kereta 4wd apekah yang paling elok?

Discussion in 'Kedai Kopi' started by CikguZaini, Jun 23, 2013.

  1. CikguZaini

    CikguZaini Tenggiri

    Salam..tumpang tanya kepada ahli P.Net yang ada pengalaman menggunakan kenderaan 4wd..jenama apa yang paling elok ye?
    1.Triton
    2.Hilux
    3.Navara
    4.D-max
    5.Ford ranger
    6.Frontier
     
  2. pancinglama

    pancinglama Administrator

    vote sy ke Hilux
     
  3. ewak

    ewak Arowana

    paling elok x tau..kalo paling lawa, aku pilih triton..design lain dr yg lain
     
  4. -DMN-

    -DMN- Marlin

    Kalau di Sarawak,

    antara yg paling reliable - Hilux
    antara yg paling comfortable - Triton
    antara yg paling power + laju - Navara
    paling jimat minyak - Dmax

    Majority memilih Hilux disebabkan keupayaan & track record yg baik. namun yg tak best nya model ni lah yg paling selalu kena curi, dari keta nya, spare tayar nya hingga lah ke side mirror..
     
  5. CikguZaini

    CikguZaini Tenggiri

    Wah dasyat smpai spare tayar ngan side mirror pon kne curi..
     
  6. roberick

    roberick tbaek..

    pdapat sposen dri sya..pernah tanya ngan bapa sya n member2 lain..napa hilux ramai org bli..smua gtau tahan lasak dri segi body n enjin toyota nya...sya suggest hilux jg..sbb klau blik swak,sya slalu bawa hilux,triton. n navara..Dmax je blum g..navara minyak ble tahan minum gak dibanding ngan yg laian..
     
  7. Din Garcia

    Din Garcia Siakap

    Walau apa model pun , yang penting jangan kat parking luar rumah..Baru2 nie menantu jiran kereta Triton nya dipecah cermin dan alarm pun berbunyi pukul 4 pagi, nasib baik menantunya berjaga tengok bola, sempat lah dia lari keluar selamatkan keretanya
     
  8. CikguZaini

    CikguZaini Tenggiri

    bnyk gak org kate hilux bgs..tp ade gak yg kate hilux krg pick up..pning nk plih kete mane 1..hehe
     
  9. farzeli68

    farzeli68 H/p : 0197361900 (buka 24 jam)

    seya sependapat dengan kenyataan ni...tetapi pakai 4x4 bukan macam kete biasa ya..pengendaliannya berbeza..kalu tak biasa, biasa2kan dulu dengannya.saya dah pakai 2 biji 4x4...Nissan (Navara&F'tier) antara yang sedap dipakai di atas jalanraya.power ada, kendaliannya juga best..tetapi kalau dia berpenyakit, penyakitnya tak hilang dah harga ubatnya juga leh tembus kocek. akhirnya saya kembali kepada yang banyak orang pakai TOYOTA. Saya ambil Hilux NVT 2.5 pada Okt 2012 (mula2 keluar-booking 3 bulan sebelum masuk pasaran Malaysia) dan menguji satu semenanjung pusing sekali ternyata berbeza..wpun leh pecut sampai dekat 200KM/j tetapi kereta ni bukan direka untuk memecut laju..(wpun pickup macam kereta)...Pengubahsuaian bahagian imbangan dan penyerap hentak dapat stabilkan kereta ni dengan lebih baik. kereta ni juga jimat minyak..saya ke Kelantan dengan satu isi penuh jer (lebih kurang 700KM = RM105)..satu perkara jualan balik dengan harga yang tinggi..contoh Triton 3 tahun sama harga dengan Hilux 5 tahun usianya...bagi saya memang percaya kepada keluarga TOYOTA..

    saya dah kena masa saya lenjan Nissan F/tiar saya dari Pak Bara Thailand (balik mancing dari Koh Andang) ke Johor Bahru dengan kelajuan purata 160KM/j. Lari malam hari kereta tak de kat highway, apa lagi dengan 2 tong ikan kat belakang..memang sedap sebab berat tapi akhirnya enjin retak...nak buatnya..perghhhhhhhhhhhh jual jerlah.. so kalu pakai 4x4 tak kira apa jenis jangan dok bawa berat n lari laju..memadai layan jer kerana sistem brek 4x4 tak sama dengan kereta biasa....

    Tawaran TOYOTA HILUX sekarang juga menarik..dah turun harga dengan pelbagai barangan sampingan..

    selamat buat keputusan...
     

    Attached Files:

  10. CikguZaini

    CikguZaini Tenggiri

    tn pakai hilux ye?nk tny mantainance die camne?mhl x?roadtax tmasuk insurans tahunan lak brape ye?
     
  11. farzeli68

    farzeli68 H/p : 0197361900 (buka 24 jam)

    hehehe jawapannya :
    1. Memang saya pakai hilux 2.5 NVT.
    2. Mantainance : setakat ni ikut jadual penyelenggaraan Toyota...kos tak berapa mahal sangat semua ada dalam jaual penyelenggraan toyota setiap 5000KM. Kereta baru tak banyak sangat masalahnya. ada satu kete Toyota saya sampai 10 tahunpun tak de masalah juga..janji hantar ke Pusat Servis Toyota.Tapi kalau dah sampai 100,000KM leh ler nak bertukar angin. pergi ke pusat servis yang kita percaya. Enjin Diesel ni lain dp enjin petrol so kena cari pomen yang mahir tentangnya.
    3. Cukai jalan 800++ sebab 2500cc, kalau 3000cc 1500++...insuran dalam 3000++ kalau tak de NCB, cam saya dah 55%..RM1500 ++ jer. Kalu model 3000cc lagi beso.

    Kereta lainpun cam tu juga kadar bayarannya...
    Cukai dan insuran ikut cc & nilai semasa harga kereta

    selamat membuat keputusan... ;D ;D ;D
     
  12. roberick

    roberick tbaek..

    lengkap dan padat dri farzeli..so,ble buat keputusan..yg penting jimat minyak n tahan lasak dri segi enjin..yu sbb keta hilux 2nd harga nya masih tinggi berbanding yg lain..hehehe
     
  13. farzeli68

    farzeli68 H/p : 0197361900 (buka 24 jam)

    .sekarang dah penat pakai kete biasa,,jalan bukan elok sangat, berlubang sana sini, lekok sana sini so baik pakai 4x4..kerana nampak kenderaan yang datang dari depan lebih jelas (dah tua ma)..justeru saya tukar pakai 4x4. Tak masa muda2 dulu..kereta saya pertama terbarai gara-gara melasak kat jalan ladang..maklumlah 1993 kat sarawak jalan belum cantik macam sekarang..jalan berbatu2...so semua tu mengajar saya supaya pakai 4x4 jer..senang cerita kereta pun murah sikit dp kete biasa.yang penting leh gi mancing... ;D ;D
     
  14. ewak

    ewak Arowana

    antara 4wd truck v/s 4 wd suv (xtrail, escape,fortuner, crv)..dari segi handling (cornering, braking, take off, speeding) mana lg best ::) ::)
     
  15. mahathir

    mahathir 019-3779299

    4x4 yg kat atas ni semua nyer aku dah naik g site.... tapi yg paling syok gak bagi aku navara.... ;) ;)
     
  16. mahathir

    mahathir 019-3779299

    kalau x-trail.... ni memang laju tapi mudah terbalik kalau lebih koner....
    kalau escape.. kete ni berat exzober dia power....
    kalau fortuner.... besar jer lebih tapi naik bukit terhegeh2... kuat mkn minyak lak tuuuu
    Kalau crv lak.... bwk g site x sesuai... buat melawar boleh larrrr
     
  17. ewak

    ewak Arowana

    maksud aku..4wd truck v/s 4wd suv..mana lg best ;)
     
  18. farzeli68

    farzeli68 H/p : 0197361900 (buka 24 jam)

    payah gak nak buat perbandingan ni sebab 4x4 dgn SUV ni semua syarikat kete buat dan model kerangka utama mereka hampir sama, kapasiti enjin juga hampir sama kerana sudah tentu mereka tidak mahu membazirkan wang untuk membuat perkakasan yang baru so kesimpulannya lebih mudah ubagsuai sana sikit dan keluarkan model SUV..justeru kalu Hilux dengan Fortuner tak de bez sangat..Navara dgn xtrail pun sama gak, CRV ..dgn tak de kat Mesia 4x4 Honda,

    Apa yang penting sekarang apakah kegunaan kenderaan tu...kerana rekabantuk kereta menentukan kegunaannya. kalau nak lasak guna 4x4, kalau nak lasak sikit2 guna SUV, nak bawa barang banyak pakai 4x4, nak bawa barang sikit pakai SUV...banyak pertimbangan sebelum membuat pemilihan kereta ni..

    Contoh saya membuat kerja2 pembinaan dan pemancingan..so kena pakai 4x4...
    kalau saya jadi pengurus projek yg tak perlu bawa barang byk 2 sekadar bawa pelan bangunan 2-3 gulung dan topi keselematan serta pemancingan..pakai SUV...pilihan di tangan anda..duit juga ditangan anda...

    selamat buat pemilihan yang tepat...
    Nak sedap tarik ikang, pakai stella, nak ekonomi pakai Nevi...tapi tetap Shimano... ;D ;D ;D ;D
     
  19. mahathir

    mahathir 019-3779299

    Rasa nyer 4wd truck kot... sbb leh dibawa kemana2.... x payah nak pening kepala.... ;) ;)
     
  20. ewak

    ewak Arowana

    ape bende yg diubahsuai/tukar..apa brand..brapa kos
     

Share This Page