mancing siakap kolam...

Discussion in 'TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.' started by cdgtxx, Oct 31, 2008.

  1. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    Saya tengok ada sesetengah pemancing yg memasang manik..hasilnya pun memang boleh tahan. apa fungsi manik sebenarnya ye??
     
  2. penyadau

    penyadau Aku Caster Tegar


    nak tambah soalan g 1 ..manik tu cmanae rupa nya?>...ada jual kat kedai pancing atau kedai kain..??..
     
  3. softyards

    softyards Uban

    Ada mcm2 jenis manik diguna pakai semasa memancing di kolam bergantung atas fungsi manik itu sendiri. Manik cuma sebagai hiasan menarik perhatian ikan. Ada manik yg ada illuminate bermakna dia contain brightness dan sesuai utk pancingan mlm. Utk pancingan siang lebih universal. Banyak manik yg boleh diguna pakai terutama yg kaler terang. Saya suka mencari manik di kedai baju atau bunga hiasan dan menggunakan kaler merah terang. Kalu dipadankan dgn udang kopek dah mcm ala2 gewang Ultraman (merah putih). Yg paling penting manik digunakan tidak mengganggu hook up ikan dgn mata kail. Manik cuma aksesori memikat ikan, yg lebih penting mata kail itu sendiri. Ketajamannya harus diperiksa sebelum memancing utk elakkan putih mata.
     
  4. penyadau

    penyadau Aku Caster Tegar

    manik tersebut di masukan bersama batu ladung kecik dan biarkan bergelungsor bersama batu ladung tu ke bro?..
     
  5. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    saya tengok..ada yg masukkan dulu ladung bulat yg paling kecik tu rapat ke mata kail..kemudian ditindan pulak dengan sebiji manik warna silver. Time tu saya manceng membangau dah 2 jam..brader yg setting permabut mcm ni baru masuk dan parking sebelah saya..2 kali baling terus naik siakap..bengang tak terkata..huhu.. :D
    dalam masa sejam seblum saya habis mancing dia dah naik 3 ekor. tak tahu laa sama ada disebabkan keberkesanan manik tu sendiri atau pun secara kebetulan..tapi yg pastinya time tu saya yg takde rezeki..dia pulak murah rezeki. Ada rezeki atau takde rezeki tu selalunya bersebab kan..mungkin dia punya usaha dan ikhtiar dengan cara tu menyebabkan dia lebih murah rezeki kot! ;D
     
  6. izhar81

    izhar81 Marlin

    kalau ikut pengalaman aku plak.. ada manik ke idak ker sama jer.. ianya lebih kepada rezeki dimana umpan tu dah lalu depan mata ikan tu dia ngap ler...

    Ianya lebih kepada keyakinan... jika kita yakin bila mancing guna manik kita leh dapat maka kita leh dapat ler...


    Macam aku plak dulu aku yakin guna tali Fluorocarbon.... kononnya siakap tak nampak perambut,

    Sekarang nie plak aku yakin letak Luminous pipe kaler oren kat perambut, kekadang tu aku letak sikit bulu kilat kat mata kail macam yg kat mata Apollo tu, sebab saja jer nak rasa confident..

    Sebab selalu kalau kita tengok orang pancing guna gewang dia guna kaler kaler gewang yang camnie kat air - air macam air kolam Jugra tu... tambahan plak ada artikel dalam sirip ke pancing aku luipa yang ada cerita pasal Siakap nie mata dia tak sama macam jenahak.. dia lebih senang nampak yang kaler terang mcm oreng atau chartuse..

    So aku guna stail tu ler.. eventhough kalau guna stail buiasa pun ikan sebenarnya makan juga... kengkadang udang kopek baru cecah air pun dia dah ngap...

    Nie kira macam rezeki dan keyakinan jer nie.... sebab kadangkala kita dapat banyak orang lain tak dapat.. ada hari plak orang dapat banyak kita tak dapat...

    ada hari memang bangau... ;D
     
  7. softyards

    softyards Uban

    Memang betul bergantung kepada rezeki kita aritu, kalau dah bangau x kemana... :). Tetapi usaha mau ada, apa2 pun rezeki x semudah dtg tanpa usaha. Menggunakan manik adalah ikhtiar atau usaha, bergantung samada usaha itu sia2 atau berguna. Seperti yg saya katakan tadi manik tidaklah memberikan satu impak yg sgt besar dlm pemancingan kolam, ianya cuma mengindahkan presentation kita sahaja. Apa yg kita present kepada ikan yg utama adalah umpan dan teknik pancingan. Spot nak letakkan umpan juga amat penting dlm sesebuah kolam. Kadang2 kita pakai isi ikan bangau tapi org lain berhasil. Cuba pindah dan 'curik' ikan dari tempat balingan dia, saya rasa InsyaAllah sekor dua naik jugak. Kadang2 kita casting tapi yg naik org pakai pelampung. Tu adalah teknik pada waktu itu yg berjaya memikat ikan. Cuba adapt mana yg sesuai diguna pakai. Utk casting, kalau duduk setempat tiada yg mematuk umpan, rajin2 lah memusing kolam sambil mencuba spot yg lain. Pernah berlaku di depan mata saya DUA KALI pada hari sama di mana 2 orang pemancing menggunakan teknik casting udang kopek secara 2 seiringan (perambut splitter guna dua udang) berjaya menaikkan 2 ikan sekaligus! Walhal kadar hook up siakap pada hari itu bukanlah sekerap mana. Ada kemungkinan siakap berkumpul ketika itu dan pemancing meletakkan umpan pada spot yg betul. Pemerhatian saya terhadap pemancing kolam, yg rajin dan selalu mencuba spot berbeza amat jarang sekali dia mengalami situasi bangau melainkan mmg pada hari itu amat kurang berlaku hook up pada kolam tersebut.
     
  8. softyards

    softyards Uban

    yup... terpulang pada individu. Saya selalunya meletakkan manik merah dahulu atau di antara mata dan batu ladung dan dibiarkan free menggelongsor sepanjang perambut. Dengan cara ini kita boleh mengambil semula batu dan manik dan diikatkan pada perambut baru yg siap sedia diikat matakail agar stok batu dan manik kita tidak kurang.
     
  9. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    Saya nak tanya sikit..berkesan tak guna umpan udang kopek buat casting siakap liar..gunakan teknik ataupun perambut yg serupa??
     
  10. izhar81

    izhar81 Marlin

    Hah? Satu perambut dua umpan ke dia casting? camne rupa perambut tu perambut berbentuk V ke? Menarik nie...

    Tapi tang pindah spot plak pernah ghak jadi bila saya pindah dan orang amik alih jer terus dapat.... (dalam hati nyesal pindah.. hehehe)
     
  11. softyards

    softyards Uban

    Pernah tgk perambut digunakan utk pelampung? Sama aje cuma kedua2nya diikat dgn matakail dan lebih pendek drp perambut pelampung. Satu buat pendek skit drp yg satu lagi. Yg panjang kasik taruk batu kecil utk udang 'berenang sealiran (atas dan bawah).
     
  12. utaka90

    utaka90 Tenggiri

    size batu n jenis yg nk guna tuh??
     
  13. softyards

    softyards Uban

    Sebenarnya saiz batu bergantung kepada kelajuan karauan kita bermakna ia lebih diutamakan sewaktu kita casting. Saya kurang pasti saiznya tapi kalu yg bujur tu lebih kurang panjang 6-7mm (saiz 1 kot). Jenis boleh yg bujur atau bulat, yg lebih penting yg berlubang di tengah utk didorong tali perambut ke dalamnya.
     
  14. softyards

    softyards Uban

    Untuk siakap liar gewang lebih efficient dan kadar hook up lebih tinggi dan berkesan disebabkan penggunaan 2 bilah mata tiga. Saya pernah melakukan aktiviti casting di Broome, Australia dan ada peserta trip memancing menggantikan mata tiga yg terakhir (hujung) dgn mata kail single saiz 3/0. Mereka kata utk hook up yg mantap sekiranya siakap saiz besar menyambar.
     
  15. izhar81

    izhar81 Marlin

    Oh kira

    -buat bentuk V, cuma satu pendek, satu panjang...
    - yang panjang letak batu idupkecik

    Nanti bila retrieve yang ada batu menyelam dalam yang takde batu menyelam lebih cetek berbanding ynag takde batu..
    kira macam stail orang menunda dari bot lah nie... satu geang dalam satu gewang rendah... bezanya kali nie satu pancing umpama macam dua pancing.. bila retrieve ada dua klum air kolam yang kita akan explore....

    menarik bro... thank you very much..... akan dicuba lepas nie.... :)
     
  16. softyards

    softyards Uban

    Selamat mencuba.... tapi kalu dah biasa casting, guna teknik ni agak berat berbanding satu umpan je.
     
  17. fikey2300

    fikey2300 Bilis

    salam semueh.... syew nie budak mentah,umur bru 15.. syew mint sngat mancing... selalunye mancing kolam air tawar... tibe 1 hari, sjew nk test mancing siakap kt kolam... syew nk tnye.... time syew mancing siakap,syew pkai pelampung..... bile palampung uh tegelam syew syew troz sentap... tpi tali putus... syew biase maen kolam tawar, time kolam tawar jdy cmtuh okeyh jew... x putus pown.... kenape erk????? syew nk mintx pandangan semueh.... tlong leh??? ??? ???
     
  18. ismikayz

    ismikayz Marlin

    tali putus? main line atau perambut? better chek semula tali tu..takut2 dah reput atau tak brapa kuat dah....atau mungkin tali tersangkut struktur di dalam kolam..ada sesetengah kolam air masin diletak kolong2 atau piping di dalam sebagai tempat ikan berkumpul (cam tukun) so peratusan sangkut adalah tinggi....tetapi ikan suka lepak situ...so itu antara penyebab tali terputus...
     
  19. KingRedz

    KingRedz Siakap

    men air masin xleh sentap sekuat ati mcm air tawar geng. bila pelampung da tengelam, kasi tunggu lbh kurang 10 saat sampai ikan 2 telan umpan, pas2 dgn gentle kasi sentap rod ke atas.

    cek mainline pakai braided ke mono, n brape paun. perambut lak brape paun.
     
  20. fikey2300

    fikey2300 Bilis

    taz KingRedz ngn ismikayz.... tali baru lagy... pkai tali braided 80 paun..... time aq suke sentap kaw2.... biase maen tongsan.. tuh yg suke sentap kaw2
     

Share This Page