Panduan Ringkas Untuk Memancing Ke Laut

Discussion in 'Pertanyaan, Panduan & Soal Jawab mengenai pancing' started by bidan, Jan 15, 2009.

  1. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang di hormati sekalian. Dengan rendah dirinya abg bidan perturunkan sedikit ilmu dan pengalaman abg bidan ke laut sebelum ini, untuk kita sama-sama pelajari bagi persedian ke laut. Abg Bidan percaya segala yg perturunkan ini sebenar memang tidak lengkap kerana abg memancing di launt pun sekitar 4 kali sahaja setahun. Untuk ini harap para sahabat yang ada pengalaman di dalam persediaan untuk kelaut boleh la pakat perturunkan di sini. Agar ianya dapat membantu diri sendiri dan kengkawan kita yang dahagakan kasih dan sayang dari warga pancing.net.

    Persediaan yang harus diadakan untuk kita memancing sampai pensan: 28-29 Jan 2009 Gerkdomy Nak turun Laut Sabak Bernam (2D1N).

    1. Pancing 3000 ke atas chanteek dah. (kalau dapat 2 dan lebih setiap seorang) mana tau kut2 terbang bagi ikan.
    2. Mata Pancing, Bawak je apa yang patut.
    3. Perambut Tangsi 30-50pound/Dawai. (hendaklah di ikat di darat, ianya dapat mengelakan pemancing mabuk laut akibat di alunan ombak)
    4. Tanduk lebih pun tak apa.
    5. Batu Ladung (5 6 7 8 9) Popular. 10-20 (pipeline)
    6. Alat Chandad... mana tau kut2 terjumpa kawasan sotong.
    4. Coldman. (atas bod mmg disediakan tapi untuk bawak balik ikan kita la kena sediakan)
    5. Makanan Ringan/Berat, Air meneral, Asam (untuk yg mengandung).
    6. Baju Keselamatan (jika ada). adakala tekong ada menyediakkannya.
    7. Pakaian memancing, kalau boleh lengan panjang... bukan apa.. nanti lengan hitam.. buat2 macam abg bidan yg putih gebu ni.. (Untuk keselamatan baju biar yg tak serap air)
    8. Pakaian salinan (untuk balik. bawak yg seksi sikit... biar kengkawan lain nampak geram)
    9. Kasut yang tapaknya tak licin (tapak getah dialu-alukan) selipat kalau boleh tak yah lah... kaki ayam lebih digalakkan.
    10. Ubat Mabuk, makan 1 jam sebelum (boleh beli di Formasi, adakala kengkawan yg lain misti ada beli punya.. mintak je)
    11. Lampu kepala (kalau ada).
    12. Loceng.
    13. Popper/Lure/Jig/rapala, apa-apa la yg difikirkan perlu.
    14. Apolo (untuk tangkap umpan hidup)
    15. Duit.
    16. Plastic bag kecik yg tak bocor (untuk simpan handpon/dompet emas dan galian)
    17. Baju Hujan (kalau boleh bawa... nanti kempunan tengok kengkawan lain memancing di dalam hujan dengan gumbira sekali
    18. Belon untuk yg minat nak main belon.
    19. Tali pancing spare.. mana tahu habis tali di tarik dek ikan sebesar sampan... mana nak cari tali...
    20. Tool box yg sesuai... jangan jenis tinggi nanti bergolek.. jenuh pulak kutip barang.
    21. Pisau/Gunting/Playar

    Sesapa yg nam sambung silakan. Abg bidan setakat tu sahaja yang dapat diingatkan. Bro Potocol, Abg Sham, Bro Volvos, TuanTanah, CQ, Bro Wanawaludin mereka2 ni bleh jadi rujukan kita.

    Maklumat yang abg beri ni ekoran dari persedia diri sendiri untuk menawan laluan Kapal. Sapa nak join PM abg. Quata 5 orang masih di buka. RM180+/- . Kekuatan yg akan ke Laluan Kapal 14-16 orang. Boad di Sabak Bernam. Tekong Bangsa Tiunghwa. Jenuh makan limau....
     
  2. Bang..

    28 ari bulan tu kalau tengok kalendar hijrah nye adalah bersamaan 1 Safar. Saya rasa pada waktu tersebut air pasang tinggi dan laju. Mungkin batu ladung kena pakai yang besar sikit . Cth no 16 ke.. Apa kata tuan Potocol dan yang lain2
     
  3. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    MMmmM... kena bawak hat besar jugak... persedian.. tadak sapa ke nak sahut cabaran Laluan Kapal ni!!!! senyak je semua....
     
  4. wawi

    wawi Marlin

    bro bidan,kalau dari kelantan nak ke sabak bernam tu jauh tak?contohnya dari pasir puteh sempadan dengan kuala besut
     
  5. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Aduiiii.. maingren mcam ni.. tolong tolong. nak pitam... Mak aighttt... dekat je.. naik kapal tobang... ;D
     
  6. wawi

    wawi Marlin

    hu naik kpl tobang...jauh tu..tak jadi la mcm ni...
     
  7. aszlan

    aszlan Gila Jenggo

    salam bro wawi, rasanya x pyh mana pn nak dtg ke sabak dari tmpt bro 2.. skrng ni bnyak papantanda di tepi jalan berbandi di zaman jepun dulu..

    ikut petunjuk saya insyaallah selamat sampai ke sabak bernam..
    Dari kuala kerai melalui gua musang terus ke kuala lipis dan bentong sehingga la sampai di gombak welcom 2 sel.. di gombak cari arah ke batu cave, sungai buluh,ijok,kuala selangor dan tg karang. kt tg karang lh sy blnja bro mengeteh.. dari tg karang ke sabak bernam tempoh pjlanan lebih kurang 1jam.

    mengikut pengiraan tempoh perjalanan dari kuala kerai ke sabak bernam +- 8jam..
     
  8. tok lubuk

    tok lubuk lubuk angker ;)

    Mintak mahap 'ikan bilis' nak tambah sket...
    Kalau g mancing tue jgn lupa bawak camera/handycam..Paling tidak pun handphone berkamera yg di 'cas' penuh..
    Manalah tau ada member dapat naikkan ikan besau bolehlah tumpang bergambor..hehe ;D
     
  9. side

    side Bilis

    Klau saya turun ,saya bawak tali mainline spare dalam spool ori nya,ye lah takut asyik sangkut/putus,nanti habis tali dlm reel tak ada penganti nya.....hehehe.
     
  10. summer196

    summer196 Siakap

    hehe tul ckp tok lubuk tuh... kamera penting wooo... kenangan ngan ikan org len..... hehe
     
  11. speedrider

    speedrider Marlin

    Ada satu benda yang Bang Bidan lupa...

    Sediakan UMPAN UNTUK MANUSIA.
    Kalau ikan tak makan.... MANUSIA AKAN MAKAN ATAS BOT... hehehehe.
    bawak yang ringan2 macam epal hijau, kacang2 atau sebagainya. Roti adalah yang terbaik sebab kenyang lama sikit.
    Kalau nak advance, bawaklah megi... makanan asasi tu.. hehehhe
     
  12. speedrider

    speedrider Marlin

    eh, rupa2nya bang bidan dah tulis.. tak nampak tadi. wakakkaka..

    saya ni kalau nak naik bot, ingat benda makan jer. hahahahahaha
     
  13. joran maluri

    joran maluri 019 3100410 HJ SAARI -WP

    SPEEDRIDER BUET DEN TRKOJUT JO ...... :eek: :eek: :eek:

    DAH BACA FAHAM DEN INGAT NAK POEE MANCIN KAT SABAK TU..

    TENGUK 2 TARIKH DAH LOPES 3 BULAN.....HEHEHEH... ;D ;D ;D ;D ;D
     
  14. za_xc03

    za_xc03 Siakap

    Aslm brother semilang karang boleh terangkan bagaimana nak tahu air pasang tinggi dan laju atau seangkatan dengannya menurut kalendar islam ?
     
  15. ahib0205

    ahib0205 Tenggiri

    pakcik google yang bawa saya ke thread ni ;)

    terima kasih abam bidan ;D
     
  16. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Lama dah tread ni berlalu. Tapi tak apa. Sama-sama kasih. Pakcik google pandai betul...
     
  17. tanya cket bole
    no 4 tu...
    tanduk tu ape bang ???
     
  18. QUEK

    QUEK manceng jgn x mancen'''

    TQ ABG BIDAN
     
  19. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

  20. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

Share This Page