Siapa Tu?

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by jman, Apr 20, 2013.

  1. jman

    jman Marlin

    Saya dan jiran duduk di rumah berkembar dan jiranku ni kerap tidak ada di rumah sebab suami isteri bekerja agak jauh dan kerap duduk di rumah ibunya. Ana kerap juga tinggal bersama pembantu rumah dan anak tunggalnya kerana suaminya kerap out station.Tiga hari lepas isteri jiran saya yang bernama Ana (bukan nama sebenar) bertanya kepada isteri saya adakah malam tadi ada berkemas rumah sebab dia ada mendengar bunyi perabot di rumah kami ditarik ke sana dan ke mari. Isteriku menjelaskan kami sekeluarga tidak berkemas. Tapi kalau ada bunyi kerusi ditarik sekali-sekala memang ada sebab kami sekeluarga memang kerap tidur lewat malam. Isteriku juga sempat bertanya adakah anaknya bermain guli sebab kami sekeluarga kerap mendengar bunyi seakan-akan guli jatuh terutama pada waktu malam. Kerap juga saya mendengar terutama bila tengah berforum Pancing lewat malam ;D. Ana memberitahu anak lelakinya yg berusia empat tahun (lelaki) tidak pernah bermain guli. Yang peliknya, apabila suami Ana ada di rumah , dia tidak ada mendengar bunyi perabut ditarik-tarik. Kadang-kadang waktu siang, pembantu rumahnya ada juga mendengar bunyi tu. Akhirnya untuk menyedapkan hati kami sekeluarga terutama anak-anak saya, saya katakan kepada mereka, asalkan mereka tak kacau kita tak apalah. ;D
     
  2. - Nodri Selama -

    - Nodri Selama - 013-5872713

    "siapa tu" ... didalam rumah anda ye....
    syor saya usahakan sesuatu...kalau rumah sendiri
    kalau sewa...pikirkan sampai bila sewa....kalau lama..usaha ler
    "dia" ...sebaik-baik jin..sejahat-jahat manusia.

    saya ada pengalaman anak no3......masa umur 1 lebih dah fasih berkata2...
    main mainan sembang sorang2.....nak tidur..bye2 pada kawan..dan macam2 lagi...

    Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun tiada apa2 berlaku.....tenggok juga yg no4 nie kot macam abang dia...
    tiada apa2 kelihatan kat rumah sekarang.

    sekadar kongsi maklumat.
     
  3. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

  4. lemanspring

    lemanspring Marlin

    hantu kerusi + hantu guli + hantu rumah..mmg ado...
    balun zikir minta perlindungan..insyaAllah ;D ;D
     
  5. jman

    jman Marlin

    insyaallah, akan saya amalkan saranan tuan-tuan. Terima kasih
     
  6. jman

    jman Marlin

    Update terkini,

    Jiran saya petang tadi terpaksa balik ke rumah ibunya kerana gangguan di rumahnya. Tadi, dia balik ke rumah seorang diri. Biasanya dia balik bersama anaknya atau ketika suaminya bercuti. Ketika berada di rumah siang tadi, kawannya menelefonnya. Mereka berbual dalam telefon. Tiba-tiba kawannya berkata, budak mana yang menangis kuat dalam telefon. Jiran saya berkata, tiada pula dia mendengar budak menangis di rumahnya :eek:. Kawannya menasihati agar balik segera ke rumah ibunya. Demikianlah cerita jiran saya dengan isteri saya melalui telefon petang tadi. Jiran saya tadi bercerita, bapanya (ustaz) juga pernah diganggu sewaktu bermalam di rumahnya, malah pembantu rumahnya (orang indonesia) yang pernah berada di rumah itu bersendirian juga pernah dicuit-cuit dari belakangnya. ??? Dia pernah berikhtiar menjemput ustaz dari Darul Syifak untuk mengatasi masalah ini namun masih belum berhasil.
     
  7. Cuba tuan beli cd Rukyah ayat-ayat al-Quran bagi menghalau jin syaitan dan mengelakkan gangguan sihir dan sebagainya.

    Tetapi AMARAN jangan pasang dalam kereta sbb saya pernah pasang dalam kereta dan tak semena-mena "DIA" Mengamuk

    mendatangi saya. Tuan boleh pasang cd Rukyah ayat-ayat al-Quran ini di Rumah dan insyaAllah berkesan. Tuan jg kena

    sentiasa bersihkan luaran dan dalaman tuan. InsyaAllah ada ikhtiar bagi mengatasi masalah tuan. Amin
     
  8. lemanspring

    lemanspring Marlin

    rasanya jin tu lebih pandai mengaji Al-Quran ... ;D ;D
    pasang dalam keta di ngamuk..pasang dalam rumah berkesan..
    cd yg berkesan ke,rukyah memberi kesan ke,ayat-ayat Quran memberi kesan..
    sebenarnya apa yg memberi kesan....kesan mcm mana?? :mad: :mad: :mad:
     
  9. jman

    jman Marlin

    Agaknya kalau rumah kerap kosong mungkin akan didiami oleh makhluk jin kot. Beberapa tahun lepas, rumah jiran saya yg lain (unit semi d. sebelah rumah saya) ada juga gangguan. Rumah tu kosong sebab tuannya bekerja di Sarawak. Anak jiran saya (jiran sebelah rumahnya) kerap menangis sebelah malam terutamanya. Setelah dipanggil ustaz dari Darul Syifa, memang ada jin dlm rumah tu. Alhamdulillah lepas tu, dah tiada gangguan. Sekarang rumah kosong tu dah ada penyewa dan tiada cerita gangguan. Saya rasa kalau dihalau jin tu tapi rumah tu kerap kosong pun tiada gunanya. nanti jin tu akan datang balik. Seelok-eloknya biarlah sesebuah rumah tu didiami dan penghuni kerap membaca Quran.
     
  10. Dirumah saya satu ketika dahulu ada gangguan jin. Bunyi Budak berlari setiap hari diatas rumah saya.

    Waktu petang tengahari dan malam hingga ke pagi 2-3 pagi. Bila tidur pula habis katil kena goncang.

    Alhamdulillah skrg dah tak ada lagi sbb sy selalu pasang cd yg mengandung ayat penghalau jin dan sihir tersebut.

    Maksud sy yg berkesan adalah ayat penghalau jin dan sihir yg terdapat dalam cd rukyah tersebut.

    Walaubagaimanapun elok hafal sendiri jg surah berkenaan.Pasang cd ini sambil bawa kereta mmg tak digalakkan sbb

    kita akan lalu ketempat yg kita pun tak tahu siapa penghuninya samaada kafir atau islam.

    Dirumah kita adalah tuan rumah. Sekadar berkongsi pengalaman yg x seberapa.
     
  11. jman

    jman Marlin

    Terima kasih tuan, nanti saya beritahu kpd jiran saya. Semoga gangguan tu akan hilang.
     
  12. lemanspring

    lemanspring Marlin

    jika ayat boleh memberi kesan @ Al-Quran juga memberi kesan.. Maka tidaklah perlulah Allah s.w.t ..
    jelas kepercayaan kufur yang tersusun disini .. nampak benar dan cantik susunan ayat diutarakan..
    tetapi telah jatuh syirik .. jika selain Allah s.w.t yang memberi kesan.....

    maka diwar-warkan lah perkara ini dari satu individu ke individu lain tanpa rasa was-was..
    cd ni bagus beb..ayat ruqyahnya bagus..terpelanting jin duk dalam longkang , atas atap , dalam dapur gas rumah aku..
    baik ko pi cari simpan .. pasang hari hari .. gangguan jin tiada.. hidup jadi tenang dan mudah masuk syurga...

    :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: :mad: ..
    semuanya ini boleh membawa kearah kepada syirik yang halus..
    memperdewa-dewakan CD RUKYAH melebihi kekuasaan sebenar Allah swt..
    samalah seperti menyembah akan suatu perkara yang dijadi Allah swt bukan Allah s.w.t itu sendiri ..

    "Jika masih berpendapat selain akan Allah dapat memberi Mudarat dan Manfaat kepada Mahluk"-Maka Umpama Tiadalah Tauhid
     
  13. Lain yg org nak sampaikan lain pulak yang hang paham leman oi..

    Kita hanya ikhtiar dengan menggunakan apa yang boleh selain memohon darinya..

    kepercayaan kita memanglah kepada Allah swt..
     
  14. lemanspring

    lemanspring Marlin

    Gunakan "apa yang boleh" - selain memohon darinya !!!
    Apa dia ko cakap nie mat !! ko guna cd Rukyah itu .. ko mohon kat siapa pula..
     
  15. Ikut suka hang la leman oi..

    Solat 5 waktu mohon kepada siapa? ;D
     
  16. jman

    jman Marlin

    Saya percaya tuan ultimate tu bermaksud menggunakan cd ruqyah tu sebagai ikhtiar sahaja. Bukannya kerana bacaan dalam cd tu akan menyebabkan jin lari, tapi lari atas kuasa Allah yang telah memperkenankan permohonan/ikhtiar kita. Sama macam kita melempar gewang/umpan fly ke atau semasa membeli gewang/umpan fly ketika memancing. Kalau kita beriktikad umpan tu (yg kebetulan dikatakan hot oleh forumer Pancing.net ;D contohnya) yang menyebabkan kita dapat ikan tanpa mendahulukan kuasa Allah, rasanya boleh jatuh syirik. Sebab itu kita disunatkan membaca Bismillah dalam setiap perbuatan/amalan agar antara lain kita sentiasa mempunyai perasaan kebergantungan dan ingat kepada Allah.
     
  17. lemanspring

    lemanspring Marlin

     
  18. yan

    yan hati mau baik be.....

    SALAM SEMUA.............
    kisah tersebut sama je dengan apa yang saya alami..
    kami tinggal kat blok appartment... rumah di atas saya selalu je terdengar
    bunyi kerusi bergerak n bunyi guli jatuh... selalu sangat hampir setiap hari
    sampai sekarang... rumah atas tu kosong tuam rumah jarang2 datang..
    terjadi gak dengan rumah2 di blok lain ada je rumah kosong ada je bunyi yg sama..
     
  19. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    Tak salah guna cd rukyah ni kita niatkan sebagai usaha atau ikhtiar..sama seperti kita sakit makan ubat..yg menyembuh kan adalah tuhan bukannya ubat. utk lebih berkesan penggunaan cd rukyah ni kita kena pastikan rumah kita bersih dari segala najis (taik cicak,kelawar,dan mcm2) dan bebas dari anasir berhala seperti mainan berupa anak2 patung,perhiasan bebntuk bnda hidup dan gambar2 org.
    rumah saya masa mula2 duduk dulu ada la sedikit gangguan..saya amalkan membaca surah al baqarah di tngah2 malam masa smua org tdo..mula2 ada yg mengacau sampai terganggu bacaan kita tapi lama2 ok. ;D
     
  20. lemanspring

    lemanspring Marlin

    cantiklah pemahaman begitu bagi permulaan beragama..menggunakan akal yang waras dalam memahami perihal keagamaan..
    akan tetapi sampai bila kita perlu berapa di "takuk" itu sedangkan ajal akan menjemput kita bila-bila masa..

    Cth: Apabila sakit makan ubat .. ubat tidaklah menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan ( Hukum bahasanya mmg begitu ).
    Tetapi kerap kali makan ubat maka terjadilah penyembuhan ..

    Bagaimana hendak dikaitkan Allah dan Penyembuhan disini ??
    Adakah apabila adanya penyembuhan maka adanya Allah s.w.t @ jika tidak sembuh maka tiadalah Allah s.w.t disitu...
    Maka salahlah pemahamanan begitu jika terus dibawa menggunakan akal..

    -Ada juga kes tidak makan ubat sembuh jua(cuma terapi-terapi sahaja)-fisioterapi,aromaterapi dan mcm2 lagi.
    -Ada juga minum air penawar sembuh(sedangkan air kosong sahaja)-dibacakan pelbagai ayat2 suci Al-Quran
    -Ada juga berjumpa akan pawang2 ulong sembuh jua(jampi pakai ayam hitam pun jadi)..
    -Ada juga tidak pantang sembuh jua..

    Maka disini jelas kepelbagaian kes-kes dalam hidup ini tidak ada langsung formula yang khusus..
    tetapi atas mahluk , berusaha itu "wajib" dan perlulah mengikut cara2 yang dibenarkan sahaja..
    Hukum bagi Allah s.w.t pula hanyalah "Harus" sahaja memberi penyembuhan @ kembali pada sediakala.

    bersambung..
     

Share This Page