PERUTUSAN SELAMAT TAHUN BARU 2013

Discussion in 'UMUM' started by bujok basah, Jan 1, 2013.

  1. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    Assalamualaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,
    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
    Segala Puji Bagi ALLAH Tuhan Semesta Alam,
    Selawat dan Salam keatas Junjongan Nabi S.A.W .

    Yang Berusaha Tuan Pancing Lama, GM, AGM, Moderator2, AJK Pnet, AJK Kerja & Ahli Persatuan Sahabat Pancing ( SaPa ) dan seluroh Warga Pnet.

    Pejam celik pejam celik 2012 telah melabuhkan tirainya. Tanpa boleh dihalang, tanpa boleh disekat, tanpa boleh diperlambat ianya berlalu seiring usia kita yang semakin meningkat. Sepanjang tahun pasti terpahat pelbagai peristiwa pahit manis, suka dan duka. Yang baik jadikan tauladan, yang gagal atau kecundang janganlah ditangiskan. Kita perlu terus mara dan mencari jalan bagaimana untok memperbaiki keadaan supaya menjadi lebih cemerlang dalam kehidupan. Bersamalah kita menguatkan semangat dan iltizam sebaiknya secara berpasukan untuk menghadapi cabaran serta mengekalkan kecemerlangan pada tahap yang gemilang.

    Marilah sama-sama kita memulakan azam untuk memperbaiki sasaran disamping tidak melupakan aspek-aspek penjagaan alam sekitar, tidak meremehkan golongan kurang upaya serta berusaha memenafaatkan diri untuk keluarga, masyarakat dan negara tercinta.

    Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kepada rakan taulan sahabat handai yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui SaPa. Seandainya saya perlu diperbetulkan silakan saja tanpa ragu. Saya mewakili Ahli Jawatan Kuasa Kerja SaPa di kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013.

    Wassalam.


    Salam penuh hormat,


    KHALIL B KADIR

    @ azmi @ bujok basah
     
  2. daqlie

    daqlie DFD reporting....

    Selamat Tahun Baru 2012 Tuan BB.. ;)
     
  3. ASt - Kulai

    ASt - Kulai Marlin

    ;D
    slmat tahun baru 2013
    moga semuanya suksesss khasnya warga PNET
    moga taun ni lebihhhh baikkkk segala2nya he he ;D
     
  4. Betok76

    Betok76 Marlin

    Selamat tahun baru 2013... teruskan memancing.. hehehe ;D ;D
     
  5. Ryzal Bawal hunter

    Ryzal Bawal hunter lelap time.....bye2

    SELAMAT TAHUN BARU..............SEMOGA TAHUN NIE....SUKSES/.......................
     
  6. anip

    anip Tenggiri

    Selamat Tahum Baru... Moga P.Net terus ceria... ;D ;D ;D
     
  7. che_Lan282

    che_Lan282 s e b a r a u h u n t e r

    selamat taun baru semua warga pnet...


    ....peace..no war.... 8)
     
  8. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    untuk daqlie pun sama .... :p

    harapan kita2 begitulah ..... :D

    memancing ...... mesti .....mesti ..... selagi jasad dikandung badan ...... :p

    sesama kita berdoa ...... :p

    Majulah sukan memancing ......

    pis ...... geram gak bila kita mancin kawan sedap2 menjala .....
     
  9. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    selamat tahun baru buat tuan BB serta semua krew P.NET ;) ;) ;) ;D ;D ;D
     
  10. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    untuk tuan TM pun sama .....
    Semoga hari ni lebih baik dari semalam :D
     

Share This Page