Rekomenkan Kedai Pancing/Tackle Shop Kat Penang

Discussion in 'Info pemancing' started by -DMN-, Mar 23, 2014.

  1. -DMN-

    -DMN- Marlin

    saya akan ke Penang selama 5 hari (24 - 28 Mac) atas urusan kerja. Nak tau kedai pancing mana yang tuan-tuan bole rekomen kalau saya nak cari jig yozuri, candat yamashita dan sebagai nya. Dah survey kat google map and thread 'kedai pancing yg anda tahu' tu tapi tak sure mana satu kedai nak pegi dulu. Saya duduk kat hotel eastin bayan lepas. Paling dekat saya tengok TCE dari hotel tu.

    Minta maaf kalau topic ni salah parking. Minta tuan mod alihkan sekiranya perlu.
     
  2. ewak

    ewak Arowana

    tuan martin..call aje pak tegra..dia bleh bwk kedai terbaik kat penang tu
     
  3. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Tima kasih tuan ewak. Nampak gaya nya plan nak cari kedai pancing tak berapa nak jadi. Iman tak kuat. Dari semalam sampai la ni asyik kena kidnap je. Org bawak pegi mkn. Dari line clear ke pan penang, pelita, ikan bakar. Karang ni tgh beratoq kat nasi beratoq. Huuhhh..Penang mmg terbaik..I luv penang. Tarak pancing pun tak hal
     
  4. ewak

    ewak Arowana

    huhuu melantak je..ada 2 ari lg..sempat tu..pak tegra 017-312 9957
     
  5. siluk

    siluk Tenggiri

    tuan DMN,

    welcome to penang.. :D

    dari Eastin hotel , boleh ambil teksi terus ke beach street ...all the kedai pancing all kat beach street, termasuk yang paling famous sekali Zainxan ada kat sana...kalau further up , dekat dengan padang kota, ada kedai TCE sports (masih lagi Beach street) ...

    kalau naik bas (dari queensbay), ambik bas rapidpenang ke Jetty..dari jetty just cross the road and beach street ada kat belakang ..

    tak rugi pergi jalan jalan beach street...selain kedai pancing,berlambak-lambak street art yang famous famous semua ada kat kawasan beach street...
     
  6. siluk

    siluk Tenggiri

    kalau ada lebih masa lagi...dan tak ada transport ke seberang perai, boleh ambil bas/teksi dari eastin ke jetty...from jetty naik ferry lintas ke seberang...dari seberang boleh naik teksi (bagitau nak turun di deret kedai sebelum LOJI KUMBAHAN chain ferry road...driver patut tau mana) ...then look out for "Hwa Tat" enterprise (signboard color biru ngan ikan tuna sekoq ;D)

    kalau naik bas dari jetty , ambil bas bernombor 701/703/709/801 yang akan lalu "jalan chain ferry" ... dalam bas , observe kiri anda ... lepas traffic lights ke-3 , nampak stesen Shell , pastu nampak deret kedai pastu nampak hutan sepanjang jalan belah kiri , dah boleh ready tekan loceng. ;D lintas jalan, and hwa tat ada kat deret kedai opposite the bus-stop ..

    ada lagi satu kedai, complicated sikit sebab kena masuk taman...kalau dapat teksi boleh singgah ..kedai Northern Pro (kedai kegemaran ramai sifu-sifu di P.NET ;D) ... alamat: 77, lebuhraya kurau , taman chai leng

    Happy exploring penang.. :D
     
  7. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Terima kasih tuan Siluk & tuan Ewak. Sehingga hari ketiga di Penang asyik melantak je. Nak buat mcm mana. Dah org bawak ikut je la.

    Esok mungkin ada kesempatan utk shopping.
     
  8. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Dah pegi Zainxan tadi. Best jugak kedai ni..ada byk brg n heavy tackle. Sempat sambar sikit. Berbaloi jugak dpt pegi kedai tu.
     
  9. Tiagra

    Tiagra Syok Kena Karen...

    welcome to penang tuan martin....

    aduyaiii... lama tak on9.. tak tahu tuan martin ada di penang... huhuhuuu..
    apa2pun... kedai zainxan pun ok dah tu... antara kedai yg popular di penang...
    tekong ah seng bot starfish datang aritu pun byk shopping kat kedai zainxan ni jer... ;D ;D
     
  10. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Takpe tuan. Ada kawan yg sudi bawak saya ke sana semalam. Kedai tu mmg best. Sambar jig hooks 4 - 5 bungkus, aksesori sikit dah cukup. Nak beli banyak kat rmh dah ada byk stok. So beli sikit-sikit je la.

    Ada masa mungkin kita bole jumpa. Dah 15 tahun tak pegi Penang. Byk perubahan saya tengok. Kondo dok merata-rata, tapi food tetap the best.

    Terima kasih banyak-banyak kpd rakan-rakan yg sudi berkongsi maklumat tentang Penang ngan saya.
     
  11. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Ah Seng Starfish? Tekong tu mmg antara yg terbaik kat Miri. Tak sangka dia pun ada pegi Penang.

    Tuan Tiagra selalu naik Starfish? Tahun ni saya belum ada trip dgn Starfish. Dah book last year tp atas sbb kekurangan corum & komitmen kerja terpaksa saya cancel.
     
  12. Tiagra

    Tiagra Syok Kena Karen...

    Yupp.. Ah Seng Starfish antara tekong terbaik di miri.. Dia dtg bercuti... abis dia borong jig kat kedai zainxan terutama jig abu 3 beradik 60g, 10 kotak dia amik... dekat 4k dia abis beli jig jer... huhuhuuuu...

    takde ape aral bulan sept ni kawan ke miri.. ada trip bersama geng s'pore dgn Ah Seng.

    next time kalau ke penang lagi.. roger2 la kawan.. tingin nak jumpa tuan martin sambil bertukar-tukar info.
     
  13. ewak

    ewak Arowana

    ohuk uhok uhokkk
     
  14. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Baik la tuan Tiagra. Kalau ada rezeki kita jumpa kat Penang. Saya baru balik dari laut semalam pakai kapal Tuto. Tokey kapal Tuto ni beradik dgn bapa Ah Seng (abang kalau tak silap) antara kapal tersohor kat Miri.

    Trip CSR company & Sarawak Forestry utk Marine Mammal Survey. Siang survey malam mancing. Ikan tak dapat bawa balik masuk tong. Semua end up kena bbq & kasi kat dolphin. Next survey September juga & plan nak buat survey sampai Luconia.

    Next trip hari Isnin pegi Luconia ngan Marine Max. 2 minggu lepas tu another trip lagi ngan Marine Max pegi Luconia.
     
  15. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Tuan Ewak tak sehat rupa nya. Ni kena mintak tuan Tiagra hantar tuan Ewak pegi Miri September ni ambik ubat. Tak perlu lama sangat. 4 - 5 hari udah le. Ubat dia Ruby Snapper dalam 10 - 20 kilo...

    Bila la nak jumpa rombongan Tuan Ewak ni pegi Bintulu ye?
     
  16. Tiagra

    Tiagra Syok Kena Karen...

    Wahhh... terbaikkk.. klu ada info yg berguna bolehlah dikongsikan bersama nnt.. gud job tuan martin!!


    King ewak tak mahu pi lucornia.. dia kata ruby snapper tak sedap... kikiki
     
  17. ewak

    ewak Arowana

    adoii jauhnya kedai ubat tu..err pos laju aje laa
     
  18. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Poslaju kat Luconia tak buka kang. Ubat kena ambik sendiri...hahaha
     

Share This Page