Monyet

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by jman, May 15, 2013.

  1. jman

    jman Marlin

    Di sekolah saya mengajar memang banyak monyet. Ada satu hari tu, saya pergi ke bengkel Sains Pertanian kawan saya dan saya perhatikan kawan saya sedang menghalau monyet yang saya perhatikan tidak begitu takut dengan sergahan kawan saya yg memegang sebatang kayu. Malah ada sekor monyet jantan yg besar (big boss kot ;D) menyeringai menunjukkan taring. Kawan saya bercerita dia kadang-kadang berasa takut berhadapan dengan monyet yg 'menziarahi' bengkelnya dan tanaman terung yg dia sendiri tak pernah merasa hasilnya akibat dibaham monyet. Beberapa hari kemudian dia bercerita dengan saya, apabila balik rumah pada hari dia menghalau monyet bersama saya tempoh hari dia terbayang-bayang muka monyet yg dihalaunya. Selang kira-kira dua bulan, kawan saya ni bercerita peristiwa aneh yang menimpa anak sepupunya yg masih bayi lagi. Mengikut ceritanya, anak sepupunya ini akan menangis ketakutan dan tidak mahu menyusu ibunya setiap kali siibu cuba menyusui anaknya. Peliknya, kalau susu ibu diperah dan disusui dengan botol, mahu pula bayi tu menyusu. Ibunya telah membawa berjumpa perawat dan perawat ini bertanya ada di antara saudara atau orang yg pernah menziarahi bayi ini pernah bertembung dengan monyet. Apabila kawan saya ini mendengar cerita sepupunya itu, dia teringat kembali peristiwa dia menghalau monyet di sekolah bersama saya. Adakah kebetulan? Atau ... Dan berbalik kepada ubat yg diguna oleh perawat utk mengatasi masalah bayi yg tidak mahu menyusu ibunya. Ubatnya ialah BELACAN - disapu di bahagian tersebut . Alhamdulillah, bayi itu telah mahu menyusu ibunya kembali. Untuk mengurangkan masalah monyet di sekolah, saya terpaksa menghubungi Perhilitan dan Perhilitan telah memasang perangkap monyet. Setakat ini, beberapa ekor monyet termasuk 'Big Boss' telah berjaya dihijrahkan oleh Perhilitan. Kalau saya melihat monyet yg terperangkap dalam kurungan, saya sentiasa berpesan dgn diri sendiri, ALLAH jua tempat saya memohon perlindungan dan cuba utk tidak berasa takut dengan monyet kerana monyet adalah makhluk ALLAH jua. Dan saya juga percaya syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita dgn menjerumuskan kita ke lembah kesyirikan dgn cara apa sekalipun hatta dengan monyet sekalipun.
     
  2. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    biasa la monyet..banyak kegunaan sebenarnya dia ni..dan banyak pihak suka akan dia.
    monyet ni pun dia suka gak dajalkan kawan2 sndiri. kalau kita perhatikan monyet ni takut sangat pada buaya..kecoh dia dari atas pokok bila buaya timbul dari air di bawah pokok merimbun..monyet yg kat atas tu ada yg nakal..dia acah2 je buaya tu..dia henjut2 badan dia..dia sengeh2..tiba2 datang monyet lain dari belakang dan menolak kawan dia sampai terperanjat..lalu mereka berkejar2 an pulak..macam2..
     
  3. arif.aimi

    arif.aimi Arif ~ 012-6899787

    mcm buku cerita la jat cerita ko ni... ;D
     

Share This Page