mancing siakap kolam...

Discussion in 'TEKNIK, GAYA, JENIS dan CARA PANCINGAN.' started by cdgtxx, Oct 31, 2008.

  1. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    Assalamualaikum buat suma angler...

    mintak tlg sesangat ni.....sy bru nk belajar cuba mancing kolam siakap...

    saya gunakan udang sebagai umpan.....cra yg digunakan adalah casting dan bottom...

    masalahnya skang...dh 3 kli pegi..blk tgn kosong...

    sy lansung tak reti mancing siakap kolam ni....

    ada tak sesapa diantara angler terhebat bole beri tunjuk ajar.....?
     
  2. DelidaBintik

    DelidaBintik Siakap

    cuba guna teknik baling tarik umpan.....
    saya pernah tengok sorang apek cina dia cangkuk umpan udang pastu main baling tarik ;D ;D ;D cam casting gak lah lagi cepat di ngap siakap.

    cara dia cangkuk umpan pada mata kail tak pasti plak . ;D ;D ;D
     
  3. En. Sham

    En. Sham Marlin

    salam semua..apa yg saya tahu la siakap nie pemangsa yg ganas gak....dulu saya suka guna ikan lampang but la nie byk kolam tak kasi guna anak ikan...so kena pakai udang....kalau guna udang cangkutkan mata kail kat hujung ekor than baling buat cam casting..kalau udang itu hidup lagi biarkan udang tu gerak2 sikit......

    harap dapat membantu...
    biasa pie kolam siakap belah maner..?
     
  4. rossi

    rossi Kih..Kih..Kih..

    Entah ehh...kalau kolam ikan kat sini, selalunya kita pakai pelampung(yang ada pemberat sikit)jenis rocket dengan leader 1 1/2 depa. Umpan= udang hidup atau tamban fresh. Ada strike jugak.. ;D ;D ;D
     
  5. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    tu la masalah sy ni.....

    sy guna udang mati dan idup....pastu cangkuk ekor....pastu main casting....tak gak dapt......

    org sebelah sy rilek jer bwk balik smpai 4 ekor....

    camner dan bagaimana nk tau ikan ni dh mengena ke belom..?

    p/s: mancing siakap kat kolam JPJ semenyih...
     
  6. En. Sham

    En. Sham Marlin

    maybe rezeki masing2 kot...say pun ada kumpau gak kalau mancing siakap nie....dier kena rajin sikit...buat like casting...kalau ada putaran/kincir air pusing kena cuba belah tu..kekadang siakap ada di area situ..... 8)
     
  7. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    lg skali tepat sekali........

    memang sy port kat area kincir air la tu..........tp kumpau gak......

    dah la mahal.......sy cuma tak tau tang bila dia mkn jer.....

    klau ada angler dr sini nk layan siakap kolam...bole la sy ikut belajar....
     
  8. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Salam semua warga pancing.net. Rasanya bidan boleh tolong cam mana nak layan siakap ni. Khamis lalu (12 malam) bidan dapat 4 ekor untuk masa 3 jam, Rekod 3 Jam 6 Ekor (Tmn Pelangi). Lokasi memancing di Kolam Air masin Green Partadise (Rawang). Kaedah yang biasa di gunakan adalah:

    1. Udang Gatal. (mula2 pancing guna ni.. udang dah mati baru guna no 2)
    2. Udang Kopek.
    3. Ikan Mati (kembung/sardin/ikan jaket).
    4. Lampam.

    bidan selalu guna adalah kaedah Casting. Umpan, Udang yang telah di kopek kulit. Kalau nak jimat beli kat pasa malam udang tu. Potong kepala dan ekor, Kopek kulit sehingga licin.

    Luruskan badan udang tu. cara nak luruskan tekan pelahan2 bahagain bengkok udang tu. Bandan udang mmg kena di luruskan agar semasa kita casting udang berkenaan tidak berpusing. Boloh uji pada joran anda dengan mencangkup pancing anda di bahagian keratan kepala udang dan letak ke dalam air tarik dengan rod.. kalau berpusing maknanya tak berapa elok la tu. Di atas mata pancing yg di ikat letak batu yang kecil agar casting kita tadak di dasar sangat ataupun di permukaan sangat. Sasaran kita bottom middle. Kalau nak guna ikan mati jugak boleh. Kebiasaannya Ikan Sardin di potong 1 inci. Kaedah ni kita panggil tanam atau dasar.

    Yang paling seronak apabila ikan siakap ni menangkap. Hendak mengenali ikan ini telah menangkap umpan udang kopek kita adalah joran kita akan rasa satu rentapan. Buka pelepas tali ketatkan drag. tunggu sehingga tali kita di tarik oleh ikan tu.... kira 1 hingga 6, tutup pelepas tali, teggangkan tali dengan memusing spinner, bila dah tegang, sentak. dan losekan semula drag kita mengikut keadaan tarikan siakap tu. Kalau di kolam Rawang (sebetulnya templer) ikan di sana boleh dikatakann setiap kali bidan pegi insyAaalah dapat. Tu je maklumat dapat di berikan.. ;)

    Sapa nak pegi jommmm.... kita pakat kumpul kat situ...
     
  9. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    yes....info yg bagus..detail...

    tmn pelangi tu kolam sentul kan...

    klau kat rawang tu....bila bole pegi...nk belajar ngan abg bidan la...

    klau bole...biar la mlm minggu..
     
  10. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Kolam taman pelangi tu orang panggil Sentul jugak. Kat situ ikan dia tak berapa sedap kalau nak makan. Ikannya tak berapa sihat. Kalau ikan kat GP (Green Paradise) Rawang memang sedap di makan. Airnya bersih dan di ambil dari Anak sungai berdekatan.

    Bila nak pegi... Abg suka pegi waktu Malam. Kul 12 hingga kul 3++ (ada extra 15 min) Miss call abg kat 107-3789717 abg simpan no nko. Ada ruang abg call dan kita pegi. He he he... Ikan yg 4 ekor tu abg Jual dapar RM40.00 so dah jimat la.. macam mancen pree la hari tu... he hehhe...
     
  11. En. Sham

    En. Sham Marlin

    Salam semua..kalau gitu bro...nak buat satu komplot....sila bagi date than time like this....so senang mereka2 yg mahu join...

    Contoh:-
    Komplot cari siakap kat Green Paradise Rawang pada xxxxxx kul12.00am to 3.00am.
    1)Bidan
    2)cdgtxx
    3)EN. Sham
    4)
    5)
     
  12. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Tambahan...... Nak canteeek......

    Spining Machine - Spool yg kecik (sebesar 50 sen tu)
    Tali Tangsi - 10 pound - 12 pound. (agar dapat dilontar lebih jauh)
    Perambut - 30 pound ok dah.

    Aksesori Tambahan:

    Kalau ada bawak la Tangguk. Kolam ni curam sikit. Senang la kalau nak tangguk. Tu je maklumat yg bidan rasa perlu.
     
  13. En. Sham

    En. Sham Marlin

    ok tu..... thanks for info...kepada mereka yg duduk sekitar.. area rAWANG.. saudara Bidan ajak pie mancing..GP
     
  14. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    He he he... semalam bidan dah pegi.. dapat la 3 ekor... gambar terbaik kut tuuu... he h ehe.. potokol dapat 1 ekor besar..... bidan dapat 3 ekor kecik compare berat dekat dah tu... boleh juara ikan terbaik bulan nih... ha ha ha ha ;D
     
  15. pezt_kool

    pezt_kool Bilis

    masyuk jgak 2.. ;D
     
  16. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    abg bidan memang pakar siakap kolam la......

    insya'allah stu ari nanti kita dpt bersemuka agr sy dpt menuntut segala ilmu yg abg bidan ada...
     
  17. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Kita tunggu 1 masa yang sesuai. Akan abg bidan kabarkan pada seluruh warga pancing.net . sambil mengeteh sambil memancing..... InsyAllah
     
  18. Mrmango

    Mrmango Tenggiri

    salam otai2 sume. saya tak pernah cuba teknik casting, selalu layan bawal je pakai pelampung. Tapi bila baca abg Bidan punya explanation, rasa macam mudah sangat. inshallah akan cuba dalam masa yg terdekat.
     
  19. wanjoker

    wanjoker Jenama Bukanlah Tuah! Sambaran Yang Dikira!

    wah..... kat sarawak takde kolam siakap... :(
     
  20. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Setakat ni main siakap ok jerrr... main siakap kena rajin casting... kalo kita asik duduk jerr
    dia pun duduk tunggu kita gak

    [​IMG]
     

Share This Page