SIAPA ADA MASALAH TENTANG TANAH.......... BOLEH BERTANYA DISINI......

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by mahathir, Sep 14, 2012.

  1. ewak

    ewak Arowana

    huhuu cikdet maaasyuuukkkk...bleh la sponsor musang king sebakul trip bgn llang nnti ;D ;D
     
  2. mair

    mair Bilis

    Salam cek det & mahaguru tanah di forum ni..
    Minta tolong sat..
    Nak tanya sket pasai jalan susur keluar perlu minimum berapa kaki panjang?

    Citer dia mcm ni.
    Sebelah tanah aku tgh buat jalan besar 4 lane (2 pi, 2 mai) std highway.
    Aku rasa jln ni under JKR kot noo..
    Jalan ni tak bertol.
    Tapi tanah aku tak panjang mengadap jalan dalam 330 kaki.
    Dari jln besar ni jumpa jambatan kecik, pastu baru tanah aku memanjang 330 kaki sepanjang jalan ngam2 selepas jmbtn kecik tadi..
    Kalau aku nak wat jalan masuk ke tanah aku kena buat lane ke 3 la kan sebelah kiri masuk tanah aku.

    Aku xleh nak buat susur keluar sblm tanah aku sbb ada jambatan sblm tanah aku.
    Jadi tu nak tanya berapa kaki minimum panjang jalan susur keluar?

    Yerlakan, kalau speed limit 90km/h, tiba2 org brek nak masuk ke tanah aku takut accident plak.

    Ok minta support sket..

    Ps: Ada cita2 nak buka petrol pump huu..
    Tq!!
     
  3. mcnih

    mcnih Bilis

    Salam Cik Det,

    Akhirnya give up...bukan give up nak beli tanah ekar.. payah sgt...mcm2 perangai org nih...tp masih mencari...

    nak tanye satu bende... Kalau Lot banglot, boleh ke nak pecah jadikan lot semi d? kalau blh..apa syarat2 tertentu seperti keluasan tanah tuh?
    berapa minimum size tanah untuk diperlukan utk semi-d yg dipecahkan dr banglo lot tuh....

    senang cite...

    Lot 50 kaki x 100 kaki.. = boleh ke dipecahkan dua jadi lot semud d? ataupon keluasan yg mcm nih tak blh buat?
    tlg bg advise sket...

    Wassalam...
     
  4. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Boleh.... dengan syarat keluasan tanah tidak kurang daripada 2500kp.
     
  5. mcnih

    mcnih Bilis

    Oh yeker..kalau 2500 sqft adalah minimum...

    1) berapa minimum lebar & panjang yg perlu untuk dijadikan semi d?
    2) adakah boleh diwujudkan jalan/reserve di atas tanah lot banglo tersebut selepas convert jd semi-d lot? kalau boleh diwujudkan reserve, berapa kaki yg perlu? contoh dlm gambar dibawah..plan original & yg sudah diubah...

    Sila Komen Cik Det...terima kasih...wassalam...
     

    Attached Files:

    • IMG.jpg
      IMG.jpg
      File size:
      208.4 KB
      Views:
      5
    • 1.jpg
      1.jpg
      File size:
      204.3 KB
      Views:
      6
  6. cengkih

    cengkih Pelata

    Salam cekdet. Rizab poket tepi sungai (lokasi selangor) yang telah diceroboh banyak tahun i.e. orang buat kolam, pastu dia jual bisnes kolam dia. Dulu2 sekitar 70an katanya pernah ada TOL untuk keluarkan bakau, hatta sekarang ada yang mengaku ada hak atas tanah tu-tapi semakan menunjukkan tanah tu kosong 100%. Permohonan kepada pejabat tanah telah dibuat tapi ditolak. Memandangkan rizab itu dibawah JPS -Apa kebarangkalian bagi orang yang meneruskan bisnes kolam itu untuk menyewa tanah tersebut dari JPS demi melindungi kepentingan perniagaan kolamnya?
     
  7. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Salam tuan.....
    Untuk makluman segala permohonan yg melibatkan semua rizab terutama jalan dan sungai x akan diluluskan oleh PBN. oleh yg dimikian sekiranya kolam tersebut masih beroperasi dan terdapat adanya bantahan daripada penduduk sekeliling. Pihak PTD akan mengeluarkan NOtis 425KTN dan kemungkinan akan di kompaun dan struktur bangunan akan diroboh.

    * JPS tiada kuasa utk meluluskan segala permohonan diatas tanah rizab. hanya PTD dan PBN sahaja boleh mengeluarkan surat kelulusan (TOL)

    Sekian....
     
  8. cengkih

    cengkih Pelata

    HAIYaaaaaaaaaaa! matiler tokey :D TQVM tuan
     
  9. bib

    bib Bilis

    Saya nak beberapa soalan ingin ditanya:

    1)Anggaran untuk mengukur dan tanam batu sempadan kerana tanda sempadan telah hilang bagi tanah 3 ekar dan
    2)Membahagi sempadan tanah 3 ekar ini kepada 2 bahagian. Bukan pecah geran, hanya pembahagian tanah 3 ekar kepada 2 orang.

    DI harap pihak Tuan dapat membantu. Terima kasih.
     
  10. zakariamh

    zakariamh Bilis

    hmmm... mana tuan tanah ni?
     
  11. aNLerMy

    aNLerMy Marlin

    Cikdet,

    Camne nak mohon nak usahakan tanah bawah sawat api TNB tu...?
    kene mohon ke TNB dari tiang ke tiang kan?
    then pe faktor PTD leh kuarkan TOL? kalo sebelum nih tanah lalu tu ade owner...still kene de kebenaran owner ke?
    Syarat tanaman TNB yg letak kan?

    hehehehe....
     
  12. ewak

    ewak Arowana

    tanaman dibenarkan --> togeh
    tanaman dilarang --> jengkol
     
  13. ewak

    ewak Arowana

    aku pon ada 1 soklan la cikdet..

    pembahagian harta pusaka..adik beradik lelaki sume wat dono tentang harta pusaka..bahkan berlagak mcm harta tu dorang punye je..geran tanah ori dorang pegang..segala apa keputusan nk wat apa atas tanah tu ikut sukati dorang je..adik bradik pompuan sume diketepikan..

    persoalannya..
    - boleh ke anak pompuan uruskan permohonan pembahagian harta ni..
    - boleh ke buat permohonan tanpa guna geran ori
    - boleh ke buat tanpa persetujuan & pengetahuan adikberadik lelaki

    jwb cikdet..jgn x jwb..nnti aku bg cekelat ;) :-*
     
  14. Neuroreef

    Neuroreef Marlin

    Nak cekelat... :-* :-* :D :D
     
  15. mahathir

    mahathir 019-3779299

    - Mohon TOL@LMS di pej.tanah bang walaupun apa2 rizeb pun .... semua kuasa pej. tanah.... pej tanah akan hantar ulasan teknikal ke tnb,PBT utk minta pandangan.
    - Kalau di selangor mohon kat tanah2 rizeb ni dah x boleh... pej.tanah terus tolak.
    - klau TNB gunakan tanah hakmilik sebagai izin lalu.... tanah tetap tanah pemilik asal... masih ada geran... cuma TNB bayar pampasan utk laluan je kat pemilik tanah...itu dulu sekang dah xde dah.. semua TNB buat pengambilan.... naya kat org je izin lalu niii.... x boleh buat pembangunan langsung...
    - Syarat2 tanaman di atas rizab ialah tanaman kontan..... tanaman kekal diharamkan.... ;) ;)
     
  16. mahathir

    mahathir 019-3779299

    jawapan 1:
    - petama sekali cek dlm geran ada x arwah letak nama sebagai pemegang amanah....
    - klau ada dia je blh mohon pusaka utk tanah tu.....
    - klau xde... sesiapa je dlm keluarga boleh mohon utk surat kuasa sebagai pemegang amanah... x kira lelaki @ pempuan.....( tapi malu la pihak lelaki klau pempuan yg uruskan.....PUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII)

    jawapan 2:
    - klau xde geran ori leh je pakai carian rasmi kat pej tanah. RM50.... submit ngan borang pusaka.... masa bicara Pentadbir akan mintak serah geran yg ada.....

    Jawapan 3:
    - Boleh je.... selagi pemohon adalah sah taraf sebagai waris jari hantu........ ;) ;)
     
  17. ewak

    ewak Arowana

    terbaikla cikdet..utang cekelat sekeping ye..tp jgn lupa ko utang aku musang king sebakul :D ;D :-*
     
  18. ATM13

    ATM13 Will gain new knowledge everyday in here

    As-salam cik det,

    nak tanya sikit pasal tanah...

    Situasi
    ada tanah atas nama nenek dan nenek saudara. nenek meninggal dunia pada 2010 dan nenek sorang anak. skang ni nenek saudara nak pecah geran so dia minta mak saudara utk tukar nama arwah kepada nama dia sebelum pecah geran. Bila ditanya pada mak saudara, pada 2011 dia ada dapat surat dari pejabat tanah utk tukar nama dan ada tertulis dlm masa 3 bulan jika tak dituntut...... (tak ingat apa pejabat tulis).

    Soklan
    1. Boleh ke mak saudara nak tukar nama arwah nenek kepada nama dia.?
    2. Surat dia dah dapat pada 2011 tapi skang baru dia bagitau kat saya tanya camne nak buat.. masih valid lagi tak surat tu?
    3. kalau valid, apa yg perlu mak saudara saya uruskan seperti kena buat rayuan ke atau apa2...
    4. Mak saudara saya nak namakan saya sebagai pemegang amanah sebab anak dia berbinkan abdullah (harap cikdet paham maksud berbinkan abdullah)... boleh ke sedangkan saya dan dia agak jauh -kira kurang sesuailah bagi saya... (mak saya dan dia sepupu)...
    5. Kalau masih tak tukar nama, nenek saudara saya boleh tuntut semua tanah tu ke atau dibiar camtu aje?

    harap minta penerangan yer cikdet... makasih

    جزاك اللهُ خيرًا
     
  19. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Jawapan 1 : Kalau arwah xde anak lelaki. kesemua anak perempuan,adik lelaki/perempuan ibu bapa arwah blh menuntut(semua berhak menuntut). tetapai akan ada pembahagian harta besama baitulmal apabila bicara kuasa nanti.

    Jawapan 2 : Klau permohonan utk pesaka tidak dimohon oleh pewaris. pejabat tanah tidak akan tahu samada pemilik tanah sudah meninggal atau tidak. Boleh rujuk semula ke bahagian pesaka pejabat tanah.

    Jawapan 3: Mohon semula ke bahagian pesaka PTD

    Jawapan 4. Tiada masalah nama tuan diletakkan sebagai pemegang amanah..... pemegang amanah adalah sebagai kuasa apabila pemilik tanah meninggal. pemegang amanah diberi kuasa utk menguruskan tanah2 pemilik tersebut.

    Jawapan 5 : Harta simati wajib dituntut oleh pewaris tuan. jika makcik tuan dilantik sebagai pemegang kuasa. nama adik beradik yg mempunyai hak ke atas harta arwah perlu diletakkan didlm borang tuntutan pesaka tersebut.
     
  20. ATM13

    ATM13 Will gain new knowledge everyday in here

    Terima kasih cik det... nanti saya bagitau kat makcik saya... jazakallah khair...
     

Share This Page