perkongsian umpan rahsia patin..jeng jeng jeng....

Discussion in 'BAIT aka. UMPAN.' started by budakbarubelajar, Dec 31, 2009.

  1. RESERI P1

    Bahan-bahan
    1. 500 gram tepung ubi
    2. 300 gram usus ayam (ambil yang berwarna seakan kmerahan)
    3. 1 buku ragi (Ada dijual di kedai India atau Melayu)
    Penyediaan Bahan
    1. Usus ayam dibersihkan dan dipotong sepanjang 1 inci.
    Masukkan sedikit air kira-kira 150 ml. Blender usus ayam
    tersebut sehingga halus dan tidak ada sisa-sisa atau urat-urat
    yang tidak hancur. Tapis dengan penapis untuk memastikan
    sisa-sisa terbuang. (PERHATIAN: Anda dinasihati
    menggunakan Blender dan Penapis Khas. Dan jauhkan alatan
    tersebut dari digunakan oleh isteri untuk kegunaan harian lain)
    2. Ragi dipecahkan sehingga hancur.
    12
    3. Gaulkan ke semua tepung ubi, ragi dan usus ayam yang telah
    diblender tadi. Pastikan gaulan tersebut berkeadaan seperti roti
    canai yang belum ditebarkan iaitu dalam keadaan berkental.
    4. Simpan gaulan tersebut dalam bekas yang kedap udara. Anda
    dinasihati menyimpan gaulan tersebut sekurang-kurangnya 4
    jam sebelum boleh digunakan.
    Arahan Penggunaan
    1. Kepalkan ke mata pancing dan balingkan jauh ke tengah kolam.
    Patin biasanya berada di tengah kolam dan pada tempat yang
    dalam.
    2. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit. Jika masih tidak ditarik
    oleh ikan, angkat pancing dan gantikan umpan. Balingkan
    semula ke tempat yang sama. Jangan beralih tempat terlalu
    cepat. Bersabar. Umpan anda pasti dimakan oleh patin.


    RESEPI UMPAN POWER P2
    Bahan-bahan
    1. Satu buku roti RM1.20 atau lebih sedikit mengikut harga
    setempat. Anda juga boleh menggunakan roti gardinear atau
    High-five atau yang sejenis dengannya.
    2. 350 gram usus ayam – ambil yang berwarna seakan-akan
    merah. Jangan ambil yang keras.
    3. ½ keping kelapa parut.
    4. 100 ml air
    13
    Penyediaan bahan
    1. Roti disiat-siat tapi tidak terlalu kecil.
    2. Usus ayam dibersihkan dengan membuang segala kotorannya
    dan dipotong 1 inci panjang. Blender sehingga halus dengan
    blender khas. (PERHATIAN: Jangan menggunakan blender
    yang sering digunakan oleh isteri anda dalam tugas hariannya.
    Anda perlu beli atau dapatkan blender khas untuk tujuan ini).
    Masukkan sedikit air agar bahan tersebut tidak terlalu likat atau
    pekat. Tapis dengan penapis yang anda khaskan untuk tujuan
    itu.
    3. Pastikan tiada sisa pepejal seperti urat-urat usus yang tidak
    hancur. Jika ada, buang (dengan menapis)
    4. Masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam satu bekas
    lain. Gaulkan semua bahan iaitu cairan usus, kelapa parut dan
    roti dengan sama rata. Pastikan gaulan tidak terlalu lembut.
    Jika lembut, tambah cebisan roti.
    5. Sebaik-baiknya gunakan selepas 4 jam umpan tersebut
    disediakan.
    Arahan Penggunaan
    1. cangkukkan cebisan roti tersebut pada mata pancing.
    2. Setelah dicangkukkan ke mata pancing, kepal roti tersebut agar
    tidak bertaburan semasa anda membalingkan umpan ke dalam
    kolam.
    3. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana biasanya patin berada
    di tengah kolam terutama tempat yang dalam.
    4. Tunggu sekurang-kurangnya 20 minit, sebelum anda
    mengangkat pancing anda jika tidak dimakan ikan. Gantikan
    umpan yang baru dan balingkan tempat ang sama.
    14
    5. Bersabar. Jangan terlalu cepat untuk beralih ke tempat lain.
    Umpan anda telah bertaburan di dasar kolam. Ini merupakan
    satu tarikan untuk patin menghampirinya dan seterusnya
    memakan umpan anda.

    RESEPI UMPAN POWER P3
    Bahan-bahan
    1. 500 gram dedak 929 atau 920 atau 928
    2. 350 gram usus ayam. Ambil yang berwarna seakan-akan
    kemerahan.
    3. 100 ml air
    Penyediaan bahan
    1. Dedak diblender halus (Anda boleh dapatkan yang tersedia
    halus di kedai pancing).
    2. Bersihkan usus ayam dengan membuang segala kotorannya dan
    dipotong sepanjang 1 inci (Boleh juga dipotong dahulu dan
    dibersihkan kemudian). Campurkan sedikit air dan diblender
    halus. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
    3. Buangkan segala sisa pepejal yang tidak hancur dengan
    menapis bahan tersebut.
    4. Campurkan ke dalam dedak dan gaul sehingga rata. Pastikan ,
    gaulan tersebut tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah
    sedikit dedak. Kemudian, masukkan ke dalam satu bekas yang
    kedap udara dan kalau boleh, biarkan selama 4 jam sebelum
    digunakan.
    15
    Arahan penggunaan.
    1. Kepalkan dedak gaulan tersebut ke mata pancing.
    2. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana patin memang suka
    berada di tengah kolam. Jika umpan anda tidak dimakan atau
    tiada tanda-tanda dimakan oleh ikan, biarkan selama 20 minit
    sebelum diangkat dan digantikan dengan umpan baru.
    Balingkan ke tempat yang sama. Mudah-mudahan buruan patin
    anda akan berhasil. Insya Allah.


    RESEPI UMPAN POWER P4
    Bahan-bahan
    1. Roti berharga RM1.20 atau lebih sedikit. Jangan gunakan roti
    Gardinear atau High-Five atau yang sejenis dengannya.
    2. ibu roti (Mauripan) – 1 bungkus
    3. Kelapa parut ½ biji.
    4. Pewangi power (Warna unggu) – boleh dapatkan dari kedai
    dedak atau kedai pancing.
    Penyediaan Bahan
    1. Roti disiat kecil (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar)
    2. Gaulkan roti, mauripan, kelapa parut dan pewangi power sama
    rata dan disimpan ke dalam bekas yang kedap udara. Biarkan
    sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
    Arahan Penggunaan
    1. Cangkukkan cebisan roti ke mata pacing. Selepas itu kepalkan
    agar tidak bertaburan semasa dibalingkan nanti.
    16
    2. Balingkan jauh ke tengah kolam dan tunggu sahaja sehingga di
    makan oleh ikan. Selepas 20 minit, jika tidak dimakan ikan,
    angkat dan tukarkan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
    sama.


    RESEPI UMPAN POWER P5
    Bahan-bahan
    1. 600 gram dedak 929
    2. 200 gram dedak 923
    3. 100 gram dedak Hong
    4. 200 gram kerisik (kelapa parut yang direndang garing) – ada
    dijual sedia diguna di mini market atau super market.
    5. Pewangi Power – ungu – strawberry – 2 bungkus
    6. Air mineral
    Penyediaan Bahan
    1. Jika anda membeli dedak yang berbentuk pelet, campurkan
    kesemua bahan 1, 2, 3 dan 4 dan blender sehingga halus.
    2. Jika anda membeli dedak yang telah dimesen halus, gaulkan ke
    semua bahan 1, 2, 3, 4 dan 5.
    3. Simpan ke dalam bekas yang kedap udara.
    4. Bila hendak menggunakannya, ambil sedikit dan tutup semula
    dengan ketat bekas yang mengandungi dedak tersebut.
    Arahan Penggunaan
    1. Tuangkan air mineral kepada bekas yang mengandungi dedak
    sehingga dedak berkeadaan lembab (tidak basah dan melekit).
    Bancuh atau gaul dan gumpal sama rata.
    17
    2. Balutkan mata pancing dengan dedak yang siap dibancuh tadi
    dan kepal tetapi jangan sehingga terlalu padat.
    3. Balingkan ke tengah kolam atau mengikut citarasa anda (Patin
    kerapkali berada di tengah kolam). Sekiranya masih tidak
    dimakan oleh ikan, tunggu sehingga 20 minit barulah diangkat
    pancing dan gantikan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
    sama. Jangan beralih tempat terlalu kerap. Kalau boleh tunggu
    sehingga umpan anda dimakan oleh ikan.
     
  2. klo ade sape2 yg dah try jgan lupe inform2 k.....
     
  3. Samuel8383

    Samuel8383 Hidup ikan, Tidur ikan, Isap Ikan, Minum Ikan.....

    :D thank Q bro........ boleh try sabtu nir
     
  4. drfaiz

    drfaiz Bilis

    info yg terlalu berguna bro!....teruskan usaha... :D :D :D
     
  5. pelatung_parit

    pelatung_parit janji ada air.... zazzzz!!!............

    GOOD INFO.. TQ.
     
  6. jay43000

    jay43000 Marlin

    btul2 otai tuan budakbarubelajar ni
    mcm2 ptua
    ;D ;D
     
  7. ish...
    saya bdak2 lg...
     
  8. cbrfhurricane

    cbrfhurricane ex bikers

    good info bro :D :D





    p/s dkat mana nak cari blender secondhand ??? ???
     
  9. Samuel8383

    Samuel8383 Hidup ikan, Tidur ikan, Isap Ikan, Minum Ikan.....

    apa macam jika air ditukar dengan telur ayam. ??? saya rasa kebanyakan ikan suka makanan yang berprotin, lagipun telur akan menyebabkan dedak lebih kental dan tahan lama........ ni pendapat sdn bhd.. jika salah tolong betulkan.
     
  10. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    woooooo tq bro.. dah macam nak buat kuih pulok hehehehehehe..
    apa2pun teman ucap terima kasih dan teman akan cuba resepi ni ;D ;D ;D
     
  11. ikhSeRn

    ikhSeRn Tenggiri

    ni klu kat sungai ley guna x petua nih..........
    klu ley nak try je nih.......
     
  12. kome ley try laa...
    kt mne asal ann ade ikan patin...
    hehhe....
    nie nk tnye pndapat korang sume....
    kan kebanyakan kolam pancing x bgi gune perut ayam...
    tpi...
    klo gne resepi ini mcam mne plak ahh....
    prot ayam nie dah dicampor aduk kan....
     
  13. ikhSeRn

    ikhSeRn Tenggiri

    owh owite nnt nak try kt sungai je huhu.....
    erm klu x berbau sgt....ley kot.....
    tp rasanya mest berbau gak perut ayam 2
    klu x kantoi ngan tokey kolam ley je guna..........
     
  14. budak sekolah

    budak sekolah Tenggiri

    ya betoi sayer setuju........kalau kantoi pun alih2 dia tak bg guna jer......belasah jer....
     
  15. ikhSeRn

    ikhSeRn Tenggiri

    haha tul2
    klu b4 kantoi 2 rasanya sempat la kot 2-3 ekor dah atas darat dah ikannya huhu
     
  16. ajim

    ajim kail panjang sejengkal, konfem kena toman

    haha...aku setuju...pki je perut ayam..tu...
    tokey kolam dah kayoooooo.....kito yg tak kayoo.$$$$...heheh
     
  17. hazwan

    hazwan Peace

    woooo... resepi nih kena print ....

    Thanks bro
     
  18. budak sekolah

    budak sekolah Tenggiri

    jgn pening kepala bos yg penting ikan atas darat lu hahahah.......... ::) ::)
     
  19. ikhSeRn

    ikhSeRn Tenggiri

    haha tul2......
    klu nmpk tokey 2 dtg dekat je...
    cepat2 nyorokkan umpan perut yama kuarkan lak umpan dedak.....
     
  20. tomman

    tomman Mesin Katak Oh!katak kroooooooooooook

    Ade satu lagi umpan yg best nak dicuba

    Bahan2

    1. Roti Gardenia
    2. Serbuk dedak power no. 2 (bau strawberry)
    3. Inchiban Mega taste pandan (botol)
    4. Mata gamakatsu Octopus Circle

    potong roti bentuk dadu pas tu spry inchiban pandan tadi bagi lembab skit,masukkan serbuk dedak power tadi sedikit sahaja dan gaul sama rata.gunakan perambut kembar ( 2 mata) jenis V cangkuk kat mata kail dan kepal sebesar bola pingpong sahaja (jangan besar sangat)baling jauh2 dan apalagi melangut ler kejap kehhhhh

    p/s : teman selalu naik patin pakai umpan nie.baunya seakan2 masam dan wangi sedikit.cuba2 jangan tak cuba
     

Share This Page