KOLAM PANCING J'MAN , HULU LANGAT

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by PemburuKolam, May 27, 2016.

  1. PemburuKolam

    PemburuKolam Casting & Bottom

    Assalamualaikum , kepada pemancing tegar kolam dan otai otai kolam yang nak main tilapia atau rohu atau baung , sila datang ke KOLAM PANCING J'MAN di Kg.Paya Seberang , Batu 16 Dusun Tua 43100 Hulu langat , Selangor . Bukan kolam pancing ikan je ada , kolam udang galah pon ada kalau ada sape sape yang minat nak main jenggo tu . kalau sape sape peminat tilapia tu kolam ni lah paling sesuai . segala pertanyaan boleh tanya yeeee .. ;D
     
  2. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Salam Tuan Pemburu Kolam

    Hamba nk tanya beberapa soalan, antaranya:-

    1) Ada gambar persekitaran kolam tak? Klu ada, masukkan dlm ruangan ni.
    2) Boleh bagi peta nk ke lokasi? Rata-rata tak tahu arah tuju ke kolam ni.
    3) Harga bayaran yang dikenakan berapa? Ikut jam ke? Timbang kilo ke? Hamba ni peminat baung hihi......
    4) Operasi Kolam ni 24jam ke?
    5) Ada peraturan khusus utk memancing tak? (mcm takleh casting, mata tiga, umpan busuk dll)
    6) Boleh CnR tak?
    7) Info Kolam seperti Sejarah Kolam dibuka pertama kali, keluasan kolam, kemudahan disediakan, surau dll.
    8) Tuan Pemburu Kolam ni tuan yang empunya kolam ke? hihi.......
    9) Ada Diskaun tak untuk Warga PNET? (Bagi la sikit kikikiki.......)
    10) Lain-lain informasi yang saya perlu tahu..........
     
  3. PemburuKolam

    PemburuKolam Casting & Bottom

    Wassalam

    1.Gambar nanti Insyaallah ada masa salam upload kan dalam ni
    2.peta lokasi takde tapi kalau warga p.net nak terjah kolam ni , call atau pm 0173501776 . Kalau ada peta lokasi pon memang payah nak mencari kolam nii
    3.Harga Bayaran cuma RM25 selama 4 jam , tapi kalau nak mancing baung kene tunggu dia lepaskan baung . Time dia lepaskan tu lah kita mancing baung
    4.kolam dibuka dari 8 pagi sampai 2 pagi . Tapi kalau warga p.net yang jenis lepas gian nak bertapa 24 jam pon takpe .
    5.Peraturan dia senang je , dilarang mata tiga & perut ayam . Tapi kolam ni untuk main kirap pakai mata dua . Di benarkan guna hati ayam .
    6.CnR ataupon nak bawak balik ikan tak kesah . Terpulang pada pemancing
    7.kemudahan kolam , surau disediakan , dedak ada jual , kedai kopi pon ada . Kalau nak simpan masa pon boleh tapi kene habiskan hari tu jugak .
    Kolam bersebelahan dengan kolam udang galah . Kolam dipanggil kolam main kirap tapi tak dibenarkan mata tiga . Boll tak boll belakang cite janji dapat .
    Keluasan kolam saya tak pasti tapi kolam berbentuk L
    8.Saya cuma crew kolam ni . Tolong toke kolam promote
    9.Diskaun saya tak pasti sebab saya pon tak dapat diskaun kihkihkih
    10. Segala pertanyaan boleh bertanya di ruangan ini . Terima kasih
     
  4. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Kolam jenggo mcm mana lak kira
     
  5. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Kalau mcm tu, try bukak google maps, cari dalam tu dan bg koordinat google maps. Senang sikit.
     

Share This Page