SUSU KAMBING DAN KEPENTINGANYA DALAM HIDUP KITA

Discussion in 'Keluarga' started by Betok76, Nov 14, 2012.

  1. Betok76

    Betok76 Marlin

    SUSU KAMBING DAN KEPENTINGANYA DALAM HIDUP KITA

    Selalunya, apabila menyebut susu, kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.

    Jika dilihat dari segi khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambaing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan 'panas'. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus masyarakat dunia tahu akan manfaat susu kambing!

    Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

    SEJARAH SUSU KAMBING

    Nabi Adam a.s
    Bermulanya Human Civilisation (tamadun manusia) Habil & Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.

    Nabi Ibrahim a.s
    Merupakan penternak kambing yang agung. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambaing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

    Nabi Isa a.s
    Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

    Peristiwa Israk Mikraj
    Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu. Baginda memilih susu. (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu)

    Nabi Muhammad SAW
    Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah Bin Mas'ud pada masa remaja, menggembala kambing milik Uqbah Mu'aith) dipetik dari tulisan Dr Indah Krisanti-Alhikmah.com

    Mahatma Gandhi
    Tokoh sejarah India, Mahtma Gandhi pula minum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. Penganut agama Hindu mengamalkan minu susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan, juga di dalam amalam perubatan mereka.

    Puteri Maharaja China
    Puteri-puteri Maharaja China pada zaman dahulu juga mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam didalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.




    MENGAPA SUSU KAMBING?
    Susu terbaik selepas susu ibu
    Tidak menyebabkan alahan
    Menguatkan sisitem imunisasi tubuh
    Bersifat alkali
    Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
    Melancarkan sistem penghadaman dan usus
    Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, ulser, asma (lelah), penyakit kulit dan masalah sukar tidur
    Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering, gout dan lain-lain
    Mengimbangi gula dalam darah dan kolesterol
    Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
    Tidak menyebabkan kahak
    Memulihkan tenaga batin
    Awet muda




    SUSU KAMBING vs SUSU LEMBU
    * Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) - penyebab utama alahan
    * Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
    *Protein 2.1 kali ganda *Zat Besi 2.0 kali ganda *Vitamin A 3.8 kali ganda *Kalsium 2.2 kali ganda
    *Potassium 2.1 kali ganda *Garam Galian 2.0 kali ganda *Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
    * Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu
    * Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
    * Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam
    * Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik


    SUMBER NUTRIEN SUSU KAMBING
    * Tenaga * Protein * Lemak * Karbohidrat * Gula * Kalsium * Zat Besi * Vitamin A
    * Vitamin B1 * Vitamin B2 * Vitamin C * Vitamin D * Vitamin B12 * Asid Folik
    * Inositol * Sodium * Pot


    Sumber : trenganukite Online... teman copy paste ajer.... ;D ;D
     
  2. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    terima kasih tuan betuk. info ni berguna,.
    sebenarnya saya belum pernah merasa susu kambing..sedap ke?
    lagi satu dengar2 citer susah nak beli..pasaran terhad. Saya selalu minum susu isteri steril yg dibotolkan tu je..susu lembu kot ;D
     
  3. arif.aimi

    arif.aimi Arif ~ 012-6899787

    Info yg baik. Terima kasih tuan.
     
  4. berudu

    berudu Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka

    Terima Kasih.... Info berguna...
     
  5. bdboy76

    bdboy76 Marlin

    sedap.....ada bau sikit la....tgk cara org yg perah juga n pemakanan kambeng tu
     
  6. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    foremer kita ade jual susu kambing ke...elok untuk org darah rendah.... kadang-2 aku ade gak penyakit ni.... ;D
     
  7. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    info yg bagus ni najib ;D ;D ;D nak tanya, ade cara mudah dipasaran ke kalau kita nakkan bekalan susu kambing ini ::) ::) ::) selalunya abg ambil yg serbuk dalam paket yg dijual dipasaran sekarang ;D ;D ;D kalau nak yg cair punya ade ke dijual dipasaran2 tempatan ::) ::) ::) ataupun ianya sama khasiat baik yg cair ataupun yg dipeket serbuk tu ::) ::) ::) ;D ;D ;D
     
  8. otc

    otc Marlin

    Kawe selalu minum Hi Goat jer.. nak jimat beli sekotak sekotak..
     
  9. blupipes

    blupipes wan-0122301739

    saya ada jual susu kambing fresh punya,rm8 sebotol ;D
     
  10. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    nanti aku balik klang aku...angkat satu.... ;D
     
  11. Betok76

    Betok76 Marlin

    Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing.. Ini cara yang paling baik dan banyak khasiatnya... ;D

    Kalau nak guna yang ready made pun ok takde masalah... cuma khasiatnya dan rasanya tak la sama macam yang ori punya..... hehehe ;D ;D
     

Share This Page