sepat benua ohh sepat benua...

Discussion in 'Pertanyaan, Panduan & Soal Jawab mengenai pancing' started by gilapari78, Nov 15, 2014.

  1. gilapari78

    gilapari78 Bilis

    ;D ;D ;D ;D..nak tanya pada otai2 ..cara 2 untuk pancing sepat.. bermula dari equiment hinggalah umpat hingga ke cara henjut dia... mohon kongsi otai2....
     
  2. jman

    jman Marlin

    Assalam, saya gunakan batang pancing teleskopik. Panjang pula ikut kesesuaian lokasi. Tali braid 10 lb dan mata kail pula saya gunakan mata kail cap helang dlm peket warna biru no 6 atau 5. Saya gunakan mata kail jenis ni sebab lebih mudah hookup berbanding mata kail yg biasa digunakan utk mengail sepat. Umpan saya guna cacing halus yg biasanya ada di akar pokok pisang reput atau cacing pasir yg dijual di kedai akuarium. Ikan sepat yg agak liar perlu dirasuah dgn dedak halus. sepat yg selalu terapung sambil mulut terbuka di permukaan air lebih mudah dipancing.
     
  3. gilapari78

    gilapari78 Bilis

    thank 4 info jman
     
  4. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    Sepat siam buleh dan biasa dipancing guna matakail beli ....... tapi sepat benua ni kecik2 sangat ...
    saya biasa mengai pakai jarum peniti yang dibakar dan dibengkokkan......
     
  5. jman

    jman Marlin

    Saya ingatkan sepat benua ni sepat siam ;D.
     
  6. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    hehe apesal letak nama sepat benua ....letak nama sepat malaya ke malaysia ke.....melayu ke hehe sepat yang ade bintik kt sirip tu kan ;D
     

Share This Page