Kaki Gunung / Camping / trekking / Hiking / Boating / Outdoor

Discussion in 'P.NET {SUKAN & REKREASI} ---> Bukan Sekadar Memanc' started by selayanggroup, Feb 22, 2011.

  1. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    ok sorry atas kesilapan chanel. Boleh tonton di saluran 180 TVI.

    Selamat menonton ....
     
  2. zed

    zed Fishing is an obsession...

    dok layan xpresi kembara n xplorasi gunung kat itv..hehe ;D ;D
     
  3. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    best tu .... sesekali rasa gian nak memanjat ...
     
  4. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    susu ibu la.......

    susu lembu den allergic.....
     
  5. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    hehehe teruskan menonton rancangan xplorasi gunung di TVI 180.
     
  6. zed

    zed Fishing is an obsession...

    rindu gak nak panjat gunung lyn xplorasi gunung ;D ;D
     
  7. Shikuldz

    Shikuldz Bilis

    best tuan...cukup peralatan...mmg best...senang..nak masak, nak tid0 ada khemah....wahhhh...pgalaman paling best..naik gunung tebu..
     
  8. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    kat mana gunung tebu tu?
     
  9. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    First time dengar juga ni ???
     
  10. BuGie

    BuGie ............

  11. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    Gunung Tebu
    Ketinggian : 1039 meter/ 3408 kaki
    Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan Jertih, Besut, Terengganu.

    Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.

    Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

    Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta
    dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

    Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

    Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunun g Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.

    Titian untuk melintas sungai

    Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan k e puncak.

    Disinilah dikatakan Jendela Dunia


    Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia.


    Batu Tanda Puncak


    Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan. Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.



    Kubur

    Teruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan.



    Untuk maklumat, lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan :

    Pegawai Hutan Daerah
    Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
    23000 Dungun, Terengganu.
    Tel. : 09-8441404
     
  12. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    next week igt nk g kemping kt sg pisang atau chiling la..............
     
  13. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    seronoknya ..... pegilah tenangkan fikiran .. asyik kerja jer ...
     
  14. azume

    azume Pemancing Kecil-kecilan

    Ramai gak kaki pancing bleh panjat gunung ni....

    Pengalaman aku masa study dulu trekking kat Taman Cahaya Seri Alam, Selangor & Taman Negara, Pahang...

    Masuk keje lak, temen sekeje duk melayan Gunung Nuang & Ledang, tapi aku lak yang tak penah berkesempatan. Bulan lapan, 2009 teman sekeje mengajak ke Gunung Kinabalu lak, yang ini aku tak lepas peluang.... Tanggal 18/8/2009 jam 7:30pagi selepas menunggu giliran naik ke puncak tertinggi Kinabalu tercatatlah sejarah aku dah berjaya menawan Puncak Tertinggi di Malaysia....
    ;D ;D ;D
     
  15. gue mommy

    gue mommy Pelata

    gue penah masuk gua tempurung.. mmg best.. rasa2nya boleh lagi kot kalo nak redah xtvt camni ;D ;D
     
  16. fisher_crazy

    fisher_crazy Rezeki masing2...layan je!!

    waaa..xde org panjat gunung ke tahun nie...
     
  17. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    yahooo raya cina masuk utan ...
     
  18. fisher_crazy

    fisher_crazy Rezeki masing2...layan je!!

    kat mane tuan?
    maila gunung berembun skali..bleh than.. ;D ;D
     
  19. apisv2

    apisv2 [facebook/apisv2] duk Melaka [whatapps 0199099432]

    smoga berjaya tuan :D
     
  20. selayanggroup

    selayanggroup Marlin

    [​IMG]

    stenbai ...
     

Share This Page