Pemancing dituduh guna 'hantu laut'

Discussion in 'Kedai Kopi' started by pancinglama, Mar 26, 2015.

  1. pancinglama

    pancinglama Administrator

    saya tertarik untuk berkongsi article ini kerana ternyata masih ramai yang percaya dengan perkara2 begini. Bila tak kalah je macam2 cerita dikeluarkan. apa salahnya kita "korek" rahsia kejayaan mereka.

    ada sesiapa kenal dengan kapten ke?

    ==============================================================================================
    Pemancing dituduh guna 'hantu laut'
    Oleh Matzidi Dris
    Berita harian

    KUALA LUMPUR: "Saya pernah diharamkan untuk menyertai beberapa pertandingan memancing, kategori pantai, pada Ogos 2010, dan dikatakan memakai 'hantu laut' ketika menjadi peserta.

    "Larangan itu, dimaklumkan kepada saya, ketika mendaftar di kaunter pendaftaran satu pertandingan memancing pantai anjuran Joran Bagus," kata Juara Grand Slam (GS) GP Joran Berita Harian (BH) 2014, Kategori Pantai, Kapten (B) Mohd Rosdi Abdullah, 52.

    Katanya, beliau amat terkejut dan marah dengan larangan itu dan apa yang lebih menyedihkan hatinya ada pihak yang menuduh beliau memakai hantu laut untuk menjuarai pertandingan yang disertai.

    Pesara Angkatan Tentera Darat yang berasal Daerah Besut, Terengganu itu berkata, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku beliau mengambil keputusan terus pulang.

    "Apabila disiasat punca sebenar larangan itu, ekoran kejayaan saya menjuarai empat pertandingan memancing kategori pantai, berturut-turut sepanjang April, dengan hadiah terkumpul RM80,000.

    "Saya membawa pulang RM20,000 selepas menjuarai Pertandingan Memancing di Pantai Kelulut, Terengganu pada minggu pertama iaitu 4 April 2010 dan pada 11 April saya mendapat RM20,000 apabila menjuarai GP Joran BH di Pantai Desaru, Johor.

    "Saya juga menjuarai pertandingan memancing di Pantai Semanyir Endau Johor pada minggu berikutan dan menerima RM20,000 manakala dalam pertandingan di Telok Karang Pontian, Johor pada 25 April, saya juga juara dengan RM20,000," katanya yang kini menetap di Kuantan, Pahang.

    Mohd Rosdi berkata, kejayaannya dalam empat minggu berturut-turut dengan mengumpul RM80,000 menyebabkan ada pemancing yang tidak senang hati dan menuduhnya menggunakan hantu laut.

    Katanya, 2010 adalah tahun paling bertuah baginya dalam dunia memancing selepas lebih 15 tahun terbabit

    kerana berjaya mendapat hadiah terkumpul RM160,000 dengan yang tertinggi RM25,000.

    "Namun, ada juga kenangan pahitnya apabila saya dikatakan menggunakan hantu laut.

    "Apa yang saya dapat ialah rezeki yang sudah ditentukan Allah. Jangan percaya benda-benda yang tahyul itu," katanya.

    Mohd Rosdi berkata aktiviti memancing sebenarnya memerlukan ilmu yang tinggi termasuk menggunakan peralatan memancing iaitu joran, tali, mata kail dan batu ladong yang bermutu tinggi serta sesuai dengan kudrat pemancing.

    Selain itu, katanya, pemancing pantai harus tahu pelbagai perkara, seperti lokasi memancing yang sesuai, jenis dan teknik memasang umpan serta cara melontar pancing yang betul agar jaraknya dari pantai jauh.

    "Setiap pemancing perlu rehat yang cukup sebelum bertanding. Tidur mesti awal untuk mengelakkan badan tidak cepat penat sepanjang pertandingan diadakan.

    "Makan pada malam sebelum hari pertandingan kita perlu makan banyak sedikit kerana pada keesokannya kita hanya akan memancing berbekal sebungkus teh tarik sehingga acara tamat," katanya.
     

    Attached Files:

  2. shereks

    shereks Tenggiri

    salam abe PancingLama...capt mohd rosdi...penah jumpa skali dkt tasik jitra bln lepas..frenly orgnya tp tegas..haha

    nk tergelak baca brita nih...kecoh sat dlm FB...kuikuikui....
     
  3. ewak

    ewak Arowana

    ni bkn pakai hantu laut..tp mmg antu laut ;D
     
  4. pancinglama

    pancinglama Administrator

    Tu ingat kot ada sesiapa yg kenal dia, boleh kita buat sesi mengeteh sambil korek tips ;D. Nak cantik lagi ajak dia mancing sekali. Kuantan dekat je. Sekarang dah ada highway. Sejam dah boleh sampai kuantan.
     
  5. shereks

    shereks Tenggiri

    besok kalo tak silap Capt ada turun tanjung harapan..game esok 50k anjuran wak jali event...sapa berhajat nk jumpa capt dan blajar surfcast bole kontek capt..sifu surfcast nih..013-9060016
     
  6. terubuk

    terubuk Tenggiri

    Agak menyedihkan bila perkara sebegini berlaku....
    Saya sendiri pun pernah difitnah mcm2...

    Rezeki tu dari Allah dan kita kena la berusaha dan rajin mencarinya.

    Adakalanya saya sendiri tak faham kenapa boleh manusia memfitnah rakan sendiri.

    Saya memancing bukanlah hendak mengangkat nama atau mengejar darjat atau apa jua pun..
    Saya memancing hanya kerana hobi dan inginkan persahabatan yang telus...

    Fitnah ni banyak membawa kehancuran...

    Alamak... membebel dan luahan perasaan lah pulak...

    Maaf ya admin kiranya posting saya ni keluar tajuk...

    Saya amat setuju dengan cadangan bro iaitu kita korek la tips dan teknik dia sambil mengeratkan tali silaturahim..
    Bukankah itu lebih baik?
     
  7. pancinglama

    pancinglama Administrator

    No capt ke ni shereks? Tuan kenal dia ke persoally? Klau ye molek sangt lah tu. Kita arrange trip ke atau acara mengeteh. Sy sponsor. Janji kat kuantan. Klau boleh hari sabtu. Ganu ahad kerja ;D
     
  8. shereks

    shereks Tenggiri

    ya abe PL...no capt sdiri..sya kenal dia bila mula main surfcast...ada dlm grup whatapps skali..peramah..tny ja apa saja..insyaAllah dia jwb semua dr segi teknik...

    dalam fb nama capt Mohd Rosdi...ada secret grup khas utk kaki surfcast... KING OF SURFCASTING CLINIC (KOSC)..bole search...

    comey dah perancangan abe PL tu...tp sy dok jauh...keja penang nih... :'( :'( :'(

    12/4/2015 ni game 50k di teluk senangin, lumut...capt akan trn jugak dok rasa..sy pon insyaAllah trn skali..

    game tanjung harapan semalam capt belasah no. 2 ngan no. 4..
     
  9. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    saya try search kat FB , takde pula group tu.. mungkin closed group kot...
     
  10. - Nodri Selama -

    - Nodri Selama - 013-5872713

    kan dah tulis tu...abe Naga
     
  11. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    hahaha.. tuan Nod dah sound ... kikiki... ;D


    kadang2 ada luck juga mancing selain teknik dan ketepatan. mungkin kebetulan pemancing pandai baca lubuk melalui alunan ombak. kalau asyik dia yang menang pun saya tak hairan, sebab itu rezeki dia...
     
  12. Zass

    Zass Marlin

    Capt pas pencen ni mmg dia bnyk luangkan masa msukk pertandingan mancen...teknik surfcasting dia tinggi....jadik dah rezeki dia nak menang...itu dah takdir...reporter silap taip bkn antu laut tp capt adalah antu mancen.. ;D
     
  13. shereks

    shereks Tenggiri

    abe NMM bg add ambe kat fb..nti ambe bgtau capt utk add ke grup tu..tak pon add ja capt tu..hehe

    secret grup tak jmp eh kalo search???ambo pong tok tahu....hihhi...sori2... :-X :-X :-X

     
  14. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    Fb saya Mohd Sufian Ahmad ...
     
  15. shereks

    shereks Tenggiri

    add ambo abe NMM... Ahmad Tasyrif Mat Yeh
     
  16. doktor_xp

    doktor_xp 013-2466299 - Naga

    ore kelate ruponyo... huhuhu.. ;D
     
  17. shereks

    shereks Tenggiri

    ya abe NMM...hehe ;) ;) ;)
     
  18. jamal_GT

    jamal_GT Pelata

    saya pernah kena tudur pakai barang untok pancing. sebab itu hari orang semua tak kena ikan, says aja kena 5 ikan.
     

Share This Page