PNet's NETiquette...

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by kopytiam, Jun 15, 2012.

  1. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    1. Elakkan dari menaip dengan menggunakan HURUF BESAR dalam kesemua perkataan/baris ayat
    - penggunaan perkataan berhuruf besar di dalam forum/ruangan chat menggambarkan seolah2 si pelaku sedang berkata-kata dengan nada yang marah.

    2. Quote sekadar perlu
    - elakkan dari membuat quote yang panjang melibatkan kesemua sejarah perbincangan.
    - elakkan quote yang melibatkan gambar-gambar yang banyak. cukup sekadar sekeping dua, sekiranya perlu sahaja.

    3. Penggunaan bahasa SMS
    - Moderator maklum semakin ramai forumer yang mengakses forum melalui smartphone dan sebagainya. Namun kalau boleh, elakkan lah dari menaip menggunakan bahasa SMS (ejaan perkataan yang singkat) dalam kesemua baris perkataan. Ini akan menyukarkan forumer memahami apa yang cuba disampaikan oleh tuan/puan.

    4. Pembukaan topik baru
    - gunakan fungsi carian dan pastikan topik yang anda ingin buka, sememangya belum pernah dibincangkan lagi di dalam forum ini.
    - topik yang sudah terlalu lama/inactive masih boleh digunakan lagi dan bukannya berstatus obsolute.

    5. Posting iklan menjual hanya diruangan Jual/Beli sahaja.
    - bagi forumer baru yang postingnya tidak mencecah 50 post, anda adalah tidak dibenarkan untuk mengiklankan sebarang produk untuk jualan di mana-mana thread selain Jual/Beli.
    - Thread Jual/Beli tidak kelihatan pada forumer dengan bilangan post bawah 50 adalah dengan sebab-sebab tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Pancing.net.

    6. Forumer yang menjual
    - sentiasa update/kemaskini topik anda. hargailah ruang yang pancing.net telah berikan pada tuan.
    - tukarkan tajuk kepada "Item Sold" untuk membantu memudahkan moderator yang bertugas mengalihkan topik anda.
    - sila baca dan patuhi peraturan menjual

    7. SPAM
    - elakkan dari membuat posting yang sama berulang-ulang kali samada dalam topik yang sama atau berlainan.

    8. Memaparkan hasil tangkapan
    - Elakkan dari memaparkan hasil tangkapan orang lain dan mengaku ianya sebagai hasil tangkapan tuan2 sendiri.
    - waima adalah tidak salah untuk bergambar bersama hasil tangkapan rakan-rakan, pastikan kredit/penghargaan diberikan sewajarnya.

    . "Report to Moderator"
    - sekiranya anda dapati ada mana - mana forumer yang tidak mematuhi peraturan atau netiquette seperti di atas, bantu moderator dengan menekan link "Report to Moderator" pada posting yang berkenaan
     
  2. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Main hentam aje kan dah kena ;)
     
  3. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    mereka gunakan pnet sebagai medium perniagaan... ;D
     
  4. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    dah perasan pagi tadi......

    sepatutnya forumer tu kena tanya dulu...

    takpun baca dulu tatacara berforum...

    kalau posting komen2 takpela jugak...

    ini macam nak jual barangla plak...

    adeiii!
     
  5. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    rasenye forumer nih mmg hanya nak menjual je.....xde niat nak berforum sgt kot.....tuh yg die pi spam suma tpt tuh....
     
  6. carp_rumput

    carp_rumput Marlin

    kasi block saje ini macam punya orang...puihh ;D ;D ;D
     
  7. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    hehehe...kawan harap tuan2 jangan sampai terkasar bahasa pulak yer marahkan kat mereka2 ini...kawan buat topik ni hanya nak bagi reminder pada forumer lain, takder niat nak malukan sesiapa...tu sebab kawan pun tak dedahkan nama/username forumer berkenaan serta tindakan yang telah diambil...

    untuk peringatan buat kawan sendiri juga, dan rakan2 seperjuangan yang lain, berikut antara petikan Netquette dari wiki yang boleh di baca DI SINI

    Posting yang hanya mengundang tindakan tatatertib atas reason Spammer dan Violation of Selling Rules...Topik ni hanya untuk mewujudkan kesedaran pada forumer2 lain kesilapan2 yang tidak patut forumer lakukan di Pnet...

    [​IMG]
     
  8. berudu

    berudu Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka

    Thanks n selamat bertugas.... ;)
     
  9. qsepol

    qsepol Keluarga didahulukan..mancing diutamakan

    tahniah tuan mod atas peringatan tersebut.... ;D
     
  10. pukau2002

    pukau2002 Tenggiri

    tapi ada gak yang tak faham etika, dah ditegur pun buat2 tak faham, kalau noobie tak pa la lagi.... keyboard rosak kot, Caps Lock dah permanent :D
     
  11. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    tq tuan AGM...
     

Share This Page