PENIPUAN 'CIMB CARD CENTRE' PALSU YANG HAMPIR ORIGINAL

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by Pak Syed, May 27, 2015.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Penipuan daripada 'CIMB CARD CENTRE' palsu yang betul-betul membuatkan kita hampir percaya.

    Kronologi kejadian:
    Tarikh:20 Mei 2015 (Rabu)
    Masa: 11.16 pagi
    Panggilan dari: 03-62047788
    Panggilan ke: Henpon aku
    Suara operator: Wanita Bangsa Cina
    Bahasa: Melayu (sedikit pelat cina)

    Aku @ PAK SYED telah menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada CIMB CARD CENTRE bernombor 03-62047788 pada 20 Mei 2015 pada pukul 11.16pagi. Mula-mula jawab tu dah rasa pelik dah sebab cara percakapan agak tidak tersusun selain pertuturan yang lemah. Yang pastinya suara itu daripada wanita cina. Aku hanya mendengar dan langsung tidak bercakap walaupun sepatah. ??? ??? ???

    Mereka memohon untuk membuat pengesahan transaksi berjumlah RM3996. Masa inila aku terfikir "aku mana ada akaun CIMB". Lepas tu diorang mohon aku tekan nombor '1' untuk pengesahan, tekan '2' untuk ulang semula dan tekan '0' untuk pertanyaan. Jadi, aku rasa nak dengar semula, aku tekanla '2'. Lepas tekan '2' terus diorang putuskan panggilan. :-\

    Aku hairan dengan tindakan diorang. Sebelum aku nak call balik, aku periksa dulu nombor tu betul atau tidak dalam google. Jadi memang betul nombor 03-62047788 tu datangnya dari CIMB CARD CENTRE. Aku call la balik nombor tu untuk mendapatkan kepastian. Aku berhubung terus dengan Pegawai CIMB CARD CENTRE sendiri. Aku pun ceritakan kejadian tadi, tanya ada sesiapa call aku, kenapa minta pengesahan dan macam-macam lagi. ??? ??? ???

    Penjelasannya amat mengejutkan, ini penjelasan daripada Pegawai tu sendiri:

    "Untuk pengetahuan encik, pihak kami tidak boleh membuat panggilan keluar melalui nombor 03-62047788, tetapi nombor tersebut hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja. Pihak kami mengesahkan encik telah menerima panggilan PALSU dengan menggunakan nombor ini yang telah di'clone'kan pihak tertentu untuk tujuan jahat. Kami menasihatkan encik, jika encik menerima panggilan yang meminta encik buat pengesahan dan meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan sebagainya, encik JANGAN LAYAN" :mad: :mad: :mad:

    ALHAMDULILLAH, Aku masih lagi diberikan pemikirkan yang waras untuk berfikir dan Allah menyelamatkan aku daripada situasi penipuan ini.

    DIHARAP MESEJ INI DIVIRALKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN PNET DAN SESIAPA SAHAJA SUPAYA TAHU AKAN PENIPUAN INI.

    PASTIKAN ANDA BUKAN MANGSA SETERUSNYA .......... 8)
     
  2. - Nodri Selama -

    - Nodri Selama - 013-5872713

    terima kasih atas info ini........
     
  3. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    penipuan begini selalu berlaku. moga kita di jauhkan. aaminn
     
  4. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    dasat.....nombor telepon pun boleh diklonkan.....

    tp yg lg dasat..kawan kilang sy kene.....org cina...

    dpt panggilan telefon dr org cina gak....

    pukau melalui telefon......

    nasib baik member ni xde duit dlm bank punye kaki..... :D :D
     
  5. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    pukau guna telefon. perghh hebat tu... minta di jauhkan benda-benda macam ni...
     
  6. jman

    jman Marlin

    Kawan baik saya pun terkena panggilan sebegitu kononnya drp syarikat kad dan panggilan utk membuat verifikasi. Kesilapannya ialah memberikan nombor ccv kad kredit dalam talian telefon. Dia kerugian belasan ribu ringgit sebab dia ada lebih satu kad. Kebetulan dia pindah rumah dan bil kad kredit tak sampai ke tangannya. Tahu tahu syarikat kad kredit telefon
    nak bil tindakan sebab tak buat pembayaran
     
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    nasib baik aku takde akaun cimb bank
    kalau ada, aku pun boleh tertipu
    risau jugak sbb hampir2 percaya walaupun info sama dgn cimb
     
  8. ewak

    ewak Arowana

    penipuan alam maya
     
  9. - Nodri Selama -

    - Nodri Selama - 013-5872713

    bukan pelanggan CIMB je perlu berhati-hati.....Maybank pun pernah terjadi.....dll syarikat kewangan di dunia ini.
    Kadang-kadang kes "terpencil" sebegini kurang diberikan perhatian.....
     
  10. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Mcm mn MANGKUK AYUN tu boleh dapat nombor aku? (nasib baik dia tak tanya sape aku)
    Lepas tu boleh pulak 'clone' nombor orang lain.
     
  11. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    mcm mana dia dapek nombor kite tu tak heran sgt....

    tp cmne dia bole klon tu la yg heran.....terel betul...
     
  12. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    Selagi x nampak muka kat kaunter bank tu sori la nak sembang lebih2 ..
    Buang karan aja ....
    Kalau yang call tu Melayu siap bersumpah bagai ...
     
  13. jamal_GT

    jamal_GT Pelata

    credit card information saya di curi dalam internet. lebih dari 1 ribu singapore dollar dia belanja.
    Saya telephone bank lalu cancel card dan dapat kan card baru dan belanya sebanyak 1 ribu di
    cancel. Paling mustahak jagan hilang card, kalau hilang pasti kena bayar. :-\
     

Share This Page