Kolam Tadahan Selangor area Jenderam

Discussion in 'Air Tawar' started by Pak Syed, Mar 4, 2014.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Update terbaru

    Tarikh: 15 November 2015 (Ahad)
    Waktu: 7.30pg - 8.30pg (1 jam je)
    Lokasi: sekitar laluan air keluar.
    Umpan: Handmade Bulu hijau berkilau, matakail chinu no.4.
    Joran: Daiwa D-Shock 6-14lb
    Kekili: Toman massage 3000
    Tali: Kirin 25lb
    Leader: Cap Ayam (halimunan) 15lb
    Hasil: Peacock Bass 5 ekor + sekor pemberian caster lain (terima kasih)
    saiz dari 20cm - 36cm

    [​IMG]
    Ni saiz yang terbesar haritu, 36cm

    [​IMG]

    testing buat FISH N CHIP PB, sodap jugak.

    Alhamdulillah
     
    Last edited: Jan 17, 2017
  2. Lemonfish

    Lemonfish Bilis

    Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.Terbaiklah Pak Syed.Saya pun ada kat situ.
    Huhu...masih tak pernah dapat PB ni.
     
  3. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    wslm. kt port yg sama ke?
    masa ni testing reel yg hampir jahanam (rosak) dan tali braided lama (2 tahun) tapi masih boleh digunakan lagi.
    nnti klu ada masa kita jumpa lg, (free satu perambut bulu ;D ;D ;D)
     
  4. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Saya kehairanan kt port ni dlm 2 minggu, (hanya gunakan bulu warna hijau berkilau je)antaranya keanehan ialah:
    1) paras air dh tinggi, boiling ada = sambaran kurang.
    2) Waktu awal pagi keadaan air sedikit keruh akibat hujan hari sebelumnya = banyak sambaran.
    3) Menjelang waktu tengah hari dan petang, air beransur jernih = sambaran amat kurang.

    *** Kesimpulan : umpan bulu ciptaan saya terbukti berkesan semasa keadaan air yang sedikit keruh dan dimainkan ditepian sahaja,
    kalau waktu dan keadaan lain sangat kurang sambaran.
     
  5. Lemonfish

    Lemonfish Bilis

    In Sha Allah Sabtu ni kita casting PB guna bulu Pak Syed ( bukan bulu Pak Syed tau).kikiki...
    maknanya PB kat sini suka hentam 'bulu'.Terima kasih Pak Syed.
     
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    UPDATE HASIL

    TARIKH: 21 & 22 NOVEMBER 2015 (SABTU, AHAD)
    MASA: 7.00PG - 9.00PG
    LOKASI: LALUAN AIR KELUAR & 'PULAU' (KT TENGAH)

    Kali ni testing kedua menggunakan kekili terbiar dalam stor, mainline pun tak tukar, dan joran udang ultralight yang dh tercabut cincin tengah!!!!
    Ini spec alat pancing

    Kekili: Cap Ayam Power 200
    Mainline: Cap Ayam Steel mono 4lb
    Joran: Hemingway ultralight 2lb

    Ini hasilnya.

    [​IMG]
    saiz 26cm je

    Sambaran amat kurang, memaksa tukar port ke 'Pulau' dan kena meranduk air sampai paras pinggang!!!

    [​IMG]
    Saiz ni banyak dinaikkan tapi sayangnya xde saiz 40cm

    sekian.
     
    Last edited: Jan 17, 2017
  7. eizam

    eizam Marlin



    wahhh..rindunya nk casting kat situ... bln disember ...i coming...
     
  8. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Ayaq dh tinggi eizam
    motor pun kena parking kat atas
     
  9. eizam

    eizam Marlin

    air tinggi ..best tak??..frenzy??..

    PB, Toman, haruan... mcm mna ada yg bertambah atau ada yg makin sukar??.
     
  10. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    klu dh mastersifu turun semua senang aje
     
  11. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Frenzy tetap sama tapi kadar sambaran semakin kurang.

    Nak harap sambaran kena baling lure top water betul2 atas boiling, baru nak sambar
     
  12. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    InsyaAllah esok pagi pukul 10pg sy try testing PB lg kt sini
    (Klu hujan kensel)
    Sapa2 nk share teknik spinfly boleh je.
    Cuma mcm biasa kena sediakan ladung hidup saiz kecik dan kili (swivel) saiz sederhana kecil
     
  13. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    UPDATE HASIL

    Sambaran sangat berkurangan, boiling pun kurang jgk.
    Peratus sambaran berbanding dulu = 30% je.
    Entahla kemana gerombolan PB menghilang. :-\ :-\ :-\

    Ptg smlm dapat 2 ekor je saiz 38cm dan 40cm, yg lain semua 10cm kot. (kecik-kecik belaka)

    [​IMG]
    harap maaf, bila turun solo mcm nila jadinya (xde org nk tolong ambik gambar :'(
     
    Last edited: Jan 17, 2017
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Petang semalam lepas kerja saya nak try umpan fly buatan sendiri seperti biasa.
    Cuma teknik saya tukarkan daripada batu ladung kepada pelampung!!!!
    Sebenarnya boleh digunapakai tapi kalau dah mat bottom tak dapat sambaran PB, saya kompom tak dapat!!! (Dh PB xde kt situ)
    Saya terus tukar kepada teknik asal iaitu spinfly. Lama jgk nk dapat sambaran.
    Kalau sorang mat bottom strike, kompom ada PB berhampiran.
    Memang benar sbb lepas tu saya pulak dapat sambaran, cuma sayangnya saya tak sempat nk tukar kepada pelampung
    InsyaAllah petang ni saya nk test balik.

    [​IMG]
    Kalau jumpa motor ni, maknanya hamba ada berhampiran.
    tegur-tegurla ye, boleh kongsi ilmu.
     
    Last edited: Jan 17, 2017
  15. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Update lagi, hasil petang semalam.
    Sambaran sangatlah kurang, air pun rendah.
    Mat Bottom lagi la kurang, dah takde ikan kata diorg.

    Saiz kasar berjaya memutuskan tali 15lbs akibat bergeser dgn pokok dan drag yg lupa nk longgar.
    Sampai brader sebelah kata "toman tu, kuat betul henjut" tapi dok fikir jgk takkan toman makan fly :-\ :-\

    Ini jela hasil spinfly
    [​IMG]
    26cm jew :'( :'( :'(
     
  16. jai peon

    jai peon Marlin

    tuan....
    ada sesi ulangan tak
    ;D
     
  17. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    2 3 hari sblm ni xbanyak strike, geng bottom pulak berpesta PB
    InsyaAllah turun lg ptg ni dan esok
    Cuma jumaat hingga ahad xdpt sbb outstation
     
  18. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    TEKNIK PENYEDIAAN FLY BUAT SENDIRI

    Saya akan kongsikan cara ikatan umpan fly (simple spinfly).
    Saya juga meniru sedikit dalam teknik apollo sabiki no.14. warna kuning.
    Teknik saya memang mendapat kritikan otai-otai fly disebabkan kemasan yang tidak sempurna
    Walau bagaimanapun, teknik ini berkesan di Lombong Jenderam.

    Peralatan yg perlu ada:-

    1- Mata Kail jenis Chinu (berlubang) no.4 hingga no.8 (Matakail microjig pun boleh)
    2- Perambut 6lbs hingga 15lbs sepanjang 3-4 jengkal
    3- Bulu fly jenama sabpolo warna kuning/hijau/pink/putih
    4- Pemotong

    [​IMG]

    LANGKAH PERTAMA
    Ambil 8 hingga 10 utas bulu dan potong agak2 sama rata dlm 3 kali.
    Panjang bulu yg telah dipotong lebih kurang 3 cm.
    Ada yg pendek, ada yg panjang, campurkan sahaja.

    [​IMG]
    potong bulu

    [​IMG]
    bulu yg telah dipotong

    LANGKAH KEDUA
    Kepitkan sahaja kesemua bulu panjang pendek ke pangkal matakail.

    [​IMG]
    satukan bulu dgn matakail

    LANGKAH KETIGA
    Lilitkan bulu dan matakail menggunakan perambut.
    Cara lilit ni nak terangkan pun susah, saya terangkan melalui video youtube kt bawah.




    HASILNYA
    Hasilnya akan jadi mcm ni
    [​IMG]
    siap dh fly org pemalas ;D ;D ;D
     
    Last edited: Jan 17, 2017
  19. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Terbaik sifu PS kerana sudi kongsi ilmu ikat fly

    hahaha i pon pernah buat cam tu
    takde peduli janji naik ikan
     
  20. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    UPDATE 17.4.2016

    Teknik fly pemalas juga terbukti berkesan dalam tasik ClearWater Sanctuary Golf Resort Batu Gajah Perak.
    Adik juga menyertai Battle of PB di sini.
    Malah adik yang menguji di situ juga banyak menaikkan hasil dan merangkul hadiah.
    PB paling panjang cuma 41cm tetapi dapat paling banyak PB dalam pertandingan tu.
    (Maaf, gambar hasil beliau tak ambil da)

    [​IMG]
    adik (berbaju procaster) menerima hadiah
     
    Last edited: Jan 17, 2017

Share This Page