Lubuk Yu - Ulu Jempol, Pahang

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by kopytiam, Sep 9, 2012.

  1. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    kawan tolong compilekan aja....

    Kredit Hasil Nukilan - manba_nkk
    Cerita asal - KLIK SINI

    http://www.pancing.net/index.php?topic=20671.0
    Raya tahun lepas


    Cerita ni walaupun agak panjang TAPI kamu semua mesti mau baca, kalu tidak manyak rugi wei !



    [​IMG]
    Father in law tinggal ‘bujang’, buah salak belakang rumah takde siapa mau layan !
    Time raya je ramai balik maka ada le orang nak layan buah ni !



    Lubuk Yu
    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]




    Seperti raya tahun-tahun lepas, saya dan adik-adik ipar masing-masing bawa keluarga pergi piknik kat sungai [ 2010 Latah Beraung, Jerantut, 2011 kat Berkelah, Maran ], kali ni destinasi ialah Lubuk Yu, Ulu jempol, Pahang. Tempat ni seketika dulu pernah kuar berita pasal kencing tikus dan kehilangan beberapa nyawa !

    Kami pilih tempat ni kerana lebih dekat dari arah Jerantut, hanya perlu drive ~50 minit aje. Lagi pon ramai antara kami belum pernah jejak kaki kat situ lagi.

    Long story cut short, kami sampai sekitar 1 petang, 21.08.2012. Port piknik ni sememangnya cantik, kawasan mandi/main air pon amat luas, sesuai utk riadah sekeluarga ! Orang pon ramai maka kami anggap peritiwa malang yg lalu dah jadi sejarah, namun ada satu cerita teramat gempak yg kami semua tak tau !

    Ahli keluarga semua sibuk mandi sungai, saya lebih pada mancing apa tidaknya port amat cun di depan mata manaleh tahan wei !

    Kebetulan semua gewang saya tertinggal kat Kapar, nak casting camne wei ! Ingat nak treking sikit naik atas jeram cuba nasib tapi kecewa senjata killer takde! Arrrhhhhggggggkkkkkkk !

    Sebenarnya tiada gewang saya adalah hikmah sebab port yg saya ingin try tu adalah nadi utama kisah kali ni !!!
    [​IMG]
    Jeram atas pada air terjun mini tu le port cerita kali ni !
     
  2. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]

    Selepas berseronok main air hampir 5 jam, tengah kami siap nak balik, tetiba hujan, semakin lebat pulok tu. Tau-tau dah tinggal kami 3 kereta aje, yg satu kereta lagi geng mancing ntah hilang cari port kat mana sebab tadi nampak mereka bawa set pancing menuju arah sungai.

    Dalam sibuk kemas barang, kereta adik ipar saya – proton waja takleh nak start ! Puas kami cuba check sana sini, try gan bateri nak jump-start pon gagal dimana hujan masih turun gan curah-curah, hari pon makin gelap. Nak tolak takleh sebab jenis auto !

    Ada antara kami ni terdapat dua budak kecil iaitu setahun gan tiga tahun, parah ni tersangkut dlm hutan gan keadaan camni !

    Akhirnya saya terpaksa kuar cari workshop/foreman yg terdekat, iaitu pekan kecil Sg Jerik. Tempat pertama saya sunggah tu foreman baru je balik kata jiran sebelah, adoiiii !

    Port kedua ialah bengel motor, tokeynya cina.

    Saya : ‘ Boss, boleh tolong tengok kereta adik ipar saya takleh nak strat ? ‘

    Tokey : ‘Maaf bang, saya boleh repair motor aje ! ‘

    Saya : ‘ Habis manaleh dapat foreman kat area sini ? ‘

    Tokey : ‘ Kereta kat mana ? ‘

    Saya : ‘ Lubuk Yu. ‘

    Tokey terkejut besar : ‘ Aiyakkk itu tempat manyak keras wooo ! Apasal mau pergi sana ? Tempat lain takde sungai kah ? ‘

    Saya : ‘ Ni firstime saya p itu sungai boss. ‘

    Tokey : ‘ Kita orang area sini sememangnya tak mau pergi langsung ke Lubuk Yu ! ‘
    Saya hanya risau keluarga yg tersangkut dlm hutan tu maka tak tanya pon apakah cerita sebenarnya yg keras cam stainless steel tu !

    Tokey : ‘ Takpe, saya cuba call kawan foremen dulu, kalu ada foreman saya panggil pergi tolong repair kalu takde minta towing bawa kereta kuar dari hutan.

    Saya : ‘ Guna saya punya handset boss ! ‘

    Tokey : ‘ Takpe, perkara kecil je. ‘
    Maka beliau pon tepon sana sini cuba nak tolong ! Tapi mungkin dah malam dan nasib kami, foreman takde/gagal dihubungi.

    Tokey : ‘ Kamu ikut saya pergi cari foremen yg duduk paling dekat. ‘

    First lokasi foreman ntah p mana, hon punya hon jerik punya jerik tiada jawab langsung.

    Try foreman kedua, seorang India.

    Foreman India : ‘ Apahal kawan ? ‘

    Tokey : ‘ Dei, kereta dia rosak boleh kasi tolong ? ‘

    Foreman : ‘ Kat mana ? ‘

    Saya : ‘ Lubuk Yu. ‘

    Foreman sambil geling kepala angkat tangan tanda tak mau : :eek: LUBUK YU ? Itu tempat saya takmo pergi !!!
    Air muka/wajah foreman ni punyalah terkejut besar macam saya adalah hantu paling menakutkan berdiri didepan beliau !
     
  3. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    Saya : ‘ Tolong encik, saya ada budak kecil umur setahun gan 3 tahun dalam hutan sana ! ‘

    Foreman dgn kerasnya : ‘ SAYA TAKMO PERGI ITU TEMPAT ! ‘

    ' Kenapa ? ‘ : Tanya saya.

    ' Lu dari mana ? ’ : Foremen.

    Saya : ‘ Dari Klang balik raya rumah mertua kat Jerantut, ni firstime masuk Lubuk Yu. Tolonglah tengok apakah masalah kereta adik ipar saya tu ‘

    Foreman : ‘ Apasal mau mari sini ? Jerantut pon ada sungai ma ! Kita orang area sini takmo pergi itu tempat wooo ! Kalu saya pergi nanti malam tak boleh tidor tau ! ‘

    Foreman ; ‘ Kalu kamu bawa itu kereta kuar dari hutan saya boleh tolong check sikit. ‘

    Tokey : ‘ Takpe, saya cuba call towing. ‘

    Sebelum tokey yg baik hati ni dial nombor towing, anak sulung saya terima panggilan dari sepupu bagi tau kereta dah boleh start ! Anak buah saya dah calling pakcik beliau dari Jengka datang tolong kasi kawtim ! Alhamdulillah !


    Sambil tunggu mereka kuar dari hutan, saya cuba gorek rahsia Lubuk Yu dari foremen !

    ' Encik, apakah cerita sebenar Lubuk Yu tu ? Yg saya tau orang mati kat sana sebab kes kencing tikus aje. ‘ : Tanya saya !

    Foreman : ‘ Kalu betul kencing tikus apasal sebelum dan selepas tu takde pon orang mati ? ‘

    Maka foreman ni pon buka cerita yang sememangnya amat menakutkan apalagi time malam kat area pekan kecil nak jumpa bayang manusia pon agak susah ! Rumah foreman ni belum sampai pekan Jerik lagi, kira kawasan sunyi, jarak antara rumah agak jauh. Depan rumah tu hutan … errrr …. Ladang getah kot !

    Macam ni, kisahnya bermula gini …………. Foremen pon buka cerita seram …..


    Sebelum kes kencing tikus menyebabkan kematian 9 orang seperti dilaporkan dlm berita/akhbar, terdapat kemalangan mati lemas di Lubuk Yu melibatkan seorang remaja. Mereka ni p mandi kat sana berdua, bila salah seorang mereka ditarik arus dekat air terjun, kawan seorang lagi cuba tolong namun gagal, maka beliau terus cabut balik kampong bagi tau keluarga mangsa.


    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]



    [​IMG]
     
  4. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    [​IMG]




    Dibawah ni adalah port mandi paling dekat pada tempat letak kereta, tapi kurang orang nak layan
    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]
    Air sungai ni kurang sejuk, tak tau kenapa, mungkin sebab 'hot area' kot ? ;D
    Tapi kawasan yg luas tu best utk riadah keluarga !



    kontiniu cerita seram pulok .....

    Ramai orang datang termasuk ketua kampung, ketua komunity seperti pengerusi MCA/MIC bahagian area sana dan sebagainya.
    Mereka cuba segala cara namun gagal jumpa budak yg lemas,malah mayat pon ntah hilang mana. Maka bomoh dipanggil, si bomoh kata mayat masih ada di tempat kejadian, ini menyebabkan usaha cari dan menyelamat diteruskan sehingga terlibat anggota bomba, polis dan rela !

    Tapi mayat atau budak itu masih tak dapat dikesan ! Bomoh pulok kata mayak tu memang ada kat situ !

    Last sekali pihak berkuasa terpaksa letupkan batu-batu dlm air, mana tau mayat tersangkut dicelah batu !

    Selepas segala usaha dijalankan namun hakikatnya sememangnya masih gagal ! Operasi pun diperhentikan [ ntah selepas berapa hari ]

    Kesemua insan yg terlibat dalam penyelamat kali ni [ lebih kurang 21 orang ] mula mati satu demi satu ! Dalm tempoh dua bulan semua dah JALAN dengan sakit secara misteri ! Ni termasuk ketua kampong, ketua komuniti, bomoh, rela, bomba dan polis !

    Salah seorang mangsa dari 21 orang tu adalah anak tokey pasar, semasa anak tu sakit, ayah ni tak puas hati maka beliau pun jemput bomoh cina dari Karak [ Foreman kata dari tokong atas bukit sana ].

    Seperti wayang/filem kita tengok, bomoh cina ni pun buat le upacara sembah kat port yg diletupkan itu. Dengan lilin merah besar dua patang, jolok, kemenyan, kertas tokong, makanan dll juga selai kain putih dipasang !


    Sebaik sahaja upacara dimulakan, lilin besar merah tu seperti ditiup angin kencang padahal time tu takde angin pon, tetiba bomoh cina ni seperti ditumbuk Mike Tyson .............. jeng jeng jeng :eek:
     
  5. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    Sebaik sahaja upacara dimulakan, lilin besar merah tu seperti ditiup angin kencang padahal time tu takde angin pon, tetiba bomoh cina ni seperti ditumbuk Mike Tyson dan terus jatuh terlentang ! Apabila beliau bangun, suara beliau dah tukar jadi lain !

    Bunian rupanya dah masuk badan beliau ! Bunian pun ceritalah port diletupkan itu adalah kediaman mereka ! Bunian memang sudah marah dari awal lagi sebab ramai orang pergi sana bukan nak mandi sungai, bermacam projek dilakukan termasuk maksiat, dadah, judi … ! [ sebab tu agaknya area Lubuk Yu sentiasa ada kes orang mati lemas saban tahun ]. Dan letupan itu adalah paling teruk buat koloni bunian.

    [​IMG]


    Sambil bunian buka cerita, kain putih tu juga turut tayangkan segala apa yg telah terjadi selama ni !

    Bunian hanya balas apa yg patut katanya ! Segala rayuan tidak dilayan maka terkoban le nyawa ~21 manusia, termasuk anak tokey yg masih sakit ketika itu !

    Bunian cuma terima cadangan bomoh cina tu supaya pindah port/kediaman jauh ke dalam hutan/bukit [ Dengar cerita sana ikan banyak dan besar, port taruk terus makan n makan n makan seperti posting dari bro tmnahar :eek: ].

    Cerita sensasi ini adalah lebih kurang sama dgn apa yg saya dengar dari adik ipar yg duk kat jengka, selepas balik dari Lubuk Yu. Kemudian saya p raya kat rumah abang ipar kat Temerloh pon dengar kisah lebih kurang sama !

    Kalau tanya saya nak ripit tak ? Why not tapi takmo bawa budak kecil hanya orang dewasa p mandi main air sungai n mancing ! Bukankah port ni cun gila wei ? :p :p
    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]


    Sebelum saya beredar dari rumah foreman, sempat lagi beliau tanya apakah nombor plate adik ipar … chiiiit manalah saya ingat, kalu nombor mata kail ok juga ! ;D




    **
    Cerita hantu dah habis, tengah hari nanti kuar pulok tang ikan ..... hihihi
     
  6. wme837

    wme837 Bilis

    seram jgk ;D.. baru bercadang nk g..
     
  7. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Aiiiik macam pernah tengok/baca kisah ni je tapi dimana ye ? mana ? ;D
     
  8. mie_ngail

    mie_ngail H/phone No: 013-3728302

    Aiii...sendiri punya kisah msti lah pernah tgk... ;D ;D
     
  9. lemanspring

    lemanspring Marlin

    kenapa cerita sama..pengarang udah tukaq..
     
  10. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    first post... ;)

     
  11. manba_nkk

    manba_nkk Arowana


    Aiiik bukankah ada komplot casting pikok ? ;D
     
  12. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    adaaaa... still on as we speak post... ;D
     
  13. lemanspring

    lemanspring Marlin

    [​IMG]
     
  14. Joran Buloh

    Joran Buloh ...dan kekadang kail tercucuk tangan juga

    Bro Manba :- Cerita yang best. gaya bahasa yang sempoi dan mudah paham..sisipan gambar2 yang menarik dah jadikan
    laporan ni cantik walaupun bersambung-sambung.

    Bro Lemanspring :- Tahniah gak atas inisiatif gabungkan laporan.
     
  15. ATM13

    ATM13 Will gain new knowledge everyday in here


    Tahniah tuan LS... hehehe Tuan LS yang dapat nama... ;D

    PS:tuan Joran Buloh : Tuan Kopytiam yang compilekan... hehehe ;D
     
  16. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Terima Kasih terima kasih bro JB !

    Kamu je puji kata report bagus padahal geng DK semua hentam kiri kanan atas bawah depan belakang cerita yg saya ambil masa 4h3m utk siapkan ! ;D

    Yg sambung tu memang sengaja buat gini nak tukar cara buat report lain dari yg lain. ;)
     
  17. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    Siapa nama foreman india tu? Adalah isterinya juga fore?kalao ye tentu forelady

    P/s: ada org sebut Dk plak.. Hmmmmmm
     
  18. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Dei ... ada 4man ada 4lady ma ;D
     
  19. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    Oooo .....
     
  20. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

Share This Page