SCAMMER HOTLINK KONON

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by Pak Syed, Feb 13, 2018.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Assalamuálaikum
    Salam Sejahtera
    Salam Pnet

    Saya nak cerita sikit tentang menipuan a.k.a. scammer kt malaysia ni
    Macam-macam jenis. Tipu pembelian online, tipu pelaburan dan tak lupa jugak penipuan hadiah kemenangan.
    Baru sejam yang lalu. Saya telah menerima mesej scammer daripada aplikasi wasap.
    Mereka menyatakan:

    RM 0. CONGRATULATION !
    Your simcard mobile phone anda (+6012214xxxx)tlah brjaya menangi hadiah Cabutan bartuah menyambut hari ulang tahun HOTLINK MAXIS CENTRE YNG ke 27
    RM 10.000.00
    Selaku pemenang ke(17)
    No siri cek (224577)
    Untuk hindari penipuan sila layari webs kami
    www.maxis-hotlink2018.webs.com
    Untuk maklumat lebih lanjut
    Sila hubungi perkhidmatan hotlink maxis ☎ +60128143247/+60174170591

    Chat ✉ washap office +60135721658


    Saya pun dari awal lagi dah tahu ini penipu. Entah macam mana saya pulak layan dia ni dengan niat nak tipu dia balik. Saya guna ilmu menaip bahasa cina + indon + sabah + hantam sajalah.
    Alkisahnya macam ni . . . . . . . . .

    [​IMG]
    [​IMG]

    Lepas tu try pulak wasap nombor öffice dia"

    [​IMG]
    Saya buat-buat henpon rosak sistem suara. umpan dia untuk teks wasap je
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    Dah la mintak kad atm, kena pergi ke mesin atm pulak. Apa kejadah nya semua ni

    [​IMG]

    Sebenarnya saya off kan line telefon saya tapi line internet boleh digunakan.
    Nak bagi dia call, tak dapat. kuikuikui....

    [​IMG]

    Akhirnya, kita nak kenakan dia pulak, on kan balik line telefon untuk dia call.

    Perbualannya dirakam oleh saya, jadi saya terjemahkan kedalam bentuk teks. macam ni . . . . . .

    Saya: Hello
    SCAMMER: Hello Assalamualaikum
    Saya: You Islam ka.
    SCAMMER:ya
    Saya: Ha, ni dah kat depan mesin ATM dah
    SCAMMER: Okey, mula-mula masukkan kad bank dulu
    Saya: ok (sambil buat-buat suara mcm masukkan kad atm)
    SCAMMER: ke pilih bahasa melayu
    Saya: kejap ye, ok dah.
    SCAMMER:lepas tu masuk pin kad atm encik ye
    Saya: nombor pin saya ya. ok baik
    SCAMMER:encik masukkan pertanyaan baki dulu, untuk dapat hadiah sepuluh ribu encik. tengok baki bank awak baki ada brapa?
    Saya: itu akaun simpanan ka akaun semasa?
    SCAMMER:simpanan. baki ada brapa?
    Saya: kejap ya
    SCAMMER:baki ada brapa
    Saya: 611088, 610088
    SCAMMER:tekan teruskan encik
    Saya: teruskan? ok mana itu teruskan?
    SCAMMER:encik tekan teruskan
    Saya: ok ok
    SCAMMER:lepas tu dekat mesin atm dia ada baca apa. sila baca ya
    Saya: baik. mana baca apa sih? tekan teruskan itu dia keluar itu menu utama ma
    (masa ni saya dok fikir kt mesin atm dok tulis ape, mana saya nak tahu)
    SCAMMER:tekan TERUSKAN!!!
    Saya: kejap, masuk balik itu simpanan ya
    SCAMMER: ya lepas tu tekan teruskan
    Saya: sudah. itu nombor ka atau itu huruf ka?
    SCAMMER:tolong baca apa? tolong baca sekarang kat mesin atm
    Saya: itu terus masuk ke menu utama ma
    SCAMMER:encik tak guna mesin atm atau di rumah
    (dia mula syak saya tipu dia, saya try ayat dia balik)
    Saya: itu simpanan tunjuk duit baki saja
    SCAMMER:tolong baca kt mesin atm
    Saya: ok ok
    SCAMMER:lihat, encik nak main-main saja
    Saya: oh itu skrin terma dan syarat saja.
    SCAMMER: ow encik kt rumah tak guna mesin atm ka
    Saya: tak
    SCAMMER:encik nak main-main ka
    Saya: ow kat rumah ya
    SCAMMER: owh encik nak main-main saja ka
    Saya: kejap, mana masuk menu ni? (saya buat-buat alih topik)
    SCAMMER:LEPAS DAH TENGOK BAKI, ENCIK TEKAN TERUSKAN, TEKAN IYA LEPAS TU BACA KAT MESIN ATM DIA BACA APA YA
    Saya:Baca apa ya
    SCAMMER:dia baca apa
    (Apa lagi, saya nak tamatkan perbualan dia dengan ini......)
    Saya: "Mohon kerja untuk melipat/menggantung semua sejadah dan kain pelekat dengan baik selepas digunakan"
    SCAMMER:macam tu
    Saya:iya. hei YOU MAIN-MAIN SAMA GUA HA!!! YOU KENAL SAPA WA
    SCAMMER: $#@%$
    Saya: WOI BERANI YOU NAK TIPU WA
    SCAMMER:#@$@%% (mencarut x8)

    lepas tu terus letak telefon.
     

Share This Page