Langsuir ke ni?

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by jman, Apr 3, 2012.

  1. jman

    jman Marlin

    Assalamualaikum, saya nak kongsi cerita tentang pengalaman saya terserempak dengan makhluk jin ni. Lokasinya di tengah perjalanan di tepi sungai Terenggan antara Kem Kuala Tahan dengan Kem Kuala Terenggan semasa buat jungle trekking kat Taman Negara Pahang. Oleh kerana dah dekat maghrib masih tak sampai kat Kem Kuala Terenggan, rombongan kami (20 orang + seorang pensyarah)terpaksa bermalam di tepi sungai yg berpasir dan bersih (dah timbul syak pertama) Di atas tebing yg agak tinggi ada beberapa rumpun buluh. Malam tu dalam pukul 11 malam tiba giliran saya berjaga bersama dua rakan sambil menunggu pancing (saya seorang yg bawak pancing) berumpan ikan bilis ;D yg saya bawa (tak sempat nak korek tanah untuk cari cacing sebab cuaca dah gelap) Saya berborak mengadap sungai manakala kawan saya mengadap rumpun buluh sambil tangannya bermain lampu suluh. Sorang lagi rakan saya berbaring di atas pasir sambil tidur-tidur ayam. Tiba-tiba kawan saya menyuluh ke rumpun buluh sambil berkata, "lampu apa kat rumpun buluh tu? Saya berpaling ke belakang dan nampak api seperti pelita berwarna merah bergerak turun naik di rumpun buluh. Kejap padam, kejap menyala. Kawan saya spontan berkata,"Agaknya lampu orang berburu." Saya diam dan api tu terus hilang. Saya terus diam tanpa syak membenarkan kata kawan saya sedangkan mana logik ada orang berburu kat Taman Negara. Kira-kira satu malam, ketika saya saya sedang tidur dalam khemah(giliran berjaga dah habis), saya seakan-akan sedang bermimpi mendengar bunyi mengilai halus, panjang dan sangat menyeramkan (macam hilaian dramatis bangsawan Jah Lelawati - slot Bangsawan di radio Singapura tahun 70-an) cuma lebih halus gemersik. Sesungguhnya sangat mengecutkan telur yg mendengarnya. Setelah saya terjaga hilaian masih bersisa lagi. Selepas itu, beberapa rakan saya terbangun termasuk beberapa orang ahli rombongan perempuan (ada 8 orang dalam satu khemah besar)). Salah seorang bercerita kat luar khemah, ada ahli rombongan wanita yg mengigau kena usik semasa tidur dalam khemah. Besok paginya sewaktu membongkar khemah, salah seorang kawan saya berkata,"Patutlah datang benda tu, ada ahli yg sedang 'uzur'. Dia nampak dalam khemah ada tuala wanita (rasanya yg belum diguna). Agaknya benda tu terbau darah kot, ataupun kami berkhemah kat rumahnya. Tengah harinya, dalam pukul 11, kami sampai di Kem Kuala Terenggan. Anggota renjer bertanya kepada kami, "Kat mana kamu semua bermalam?" Kami menjawab ,"Kat tepi sungai tu". "Berani ya kamu bermalam kat situ" Jawab renjer tu. Kami semua tersenyum-senyum pahit. Pagi besoknya pulak, pensyarah kami bercerita dia kena sergah dengan seorang panglima berbaju hitam siap bertanjak, marah-marah kepadanya kerana buat bising kat situ dalam mimpinya. Maklumlah dah ramai-ramai. Nasib baik tak diajak bersilat. Pada hari ketiga (selepas 2 malam bermalam di Kuala Terenggan), kami balik ke Kuala Tahan dengan bot sebab tak sanggup nak trekking. Bayar RM10.00 aje seorang. Dalam perjalanan balik, lalu di tebing sungai tempat di mana kami bermalam 2 malam sebelumnya. Kami mengurut dada apabila melihat ada sebatang pohon besar (daun tak banyak tapi dahan-dahannya besar-besar) tumbang di tempat khemah peserta wanita (ada 8 orang di dalamnya). Kami bersyukur kepada Allah. Dalam masa lebih kurang 30 minit, dah sampai Kuala Tahan dengan penuh kesyukuran tanpa rasa letih cuma baju ada yg basah terpercik air sungai yg sejuk dan menyegarkan, hehehe.
     
  2. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    pergh...huhuhu...menarik pengalamannya..bila tahun kejadiannya ni tuan ?

    p/s: tuan ni berapa umo sebenarnya ek ?... ;D

     
  3. jalabelanak

    jalabelanak Kuantan Novice Angler - Call me : 012-9533815

    Seramnya.....apa benda tu no komen la, yg pastinya memang makhluk halus yg bukan semut.... ;D ;D ;D ;D

    Banyak2 baca doa ni bila pergi merayap ke tempat2 asing bg manusia :

    “Auzubikalima tillah Hittama ti minsyarrima Khalaq.” Aku berlindung dengan mu Allah dari segala kejahatan Makhluk.”

    (Ikut rumi ni ayat Quran kurang tepat bacaannya....kena rujuk ayat sebenar dalam buku Zikir Al-Mathurat)

    Sekadar berkongsi.... ;D ;D ;D
     
  4. jman

    jman Marlin

    Cerita lama tahun 1989, Saya dah tua kalau masih ingat pada Jah Lelawati ;D
     
  5. ojang

    ojang Phone : 012-6414733

    org lama.. jiwa muda.. hehehe.. trima kasih berkongsi pengalaman..
     
  6. berudu

    berudu Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka

    meremang bulu roma jap... Thanks tuan Jman sebab kongsi kat sini ;)
     
  7. chapoi

    chapoi Marlin

    pergh nyesal bace thread ni malam2 buta
     
  8. afiq silva

    afiq silva Marlin

    pengalaman saudara saya ni dan dia cerita dekat saya.. dalam 2-3 tahun lepas masa dekat kampung di kedah, masa tengah jalan kaki otw balik, masa ni berempat, sedara saya ni perasan ada benda mengikut, pandang atas tengok ada akak putih mengikut.. ada la sorang kawan dia ni jerit dekat akak putih tu 'hang kacau aku, aku tangkap ang masuk dalam guni pi jual dekat cina'.. akak putih tu terus blah..
     
  9. pukau2002

    pukau2002 Tenggiri

    ha ha ha
    teringat cerita kawan saya.
    dia hantar guru silat balik ke kuala kubu, masa balik kl dia nampak kat cermin ada la akak tu menumpang kat belakang, dia pun amalkan segala petua bacaan ayat suci al qur'an tapi akak tu masih setia menemani dia, last2 dia tengking "aku tak halalkan kau naik kereta aku" baru lah akak tu hilang.
     
  10. afiq silva

    afiq silva Marlin

    ado laie satu.. pakcik saya ni pak gad dekat uia gombak.. masa tengah meronda memalam buta, biasalah shift malam dan sebelum naik pangkat.. tetiba kawan dia berhubung dgn dia guna walkie talkie tuh.. kawan dia tnya sapo awek cun ikot belakang kau, bini baru ka(kawan dia ni jaga tengok cctv).. pakcik saya habaq aku sorang joo.. pastu pakcik saya menyepak kebelakang sambil jalan, macam kuda tuh.. bila sepak guna kaki kiri, hantu tu pergi ke kanan, bila sepak guna kaki kanan, hantu tu poie kiri pulak.. ni di konpem kn oleh kawan pakcik saya ni.. ulang benda sama smpai tangga, sampai je tangga, pakcik saya buka silat langkah seribu..
     
  11. jman

    jman Marlin

    ;D ;D ;D Teringat lagu S. Shamsudin "..... engkau datang dari belakang, aku buka langkah seribu"
     
  12. seram sejuk dgr cerita ni. harap jauh ler dr bende2 ni.
     
  13. omen

    omen Jemuduk

    pnh citer org tua2 bila disakat dek bnda nih,klu dh takot sgt smpai dh x leh nk azan @ baca ayat suci al-quran,bukak segala baju seluar termasoklh ngn underwear2 kita skali,akak tu akan lari..tp x tau ler sebab apa dia larik..mungkin malu kot :p..tp blom pnh la sy praktikkan sbb lom pnh terserempak ngn bnda ni..stakat kene usik skit2 tu pnh la jugak,tp stakat dgr bunyi je,x nmpak rupa..mintak dijauhkn ler dr mkhluk2 mcm ni..
     
  14. jman

    jman Marlin

    Berbogel ketika diganggu jin ni memang antara petua mengelak dari diganggu terus oleh jin. Saya pernah terbaca pengalaman seorang pemancing yg memancing di kawasan lombong yg tidak dapat mencari jalan keluar. ikhtiar terakhirnya ialah membuka pakaian dan dengan izin Allah, jalan keluar dapat ditemuainya.
     
  15. Amir AzimeeArifin

    Amir AzimeeArifin Siakap Liar,kerapu,udang galah.. Amir 0199969945

    2 pengalaman dari sy... Tp sy x bgtau port kt mna nnt u all x p mancing dh kt ctu.. Sy blh bgtau 1 ja...

    1. Gunung stone ( Jeli kelantan )
    2. Port mancing ( kuala tmpt bot masuk ) area mna x Perlu bgtau kot..

    Gunung stone...
    Sy sbgai leader mendaki Gunung stone.. + 22 org student ILP ..
    Smpai di tapak perkhemahan xde tmpt utk pasang khemah kerna ramai org time tu.. So.. Tapak yg terakhir utk pasang khemah di tepi air terjun.. Tepaksa lahhhhh... Bila dh menjelang kegelapan mmg dh jd rutin bg smua gilir masa utk berjaga.. mlm pertama di sna sy dh masuk tdor awal.. Dan dh berpesan Dgn smua peserta jgn buat bising or p mana2 tanpa teman.. Masa tu jam lbih kurang 00:30 hrs ( 12:30 mlm ) sy bgn dr tdor sbb nk buang yg kecil.. Tmpt yg di cari mestila yg menyorok skit.. So park la kt tepi pokok.. Tetiba 1 makhluk berdiri di dpn sy.. Mata merah 1 di tengah dahi, besar mata sma saiz tin susu pekat F&N.. Tinggi dlm 12 kaki McM tu.. Mahkluk tu memandang trussss pd sy.. Sy trus tutup mata Dan teringat pak Sedara sy pesan.. Sy bercakap Dgn makhluk tu Dgn menyebut WAHAI MAKHLUK YG DICIPTA OLEHNYA.. IZINKAN KAMI MENUMPANG DI KAWASAN KAMU DAN JANGANLAH KAMU MENGGANGGU TEMAN2 KAMI.. Dgn melafazkan Allahhuakhbar... Sy trus Buka mata Dan makhluk itu telah Hilang Dari pandangan.. Punca makhluk itu tunjuk dirinya pd sy tu sy rasa sy tau knp... Sy rasa dia nk bgtau sy sbgai leader team spya jaga peserta yg di bawa sbbnya.. Ada peserta yg main guitar pd waktu tu...so makhluk tu nk bgtau yg dia Ada Dan itu kawasannya.. 2 hari Lps kejadian tu..sy masih tidak menceritakan kpd sesape sehinggakan kami terserempak Dgn renjer hutan yg jaga kawasan tapak perkhemahan tu.. Renjer tu Tanya... ( Ada sesape jumpa Benda x kt kawasan kamu park mlm td ? ) sy diam jaaaa Dan terus amik beg utk naik puncak Gunung.. Smua peserta pandang sy Dan mereka bertnya ingin tau.. So sy crita la sy nmpk makhluk McM ni McM tu bentuknya... Dgn selamba renjer tu jwb ... ( owhhhh... Tu Jin Tanah, Dlu dia sllu Tarik org Kluar dri khemah time tdor. Tp Skrg dh x lg )
    Smua peserta trus x jd naik puncak Gunung Dan bersetuju utk bertapak di kaki Gunung jaa..


    Port mancing plak...
    Mancing teknik pelampung.. Dan masa tu rod di pacak pd celah2 Batu Dan tinggal jaa.. Sy pi tgk Ada sorg pakcik tu naik kerapu 4 kilo lbih.. Dgn Tetiba ja rod sy membengkok.. Ape lg... Berlari laa atas longgokan Batu besar kt kuala.. Setelah pegang rod.. Lom smpt sentap pun perambut Dawai dh putus.. Tp sy x putus asa Dan trus memancing.. Masa tu jam dh Pkl 7 ptg.. Mmber sy ajak balik tp sy ckp.. Balik dulu laaa... Aku x puas hati ni sbb Dawai aku putus... Hari dh makin gelap.. Nmpk pun samar2 jerrrr... Toleh kiri.. Nmpk Ada org sdg membongkok Dgn membawa 1 bakul tp xde rod pancing... Time tu setahu sy.. Mmg dh xde org.. Hnya sy sorg jaaaaa... McM mna lak Tetiba kt sblh blh Ada org.. Pdhal dr tmpt park moto nk ke port mmg jauh nk jln ( 15 min Berjalan atas Batu ).. So sy Cuba hampirinya.. Dan nk wat wat Tanya.. Dpt ikan x.. Tp mukanya sy x nmpk sbb kplanya Ada kain yg menutupi wajahnya... Bila dh hampir Dgnnya.. Sy nmpk Sekor Demi Sekor ikan melompat masuk ke dlm bakul yg di bawa.... Tanpa di pancing... Sy pun ape lagiiiiii..... MAIN KATAK SI KATAK LOMPAT la kt atas Batu batuan...time tu pulakkkkkkkk panciing sy kena henjuttttt.. Karau cepat2 Dgn x pedulikan Drag... Bila dh naik... Tngok2.... Siakap merah Dgn berat 3.8 kg dan ada 2 mata kail pd mulutnya berjaya di naikkan.. Rupanya ikan tersebut adalah ikan yg sama yg telah memutuskan perambut sy.. Sy masih cam Dawai perambut Dan cara ikatan perambut tu... Mmg sy punya..

    Tp PERSOALANNYA.....
    Siapakah org yg dpt ikan tanpa mancing ???
    Knp selepas sy naikkan ikan..?? Dia dh xde..
    Adakah dia nk beri rezeki kpd sy atau dia sngaja nk takutkan sy ?
    HUMAN or DEVIL ???
     
  16. nizamdna

    nizamdna Jemuduk

    itu petandanya suruh balik solat maghrib / isyak dulu ..... lepas tue bergasakla sampai ke subuh .. Insyallah hasinya lumayan tanpa sebarang gangguan kecuali nyamuk dan anggas ... hehe ;D
     
  17. Amir AzimeeArifin

    Amir AzimeeArifin Siakap Liar,kerapu,udang galah.. Amir 0199969945

    Solat blh di tunaikan di mana Sahaja... ;D
     
  18. mancing pun mancing. solat jangan buat2 lupa. insyaAllah. solat sebelum disolatkan.
     

Share This Page