :D
     
  9. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    roger...roger,
    info baik nih, thanks bro.
    maklumlah baru nak menceburi dunia casting ni. :D
     
  10. wanjoker

    wanjoker Jenama Bukanlah Tuah! Sambaran Yang Dikira!

    takpe bro... slow2...
    hehehehee....
    hari minggu ni saya nak casting di kuala miri....
    nak cari ikan raja muara ( barra )
     
  11. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Peh best tu brader wan,]
    Dah lama tgk majalah mancing kt miri.......best gila.
    bila la dapat test kt situ.....geram gila tgk gambar :p
     
  12. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Tali braided ni nak beli yang mcm mana???
    Kalau nk casting toman ngan sebarau lures apa yang best???
    Utk Siakap ada teknik yg baik x???
     
  13. ToReX

    ToReX Marlin

    bnyk bro braided yg best tp aku suka guna jerry rown line one dgn stren lama dah aku guna braidedni bgus xde memory pas2 halus tp kuat gila

    gewang ni merupakan subjek yg subjektif sbb bnyk gewang yg bole dguna utk lyn toman aku suka guna gewang dr rapala sbb best dlm menipu toman ni bro mcm the legendary shad rap peh mmg killer siakap pun sama suka baham gewang ni
     
  14. abu_cardinal1593

    abu_cardinal1593 Ngail...mmg asyik sekali..tp kpdNYA jgn dilupa..

    yupp..rapala shad rap..mmg a killer beb... 8)
     
  15. Bondiana

    Bondiana ....Org Offshore....

    Salam bro sume...
    cammana lak ngan rod, kalau nk casting yg mana yg lebih sesuai?
    maksud saya saiz, panjang, jenis...????
     
  16. wanjoker

    wanjoker Jenama Bukanlah Tuah! Sambaran Yang Dikira!

    untuk result yang lebih baik..
    rod, reel , line dan lure memainkan peranan...
    pemilihan rod adalah bersesuaian dengan tempat yang kita hendak casting..
    jika rod berkekuatan 10 hingga 25 lbs, main line 10 - 25 sudah memadai untuk menahan asakan ikan..
    sama juga dengan reel yang hendak dipakai... set itu mesti dah bersesuaian dan mempunyai chemistry...

    p/s : correct me if im wrong.
     
  17. aku_zoul

    aku_zoul Marlin

    kalau nak pilih lure,macam mana?
    ada orang ckp kena pilih ikut warna air...
    selaman pun kena ambik kira....
    ada yang boleh bantu?...
     
  18. ToReX

    ToReX Marlin

    aku suka guna rod yg poundage dia kecil2 jer cam 3-6lb, 6-10lb xpun 8-12lb peh mmg lyn pas2 rod dlm 5'6 ke 6' kira cun la tali dlm 10-14lb shock laeder 20lb peh mmg gerek seh aku skrg gunakan rod custom dr pak abu balok kuantan mmg masyuk beb

    gewang pula bnyk jenis beb susah nak diterangkan tp aku mmg minat gewang2 dr rapala sbb sesuwai dgn diet ikan pemangsa kat negara kiter ni antohnyer shadrap x-rap fatrap taildancer dan berbagai lg (ni pendapat peribadi aku jer )
     
  19. ToReX

    ToReX Marlin

    ni antara gewang yg dah diuji n terbukti berkesan menjerat ikan pemangsa

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]
     
  20. aku_zoul

    aku_zoul Marlin

    kalau dah guna gewang yang betul,
    tp cara tarik tak kena,
    susah jgk nak strike...
    ada sesapa boleh ajar cara yang betul.....
     

Share This Page