mancing siakap kolam...

Discussion in 'TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.' started by cdgtxx, Oct 31, 2008.

  1. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Salam Kembali tuan belida.. Banyak nak kena jawab nih... taip patuk ayam nih.. tapi tak apa... ada jawaban kita kongsikan bersama....

    1) Waktu2 yg sesuai pancing siakap (cepat nangkap umpan) waktu bila?

    - Seperti kita sedia maklum, sang siakap yg di lepaskan di kolam-kolam air masin untuk kaki pancing adalah dari jenis siakap yg di beri makan harian. Kita ambil logiknya... Yg menjaga sangkar siakap ni akan memberi makanan adalah pagi jam 8.30 - 10.30 +/- pagi dan petang kul 4 - 6 ptg +/- macam tu. Akibat dari rutin hariannya itu siakap kolam ni akan stat makan pancing pada lingkaran waktu itu. Apa kata yg lain?

    2) Mata jenis apa serta saiz yg digunakan

    *** 1/0, 2/0, 3/0 Dah boleh di gunakan. sekiranya menggunakan udang gatal (spring) boleh gunakan mata yg kecil 1/0 ini tujuan agar tidak menyakitkan sangat udang yg kita cucuk tu. cuba kita cucuk jari kita sendiri, tu la rasanya.. he he he. Kalau botom boleh balun je hat 3/0 tu. Kalau layan malam guna je mata 3, 9/10 ikan tak akan terlepas bila menggunakan mata tiga ni. Tapi awas, sekiranya anda tertangkap korang kena libaih atau kena telan mata 3 tu abg tak jamin... sediri mau ingat arrr..

    3) Perambut panjang mana

    *** Hat ni depend padan tujuan apa. Kalau casting guna 1 kaki - 1.6" ok dah. Kalau guna pelampung boleh jgk guna panjang yg dinyatakan tapi pastikan Perambut Y kita di kedalaman yg sesuai. Kalau botomm balun biarlah panjang dari itu... Janji boleh baling umpan ke dalam kolam dah kira oke, Kalau panjang sangat nanti terpancing bumbung... jenuh la jadi tarzan pulak masa tu.... orang gelak satu hal, mata putus lagi satu hal... ha ha ha

    4) Guna pelampung @ tidak

    *** Kalau yg minat casting ni mmg tak layan dah pelampung, tapi nak bagi tau sikit, wahai orang-orang casting sedunia, sekiranya orang pelampung jenuh berentap, anda berhijrah la ke pelampung... kalau dak mmg balik menunduk tewassssss....

    5) Umpan udang sungai boleh guna ke perlu kopek kulit @ tak payah cangkuk terus

    *** Sebenarnya ramai yg dah mencuba menggunakan udang sungai seperti udang galah. Tapi tak pernah mengatakan Yes.... so banyak no la... elok jangan la guna... nanti makan angin... he he he,

    ### Udang kalau kita nak kopek pun boleh tak mo kopek pun boleh. tapi kalau yg kopek peluang dapat tu tinggi sikit sebab sekap akan menelannya tampa sebarang ganguan.... Selalunya kaki casting je suka kopek udang... yang bottom derang tak guna udang tapi guna sardin/kembung.

    Sedikit pengalaman kita kongsi bersama. Abg bidan ni tak lama sangat dalam dunia mancen nih... sekali sekala je jenguk kolam... yg nak tambah boleh la tambah. Kita kongsi pengalam kita bersama-sama.
     
  2. STONE07

    STONE07 Tenggiri

    benar sungguh kata2 mu itu.tak syak lg memang benar dan lagi bernas ( bukan beras nasional ) ;D ;D ;D
     
  3. sheikh faqar

    sheikh faqar Marlin

    Salam,

    Nyampuk skit... Bab ikan makan time bila tu sampai skrg masih menjadi tanda tanya ini kerana record 24jam, sebulan saya amati amalan pemakanan si Siakap ni tidak mengikut diet seperti mana yg sering diberitahu (pagi & ptg)

    Cuba tgk carta jackpot. Mungkin dari situ boleh tgk time ikan galak makan... Tapi tak tau la kolam lain bagaimana jamuannya.

    Edisi saya, tak tentu masa dan tak tentu teknik. Sentiasa mencuba pelbagai teknik. Mungkin juga lokasi semasa ikan gathering/port kat sesuatu area kolam. Kenal pasti palong pun tak berapa mendatangkan hasil lumayan.

    Pendek kata, bergantungan rezeki dan nasib baik kita juga. Dan yang anehnya, yang baru2 mencuba tu mancing asal boleh je.. tp jarang yang tak dapat... tak kira waktu... tp bila dah makin lama.. dah banyak tau.. lagi susah nak dapat... pelik bagi kita tidak bagi mereka...
     
  4. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    ko dah terbawa-bawa cara permainan kolam air tawar ni.. ;D
    kolam air masin tak boleh sentap mcm tu..putus nanti..antara sebab boleh putus..ikan kolam air tawar takde gigi..ikan kolam air masin ada gigi tajam kecuali siakap..siakap pun boleh putus kalau sembat kuat2 sebab struktur dalaman insangnya dan pipinya yg tajam. bayangkan..masa kita sentap kuat tu ikan pun turut sama melarikan umpan. pecutan ikan air masin jauh lebih kuat dari ikan air tawar.

    manceng kolam air masin cukup sekadar tarik saje..tapi kna pastikan ikan betul2 telan umpan. tak seperti manceng kolam air tawar..sentapan kna kuat sambil membuat pecutan rapat ke pagar.. ;D
     
  5. sheikh faqar

    sheikh faqar Marlin

    hahahaa... pecutan rapat ke pagar yg tak boleh tahan tu... tu tak campur lagi yang buat aksi gimnastik...
    *takut lalu belakang pemancing di kolam air tawar.. silap2 muka cop daiwa / shimano.. hehe..
     
  6. STONE07

    STONE07 Tenggiri

    bro Sheikh Faqar jom esok mlm kita pi serang GP tangan dah tak leh tahan,bru seminggu stop
     
  7. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    KALAU SERANG GP AJAK JE TUAN ISMIKY STONE... ORANG KUAT GP TU....
     
  8. ismikayz

    ismikayz Marlin

    caitt...semalam pun seko je naik..ngan pelampong lak tu....adehhh!!! asal casting terus mein pelampong lak...wakaka
     
  9. STONE07

    STONE07 Tenggiri

    Ye ke,tak tau plak Tuan ismiky orang kuat GP,tak pernah jmp kot.Saya layan malam je kurang main waktu siang anak ikan bersepah dok kacau umpan....
     
  10. ismikayz

    ismikayz Marlin

    abang bidan fitnah je tuh...ekeke...jarang sy g situ...klu g pun ngan bang bidan...klu g ngan dia...siang la...dia suka g pepagi...seminit pas lalat bangun tido.... ;D
     
  11. STONE07

    STONE07 Tenggiri

    semalam pg pandamaran,niat asal nak pg desa kemuning cr jln tak jumpe lak...2 ekor rabut tp dapat la pengubat rindu 2 ekor MJ....
     
  12. sheikh faqar

    sheikh faqar Marlin

    ler.. apasal tak call... kan ke ada GPS.. hehe...
     
  13. softyards

    softyards Uban

     
  14. gentayou

    gentayou bancuh susu anak dulu... sblom bancuh dedak...

    tumpang tanye... bagaimanakah ghope cili tuh??? huhu
     
  15. hazmi

    hazmi Bilis

    alah cili yang biase2 tu...

    kebanyakkan cili/pin/swivel kat kedai mmg ade ball bearing..

    yg mcm ni - [​IMG]

    tapi make sure jgn kecik sangat, silap2 boleh lurus!
     
  16. gentayou

    gentayou bancuh susu anak dulu... sblom bancuh dedak...

    woohh.. tau ler teman.... time kasih ler yeop.. teman ne tau ghope jer.. namenyer idok ler teman hapai... huhu
     
  17. quadice

    quadice ~if eye can kill, u already die ~

    siakap kolam ni selalu main casting jer....udang kopek cucuk kat kepala tu....udang kalo nk kasi lurus,,,,kopek kulit,,,cucuk dgn lidi balut dgn surat kabo then letak dlm freezer,,,,nk guna baru cabut lidi tu....kalo udang bengkok...nanti casting udang tu pusing2 tu yg ikan xnk makan tu....
     
  18. cobia

    cobia Siakap

    aku baru berjinak...
    karan jugok ghupenye....
     
  19. jackhalid

    jackhalid Pancing masa lapang saje

    Salam,

    saya dah 3x pegi kolam mancing taman pelangi. tapi kumpau lar.

    casting udang kopek, casting udang idup, guna pelampung + udang idup, casting guna gewang...

    semua try dah. hasil pemerhatian, kebanyakan yg dapat kat sana guna casting udang kopek.

    Jumaat malam ni nak try lagi. nak datang lepas diorang lepaskan ikan @ 10pm.

    mudah-mudahan ada rezeki insyaAllah. amin...
     
  20. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    tuan try pelbagai spot. kebanyakan siakp ni suka menempel kat tebing2 je kalau waktu malam kerana di tebing banyak anak ikan ;D. ikan ni jnis suka mengendap dan tak suka berlegar.
    terutama skali di bahagian tebing kolam yg berlekuk atau berliku.
     

Share This Page