Tanah Brooke (pg1),kuNg pAu 2.5 (pg2),Kumpau 5.5,(pg4) gangster CILIK pg11

Discussion in 'Hasil pancingan anda.' started by jai peon, Apr 24, 2012.

  1. jai peon

    jai peon Marlin

    Terjah Port Tanah BrooKe

    Tarikh : 21 april 2012
    Masa : 7:30am~8:10am
    Lokasi : Tanah Brooke



    Perjalanan pulang selepas menghantar isteri ke bangi tidak disiakan. Kali ini percubaan menerjah Port Brooke secara solo.. Lokasi yang saban hari dijeling, kini berada di depan mata. Gabungan set medium/light rod fencwik 6' 8~17 bersama caius 201 menjadi teman. Setiba dilokasi, keadaan sekitar di perhatikan. Tiada tanda-tanda boiling, atau letupan dipermukaan air tidak kedengaran. Kawasan kolam yang agak luas ini begitu sunyi di pagi ini… Tetapi, oleh kerana ingin menerjah, operasi tetap diteruskan.

    Berbekalkan katak Rambutan, soft plastic dan janggut, diharap misi di port Tanah Brooke ini berhasil. walaupun kelihatan kesan-kesan kaki pancing yang bersepahan, namun pagi itu hanya saya seorang sahaja berada di kawasan itu. Mungkin otai-otai kawasan ini tahu waktu-waktu yang sesuai untuk memancing di sini..

    [​IMG]
    *Suasana sunyi Port tanah Brooke yang di terjah
    * Tiada tanda-tanda ia berpenghuni.
    *Kualiti gambar tidak memuaskan.Gambar di ambil menggunakan kamera hand phone..

    Tanpa membuang masa, percubaan sulong dilakukan.Namun tiada sambaran mahupun kelibat sang ikan menyambar. Berbagai cara dan umpan telah digunakan. Namu hasilnya tetap sama. Dalam misi ini, saya tidak mengharapkan hasil yang mantap. Sekadar ingin menerjah Port ini sahaja.

    Setelah bertukar kepada gewang selaman,lemparan ke tengah kolam dilakukan, sedang asyik mengarau, sambaran di dasar kolam dirasakan. Begitu rakus gewang di bawa lari ke celah rumput. Setelah tertancapnya matakail single hook owner, mangsa di heret ke tebing kolam. Hasil pertama hanyalah haruan yang ber saiz curut/lenteng. Baru sahaja hendak di daratkan, ikan menggelupur dan Berjaya melepaskan diri.

    Percubaan diteruskan lagi menggunakan gewang selaman.Berpuluh lemparan dibuat. Namun masih tiada sambaran . setelah 15 minit di lokasi, keadaan menjadi gelap kerana awan hitam menutupi angkasa. Nampaknya hujan akan turun tidak lama lagi… Untuk lemparan kali ini, Katak rambutan digunakan lagi. Karauan sejajar tebing akhirnya membuahkan hasil. Letupan berlaku, dan katak rambutan lenyap dari pandangan. Sentapan di buat, dan joran terus melendut menahan asakan mangsa yang cuba meloloskan diri. Tidak lama kemudian, Mangsa dapat didaratkan. Hasilnya lebih besar dari yang pertama tadi. Di anggarkan berskala 300~500grm. Selepas berphotography, mangsa dilepaskan semula…

    Rintikan air mula turun.. Namun saya terus menduga Port Tanah Brooke ini.. Lemparan ke tengah kolam di lakukan.. Namun tiada sapaan dari penghuninya, sehingga dengan tiba-tiba sambaran seterusnya berlaku tidak jauh dari tebing. Joran melendut lagi.. Kali ini perlawanan harus di segerakan kerana hujan mulai lebat.. Mangsa berskala 400~700 grm segera didaratkan , di photo dan terus dilepaskan semula… Apa boleh buat, kuasa alam tidak boleh kita melawannya… Walaupun hanya beberapa strike, ia tetap menjadikan misi terjah Port Tanah Brooke ini misi singkat yang berjaya.. Jika berpeluang, akan saya kembali lagi untuk menyelongkar kawasan ini


    [​IMG]
    *Haruan pertama yang didaratkan.

    [​IMG]
    *Haruan kedua (terkasar untuk misi ini) yang didaratkan sebelum menamatkan misi..


    Info :Dalam misi ini ,semua tangkapan terus di releaskan dengan selamat..(amalkanlh c&r)
     
  2. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    peeergh...set mantap menghasilkan tangkapan yang mencakup!

    tahniah tuan sifoo... ;)
     
  3. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    belum tahap tuan AS lg lh... ;)
    misi Terjah bersama mihun... he3 ;D
    Tuan, mcm ne dgn yg sy PM td..?
     
  4. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    dapat dah...saya dah balas balikpun....
     
  5. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    tahniah tuan JP ;D ;D ;D
     
  6. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    Tahniah bro jai.. Dasatttt
     
  7. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    t.q tuan afiz.... ;D
    tq Tuan tengas....

    *bila lah dapat join komplot otai-otai...p.Net
     
  8. spana_idop

    spana_idop Tenggiri

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    tahniah...ni port kat trafic light ke
     
  9. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    yup... tp x dapat selongkar habis habisan lah bro... :'(
    laen hari kita repeat nak ..? ;)
     
  10. krulez86

    krulez86 Aku baling kau sambut aku tarik kau ikut

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    Terbaekk Tuan Jai....tahniah
     
  11. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    tuan jai banyak port ruan...

    nt tuan bawakla kami...
     
  12. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    t.q.. sesi latihan tubi sebelum komplot KLIA.. ;)

    port terjah je tuan AS...
    Sbtu ni kita jumpa ye sifu.... ;D
     
  13. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    InsyaAllah... ;)

    jgn panggil teman sifu...

    nama teman Mohd Shahril...kat forum orang panggil abangsayang...

    nama samaran Reel... ;)
     
  14. chapoi

    chapoi Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    dah macam ariel af6 plak..hehe
     
  15. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    jgn lupa undi Bro AS ye chapoi... ;D
     
  16. chapoi

    chapoi Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    AFUNDI TUAN AS dan hantarkan ke 33223 kikiki
     
  17. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    Lalu port je terjah, terjah je terus dapat ! Ni yg buat jeles amat wei ! ;D ;D ;D
     
  18. jai peon

    jai peon Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    ya betul... sms undi ke 33223 ext. 999 he3 :p


    he3 jgn terjah saya suda le tuan man...keh3 ;)
    p/s: bila nak terjah lagi Black Port tu ..? ???
     
  19. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    Port black tu kena tanya bro shahzam cip organiser ! ;D
     
  20. Ejump

    Ejump Marlin

    Re: Terjah Port Tanah Brooke..!! ( Artikel Kontot +/- 460 perkataan)

    selongkar habis habisan tuan... mantap ;D ;D
     

Share This Page