Jalan Dari Tol Bukit Tagar ke Batang Berjuntai

Discussion in 'PAPAN KENYATAAN UMUM' started by jman, Jun 12, 2014.

  1. jman

    jman Marlin

    Jalan ini agak tidak selamat selepas jam 11 malam untuk dilalui. Seorang kawan saya telah mengalami satu peristiwa yg sangat menakutkan apabila dikejar sebuah kereta satria pada kira-kira pukul 11 malam. Selepas menghantar makciknya ke tol Bukit Tagar (pakcik rakan saya menunggu di tempat rehat), rakan saya perasan ada seorang lelaki bangsa India duduk di atas motosikal dan apabila nampak rakan saya bergerak menghala ke Batang Berjuntai, lelaki tersebut terus menelefon seseorang. Kawan saya sudah syak, sesuatu yg tidak baik. Ketika sampai di persimpangan Batang Berjuntai - felda Sungai Tengi, sebuah kereta satria telah menunggu di situ dan kawan saya segera memecut ke arah Batang Berjuntai (rumahnya di Kuala Selangor). Dia telah dikejar dan cuba dilanggar dari belakang namun berjaya melepaskan diri setelah memecut sehingga hampir 180 kmj. Dia juga pernah berjumpa seorang lelaki yang menjadi mangsa rompakan di jalan tersebut. Menurut mangsa rompakan tersebut, dia cuba melarikan diri setelah keretanya dikepung oleh dua buah kereta menyebabkan kereta yg dipandunya jatuh ke dalam parit. Dia telah ditarik keluar oleh perompak berbangsa India dan dipukul sehingga patah tangan dan luka. Barang berharga telah dilarikan. Mujurlah dia hanya berseorangan.
     
  2. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    jalan tuh sunyi sangat....jarang ade kenderaan lalu lps kul 10 mlm.....penah lalu situ sekali.....tp time siang le....siang pon sunyi gak....xberapa bnyk kenderaan....
     
  3. jman

    jman Marlin

    Ahad lepas saya lalu jalan tu pukul 2 pagi sebab jem teruk di PLUS dari arah utara. Saya sempat turun di tol Tapah (hentian R & R sesak teruk) dan sembahyang di sana sebab saya memang bercadang nak turun di Bukit Tagar. Saya dah agak, jika saya sembahyang (jamak) di tol Bukit Tagar, saya takut ada spy perompak yg menunggu di sana. Syukur kepada Allah tiada apa-apa berlaku ke atas saya dan keluarga. Hari selasa pagi, kawan saya bercerita tentang kisah di atas. memang selepas ini saya tak mahu lagi lalu jalan tersebut pada waktu malam.
     
  4. cromox44

    cromox44 cromox44

    bukit tagar ni mmg byk kes india samun,,lau ade parang ke rantai ke ,libas je lau dia dtg nk pau,,
     

Share This Page