SHARE HOBI KUCING

Discussion in 'P.NET {SUKAN & REKREASI} ---> Bukan Sekadar Memanc' started by zach daniel, Sep 17, 2012.

  1. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    sy syorkan cari di petfinder.my
    jgn cari di mudah.com kerana byk baka persian + local @ kucing jalanan....@ mix gender yg ntah ape2
     
  2. ormm

    ormm SKUAD_JORAN TEAM

    wokeyh...
    noted...
    teman ingat nk try mainecoon laaa..
    hahhahha...
    besar cket.... ;D ;D ;D ;D
     
  3. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    seyes mmg bole besar..
    stakat 4-5 kg tu slamber...
    mau bg mkn daging ayam slalu hahaha
     
  4. ormm

    ormm SKUAD_JORAN TEAM

    daging ayam??
    hamboi.. mengebat sungguh kucing ni...
    mmg tuan dya hari2 mkn ikan la...
    hhehehe...
    dah survey....
    sekoq yg lawa harga dlm 700...
    mahal jgk..
    mmg boleh bawak masuk wishlist tahun depan ja.. hehhehe
     
  5. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    700 pure breeding ke?
    bole buat peneman kumpau nnt
     
  6. ASt - Kulai

    ASt - Kulai Marlin

    ;D
    *catit
     
  7. caldia X

    caldia X Siakap

    ;D ;D ;D ;D....layan jugak
     
  8. ormm

    ormm SKUAD_JORAN TEAM

    yup.. pure breeding... :D :D :D
    yg mix plek2 ni dlm 300 da dpt..
    takut xboleh jd besaq la... ;D ;D ;D
     
  9. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    beli pure breeding bang..baru puas hati
     
  10. Aku minat gak kucing nie....skang nie kat umah dah ada lima ekor...
    Ade yang amik kat tepi jalan dan ada gak yang member bagi.....
    Semua manja2 gilos n semua aku dah ajar membuang kat toilet dewang...hehhee...
    Gambar nanti lah aku upload ye....!!!

    Best gak ade geng2 meow nie...leh tukar2 pendapat...
     
  11. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    alhamdulillah ada geng kucing...
    nnt bole share...
    skrg ni ada baby kecik,so kucing aku pun terbiar ni hehehe
     
  12. Bagus bela kucing ni. Tapi sy musykil bab bulu dia ni.
    Ade ckp penyebab kemandulan & tidak sah solat.
    Wallahualam.
     
  13. kusco

    kusco Marlin

    Kwn mmg peminat kucing. Tp sejak dpt anak ni kwn dh x bela lg... Sbb bulu. Dpt tgk kucing tuan2 ni geram lak.
     
  14. jman

    jman Marlin

    Betul tu, jangkitan virus daripada makanan mentah contohnya daging mentah yg dimakan oleh kucing boleh pula menjangkiti ibu yg mengandung seterusnya menjangkiti anak dalam kandungan. Nama penyakit ialah toxoplasmosis dan boleh menyebabkan kecacatan bayi. Bab tak sah solat ni berkaitan dengan najis. Pastikan tiada bau, ain (kewujudan yang boleh nampak) dan rasa pada badan kita, pakaian dan sejadah/tempat solat. Yang ini bukan khusus pada najis kucing semata-mata tetapi kepada najis secara am.
     
  15. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    sapa nk kucing sy,cage 3 tingkat....umur kucing 1 year half..female......pm laaa...
     
  16. uiks.....nape pulak nak let go meow tu...hehhehehe....

    Emmm....ade yang minat nak bela...ade yang minat tapi takut nak bela dan sebagainya...
    ye lah kalau dah minat tu kita sememangnya kena tahu dan faham tentang apa yang kita minat....kalau minat tapi tak faham tak boleh juga....
    Kucing nie seperti binatang peliharaan yang lain perlukan penjagaan yang betul supaya boleh bersama kita...
    Contoh paling ketara ialah bulu sbb memang mudah bulu dia tanggal dan juga boleh juga memudaratkan kesihatan kita kalau kita tak menjaganya...
    Bagi saya memelihara kucing ini juga memerlukan ilmu kerana amat mudah jika kita tahu apa nak buat. Maksud ilmu tu ialah pengetahuan dari segi pemakanan dan penyediaan, dari segi kesihatan, peralatan untuk memelihara dan yang penting bagi saya ialah Grooming. Dah amat mudah untuk mendapatkan ilmu tentang pemeliharaan kucing ini kerana terdapat banyak sumber yang boleh kita dapat seperti internet serta buku2 yang banyak terjual dipasaran. Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.
    Tapi yang teramat penting sebelum kita hendak melakukan sesuatu atau memelihara sesuatu minta lah persetujuan ahli keluarga anda dahulu supaya kelak tidak timbul masalah berbangkit...hehhehehhehhehe....

    Mak ai panjangnya aku tulis....sedikit sebanyak ilmu untuk perkongsian bersama rakan2 meow......
     
  17. zach daniel

    zach daniel fishing is my passion

    ada baby kecil umur 7 bulan...
    dh cube bela,tp baby selsema lpas tu....
    dh ada sahabat yg jagakan...
     

Share This Page