Kembara Pancing - Memburu largemouth bass

Discussion in 'Laporan Atau Coretan Trip Memancing, Gathering dan' started by harriemaulana, Aug 3, 2010.

Tags: Add Tags
  1. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    [​IMG]
    Ini la rupe largemouth bass yg masih juvenile... tapi ini jer saki baki yg tinggal yg lain habis kena kebas
    oleh pekerja2 ladang teh

    [​IMG]

    [​IMG]
    Ini la keadaan ladang teh yg berbukit bukau yg mana terdapat paya yg telah ditutupi pelbagai tumbuhan
    di lembah ini yg mana dulunya dihuni oleh largemouth bass dgn banyaknya... tapi kini nak dapat sekor pun
    kira bertuah dan mmg tak berbaloi pun misi pemburuan ini memandangkan cabaran mendaki dan merintis
    utan lebih teruk berbanding dgn memancing tu sendiri.

    [​IMG]
    Menurut seorg mandur yg bekerja hampir 30 tahun di Boh Plantation ni, spesis largemouth bass ini
    sudah pupus akibat dipancing dan dimakan oleh pekerja2 ladang dari Nepal semenjak di tinggalkan
    oleh pengurus2 ladang yang berbangsa Inggeris. Spesis bass ini mmg dibawa dari England oleh org
    Inggeris ini sebagai sukan memancing.

    [​IMG]
    Cuba nak idupkan di rumah dan setakat ni masih idup sehat.. cuba nak cari pasangannya
    kot2 boleh dibiakkan dan dilepas ke lombong2 pulak

    [​IMG]
    killer87 dan kawannya Hassan yg menjadi guide kami

    [​IMG]
    dari kiri adik Jessie James Labu dan adik Nat King Cole Labi hehehehe

    Sesape yg ada hajat nak memburu largemouth bass di Cameron Highland ni elok batalkan aje niat tu
    sbb apa yg kita lihat dlm majalah2 tu hanya cerita yg dah lama tapi saja digembar gemburkan utk
    melariskan jualan majalah mereka.
     
  2. pancinglama

    pancinglama Administrator

    bebenor ni yeop. tak pernah dengar pulak kat cameron tu ada large mouth bass. ini kira benda baru ni.
     
  3. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Ini bukan bedeah chor... sebaik jer kume dpt berita kume pun teruih memburunyerr tapi hempeihh chor... indah kabor dari keadaan sebenornye ;D
     
  4. pancinglama

    pancinglama Administrator

    ada tu, mungkin sukar utk mencarinya sahaja.

    kalau ada yg kepala business ini peluang elok. tp ni jugak boleh menggangu ecology ikan tempat kita ni. susah juga ye.
     
  5. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

  6. chikut

    chikut Marlin

    mantapp
    ikan tu masih hidup laike tuan
     
  7. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Setakat ni masih hidup segar lagi...
     
  8. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Tak semestinyer chor... yg sebenor mengganggu ecology hidupan equatic ni adalah manusia sendiri. Ini adalah fakta yg dikaji
    beberapa badan NGO sendiri. Cuba miker bayangkan berapa peratus pemancing tempatan yg bawak balik hasil pancingan spt
    toman, haruan, sebarau, tengas dan sebagainya berbanding dgn Cichla Ocellaris (peacock bass) atau Piaractus Brachypomum
    (red belly pacu) ni..?

    Lepaih tu kita balik merungut pb lebih banyak dari spesis ikan tempatan, mujur la pacu ni jenis yg tak biak sangat berbanding
    pb. Sama jugak dgn Micropterus salmoides atau largemouth bass ni.

    Di barat sana utk mengawal popularasi ikan ini, pelbagai resepi masakan telah dihasilkan bagi menarik minat utk org memakan
    nya. Teman bukan la nak memuji org barat tapi deme mampu utk memikirkan bagi menyelesaikan permasalahan popularasi
    sesuatu spesis.

    Kita di sini berbeza chor... tak ramai dikalangan kita menjadikan memancing ni satu sukan atau rekereasi. Ramai dikalangan
    kita menjadi nelayan separuh masa atau hobi jadi nelayan. Teman faham semua org akan marah bila teman kata begitu tapi
    kita kena ingat inilah realiti masyarakat Malaysia.

    Bila diajak bergiat dalam badan2 bukan kerajaan atau pertubuhan tak ndak saje, yg memenuhkan korum keahlian semua
    bangsa cina, contohnya dalam Kelah Action Group Of Malaysia (KAGUM), Persatuan Memancing P.Pinang dan berbagai
    lagi.

    Mujur ler Aznir Malik jadi presiden KAGUM dan Dr. Roslan jadi presiden PMPP, kalo tidak org melayu takde tempat.
     
  9. T0REX

    T0REX Tenggiri

    saya rasa apa yg tuan harrie ckpkan ni ada betulnya..saya start mancing peacock bass ni hampir 5 tahun..masa mula2 peacock ni terkenal org kg pon xtau ikan apa..bila dibagi utk mkn semua kata takot nk mkn..sbb xpernah tgok..warna pun hijau kuning..ada yg bertanya "boleh makan ke ikan ni?"

    pernah sauatu hari saya terjumpa ikan peacock ini dijual dipasar mlm di kuala lumpur ni..tp x bnyak..hanya beberapa ekor..yang bnyak ikan2 perairan kita..sprti lampam..baung..jelawat..haruan..saya bertanya dgn penjual tersebut dari mna dorg dpt..saya terkejut dgn jawapan dorg..semua ikan2 ni dari air kuning perak katanya..kenapa ikan peacock ni sikit je? saya bertnya lg..penjual tu kata dpt mmg bnyak..tp nak jual xberani..sbb takut org xmau beli..pernah saya bawak bnyak org xbeli pon..rugi pulak..dari situ saya tau mmg ikan ni org kita x mkn sgt..

    dari segi pemakanan pula umpan yg biasa kaki2 lombong guna adalah roti dan dedak..mmg susah nak jumpa ikan peacock ni mkn dedak..jd kaki2 pancing ni mmg xpernah dpt apabila memancing..tu sbb dorg x pernah mkn ikan peacock ni..sbb xpernah dpt..pernah adik saya memancing talipia menggunakan cacing baru dpt ikan ni..itu pon dia makan abapila menarik umpan utk diperiksa..bukan dgn cara membiarkan shja..tp adik saya x bawak balik pon ikan tu..sbb xkenal..

    apabila era casting mula mendapat perhatian dari kaki2 pancing, baru la kita tau kewujudan ikan pikok ni..dan baru skrg org2 kg mula cuba utk mkn ikan ni..

    dari cerita diatas baru la saya nmpak..ikan2 diperairan kita ni bukan pupus kerana banyaknya ikan peacock ni..tp ini semua dari kerakusan kita sendiri..ikan peacock ni bnyak adalah sbb xdak org nk mkn..org2 kita lebih suka mkn ikan2 lain..apabila ikan ni banyak berbinding ikan kita disatu2 tmpat sumber makanan menjadi terhad disbbkan spesis peacock ni lebih bnyak dari ikan2 kita..jd secara x lansung ikan kita yg kurang akan melambatkan proses pembiakan ditambah pula mnjdi makanan kpda ikan peacock ni..

    tp apa boleh buat..dah terlambat..xkan nak racun pulak semua lombong yg ada ikan peacock ni??masukkan pula benih2 ikan perairan kita??sama2 la kita mnjaganya..klau mncing pikok tu bawak2 la balik bg jiran2 mkn..ini sedikit sebnyak mengurangkan jumlah spesis ni..klau rasa xnak mkn jgn pula dibuang dan dibiar kering atas darat..ianya juga makhluk tuhan..bagi spesis2 ikan perairan kita amalkan catch & release atau pon bag limit..limitkan jumlah hasil ikan yg dipancing..insyaAllah dgn cara ini ikan kita masih boleh diselamatkan.. ;) ;)
     
  10. shockleader

    shockleader Marlin

    Salam Semua..

    Bro Harriemaulana & Torex..

    Moga2 dengan penerangan anda mampu membuka/menukar minda pemancing tempatan lebih terbuka & peka terhadap ape yg mereka lakukukan hari ini dan ape yg akan terjadi akan datang... Taniah & Terima Kasih buat kalian...
     
  11. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Largemouth bass ni terkenal di North America sebagai freshwater game fish. Selain dari mengamalkan catch & release
    mereka juga tangkap ikan ni dan dijadikan hidangan sebagai mengawal pembiakan yg berleluasa. Ini teman cnp dari
    salah satu forum :

    Largemouth bass is one of the most sought after game fish in North America. Most anglers practice “Catch & Release”
    for these fighting swimmers. For those that eat what they catch, bass is a wonderful fish to prepare. It is easy and
    extremely versatile. The flavor is mild and firm with a taste much like crappie or bluegill.
     
  12. screammer

    screammer ate moh ler mancing yobb..!!!

    salam..abg harriemaulana..

    Ikan largemouth bass tue simpan kat mana sekarang??..boleh tak upload gambar ikan tue di tempat baru nye kat sini...terima kasih.. ;D ;D
     
  13. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Salam screammer... ikan tu takde pada abg harrie, yg bawak balik abg suhaimi. Nanti abg cuba mintak
    gambor dari dia.
     
  14. screammer

    screammer ate moh ler mancing yobb..!!!

    orait bang..jgn lupe upload nnt.. ;D ;D
     
  15. Rizal JJ

    Rizal JJ Mancing adalah hobi Keluarga tetap utama

    Bro HM....nak tanya..
    jd ikan ni mmg suka dok tempat yg sejuk la yer...
     
  16. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Menurut kata org2 sana (North America), largemouth bass atau dikenali juga sebagai black bass ni sukakan suhu yg
    dingin. Sekiranya pada musim panas ikan bass ni akan pergi ke kawasan yg lebih dlm utk mendapatkan suhu yg dingin.
    Pada pengamatan teman sekiranya kita nak hidupkan black bass ni di tempat kita, ia memerlukan kolam atau tasek yg
    kedalamam sekitar 10 - 15 kaki sekurang2nya.
     
  17. nazam23

    nazam23 oooo oooo oooo

    TQ tuan2 atas penerangan & info berguna ini...

    p/s- 1st tgk kat tanah air ikan largemouth bass ni...anyway, tahniah ;D ;D ;D
     
  18. Rizal JJ

    Rizal JJ Mancing adalah hobi Keluarga tetap utama

    tima kasih Bro HM info ni....pis V.... ;D ;D
     
  19. ddelinquent

    ddelinquent -0147437734-

    tahniah ahli komplot dpt gak hasil....
    ikan yg rare kt malaysia nie..... ;D ;D
     
  20. sontoyo

    sontoyo Marlin

    mmg x guna btoi pendatang asing tu x cukup anak dara kita dia bedal...ni plak ikan kt m'sia dia kasi hantam sampai licin.. :mad:
     

Share This Page