Laporan Trip Luconia, 5 Hari 4 Malam

Discussion in 'Laporan Atau Coretan Trip Memancing, Gathering dan' started by -DMN-, May 7, 2014.

Tags: Add Tags
  1. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Tarikh: 29 April - 4 May 2014
    Jetty: Bintulu
    Jumlah Ahli: 13
    Kapal: Marine Max
    Captain: Ah Chai
    Destinasi: Luconia & Pelantar Sekitarnya
    Organizer: Kenny
    Tukang Video: Martin @ DMN

    Senarai Ahli:

    1. Kenny
    2. Nizam
    3. Tadashi Aimoto
    4. Martin
    5. Ah On
    6. Chinaman
    7. Ah Tiong
    8. Ah Wee
    9. Ah Yong
    10. Xiao Wei
    11. Albert
    12. Goh
    13. Jeff

    Trip yang dianggotai seramai 13 orang telah selamat pergi dan kembali tanpa apa-apa insiden. Trip turut disertai oleh seorang peserta 56 tahun dari Jepun & seorang dari China. Perbezaan bahasa sedikit sebanyak membataskan pergaulan tetapi atas minat yang sama saya kira ia bukan satu masalah yang besar.

    Kapal bergerak meninggalkan jetty Bintulu jam 11 pagi & destinasi pertama adalah sebuah pelantar di Selatan Luconia utk sesi memanas badan. Keesokan hari nya perjalan diteruskan ke Luconia. Sesi memancing di luconia berlangsung selama 3 hari & pada hari keempat kami meneruskan perjalan balik sambil singgah di beberapa buah pelantar dalam perjalanan pulang.

    Apa2 pun layan gambar dulu:

    Bekalan makanan, minuman, buah-buahan & umpan tambahan. Walaupun jumlah ahli hanya 13 orang, saya dapati barang bekalan kali ni lebih banyak dari trip saya yang terdahulu.
    [​IMG]

    Antara peralatan yang digunakan untuk trip kali ini.
    [​IMG]

    Masa perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam untuk sampai ke spot yang pertama. Kebanyakan masa dihabiskan dengan melayan movie.
    [​IMG]

    Penulis bersama Tadashi (sebelah kanan). Hari pertama beliau di Bintulu dah kena tahan dengan kastam. Naik kapal pun beliau kena tahan ngan 'lanun-lanun'
    [​IMG]

    Dalam perjalanan terserempak lagi dengan kapal China Coast Guard kat Luconia.
    [​IMG]

    GT terbesar trip kali ni ditewaskan oleh Jeff
    [​IMG]

    Ruby snapper yang lazimnya dinaikkan dengan acara bottom. Namun kali ini kebanyakannya ditewaskan oleh jig besi. Kedalaman spot melebihi 200m memaksa kami menggunakan jig lebih 200g.
    [​IMG]

    Jig luminous turut berjaya menewaskan ruby
    [​IMG]

    Ruby ini turut berjaya ditewaskan dengan jig besi
    [​IMG]

    Tadashi turut berjaya mendaratkan ruby dengan jig besi
    [​IMG]

    Acara bottom juga tidak kurang meriahnya
    [​IMG]

    Tadashi turut menyediakan Tuna Sashimi untuk santapan tengah hari.
    [​IMG]

    Hasil keseluruhan:
    [​IMG]

    Acara yang ditunggu-tunggu lepas balik mancing - makan
    [​IMG]


    Link utk video Youtube
    http://www.youtube.com/watch?v=nffGvhnru_s

    Sekian sahaja report kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah menatap report.
     
  2. Neuroreef

    Neuroreef Marlin

    Perghhh mantop hasil...tahniah tuan n geng... ;D ;D
     
  3. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    TAHNIAH tuan DMN n geng !


    Ikan cam kat pasar :eek: :eek: :eek:
    Sebulan makan tak abih ;D ;D
     
  4. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Terima kasih tuan2. :) :)
     
  5. ASWAD

    ASWAD 012-9218472 / aswadkbs@gmail.com

    Marbeles...congratez tuan tanah
     
  6. kelahwayang

    kelahwayang Tenggiri

    Tahniah, hasil terbaik
     
  7. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Terimkasih tuan-tuan.. :) :) :) :)
     
  8. Ryzal Bawal hunter

    Ryzal Bawal hunter lelap time.....bye2

    tahniah tuan DMN.....ruby snaper tu.....trophy fish......hehehe
     
  9. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    terbaekkk dan tahniah kepada semua yg terlibat.. hasil memang mantappp, 2 thumbs UP ;D ;D ;D
     
  10. ray_mie

    ray_mie Marlin

    pergghhh.... :eek:
    terbaek trip lucornia......
    mantap tuan DMN....
    tahniah2.... ;) ;D
     
  11. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....tahniah tuan DMN n gengs....
     
  12. poyan laut

    poyan laut Marlin

    aduuussss...ikan nye beso2..size KING ni ;D ;D
    TAHNIAH2...trip yg [size=10pt]berbaloi-Baloi[/size] hehe
     
  13. Yeop Kundur

    Yeop Kundur Marlin

    terbaik semua....bile le nk smpai Luconia ni... ;D
     
  14. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Terbaik N tahniah tuan...... ;) ;)
     
  15. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Terima kasih tuan2. Terima kasih :) :) :)
     
  16. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    wahhh...bestt...bestt....meriahhh..

    [​IMG]
     
  17. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Secara peribadi, trip kali ini saya memang kurang menyerlah. Jigging byk yg lepas & putus. Acara bottom juga saya krg menyerlah. Langsung tiada ruby atau durian. Jigging 200m pun dah tak larat.
     
  18. ewak

    ewak Arowana

    adooiii bestnyeeeeee..tableh tahannn
     
  19. Pok Nek

    Pok Nek Bilis

    Perghh... tahniah bro...hasil yang mantob. Bila la nak pi Lucornia ni... paling jauh pun pulau lakei, belawai n tanjung manis je. Tak seChampion trophy kt Lucornia. Bak kata uncle yg gilap vespa... "ini barang cempiyen punya... tarak jual...". Anyhow... tahniah bro.
     
  20. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Larat ker nak jigging king..... ;D ;D ;D
     

Share This Page