JALA BUATAN TANGAN ( HANDMADE CAST NET)

Discussion in 'Peralatan pancing' started by mohd nasaruddin, Sep 27, 2012.

  1. karungguni

    karungguni Siakap

    syabas tuan nasar, informasi yang berguna. saya ada jala tapi dah koyak.
    canner nak jahit jala? nak anta reair jauh lak. semenyih - sg buloh. aja sikit-sikit
    boleh ko?
     
  2. macanken

    macanken Bilis

    Salam...
    Kalau nak jala tempah kat port dickson ada member buat.
    jala benang gapang,belanak,udang...
    mata 1.5cm ada,ikot suka,temapt 2 ke 3 minggu...tapi harga paham2 lah....
     
  3. mohd nasaruddin

    mohd nasaruddin sepit biru

    BOLEH TUan
     
  4. Jai Ahmad

    Jai Ahmad Siakap

    Untuk makluman ada satu buku tulisan orang putih namanya Ted Dahlem, tentang bagaimana nak membuat jala dan mebaiki jala. Buku ini dalam bahasa Inggeris bertajuk "How to make and mend cast net". Dalam buku ini, ada mengajar bagaimana buat jala "fullly hand made", dan juga cara nak buat jala dari jaring yang dibuat oleh mesin. Formula berapa panjang rantai nak guna pun ada diberi.

    Pada saya buku ini sangat bagus, dan boleh belajar dari buku ini. Cumanya buku ini ditulis dalam bahasa inggeris, jadi mungkin ada sedikit halangan bagi sesetengah orang.

    Saya belajar dari buku ini untuk buat jala, tapi sayang kerana kesibukkan, projek buat jala yang terbengkalai. Konon nak buat dalam 7 - 8 kaki labuh, tapi setakat ni baru 4 kaki je.... Tak sampai lagi ke tahap ikat rantai.

    Buku ini boleh order dari amazon. Tapi samada amazon boleh hantar ke malaysia ke tidak itu saya tak pasti. Dulu saya minta kawan yang belajar kat US belikan.
     
  5. Jai Ahmad

    Jai Ahmad Siakap

    Jala yang saya nak buat hasil belajar dari buku itu matanya bersaiz kurang sikit seinci. Tu yang jenuh nak jadi panjang. Satu round buat, baru tambah panjang dalam seinci. Kalau nak buat 8 kaki, mau kena buat 96 round. Semakin panjang jala, semakin lama nak habiskan satu round (sebab semakin kembang ke bawah). Tu yang akhirnya...... terbengkalai.
     
  6. Jai Ahmad

    Jai Ahmad Siakap

    So sapa-sapa nak belajar buat jala, belajar la buat saiz mata yang besar sikit, supaya tak cepat jemu. Kejap je dah habis satu round. Kalau saiz mata dua inci, nak dapat panjang (labuh 8 kaki) baru 48 round. Kalau size mata 1 inci, 48 round baru dapat 4 kaki. Tu yang cepat jemu tu.
     
  7. Oren

    Oren Tenggiri

    tumpang tanya. kalo nak buat jala panjang 9kaki saiz mata 1inci agak-agak berapa ratus meter tali yang diperlukan?
    ingat nak buat jala sendiri guna tali braid 30lb :)
     
  8. Jai Ahmad

    Jai Ahmad Siakap

    Susah le nak jawap tuan Oren.

    Tapi mengikut perkiraan saya, jala yang saya buat tu memerlukan dalam 5 ke 6 buku benang nylon. Nak tukar ke dalam meter tu susah le nak kira. Sebab tak tau satu buku benang tu ada berapa meter.
     
  9. Oren

    Oren Tenggiri

    boleh bangkrup jugak ni kalo 5 6 buku tali nylon ni. 1 buku tali nylon tu pun mungkin lebih 100m. 100m braid dh rm30paling murah. rm30x6=180 :'(
     
  10. ImranRembat

    ImranRembat Marlin

    wahhhhh sungguh luarbiasa kemahiran tuan ni tahniah tuan mohd nasaruddin ,study UTM ambik cos apa ? thn bila ? ;D ;D ;D
     
  11. Jai Ahmad

    Jai Ahmad Siakap

    Ni anggaran saja la ye. Satu buku benang tu saya dapat dalam 8000 knot (simpul), dari satu knot ke satu knot, perlukan dalam 2 inci. Jadi anggaran saya,satu buku benang ada dalam 16000 inci panjang, sama dengan 1333.33 kaki panjang. 1 meter ada dalam 3.33 kaki. Kalau ditukar ke meter, mau le ada dalam 400 meter. SO, satu buku benang ada dalam 400 meter. Kalau 5 buku benang, dah ada dalam 2000 meter.

    Kene ada 20 spool braid yang 100 meter tu. Satu spool RM30, mau kena belanja RM600 tu. Tu tak termasuk yang tersilap kait lagi tu, setiap kali silap, dah kena korbankan dalam sejengkal. Bila coban dah habis, nak sambung balik pun mau korbankan sejengkal lagi tu.

    Memang banyak modal le. Satu buku benang dalam RM3.50 ke RM5, bergantung kepada brand, dan bergantung kepada kedai yang jual.
     
  12. mohd nasaruddin

    mohd nasaruddin sepit biru

    TAK PERNAH RECORD LA PULAK.. ;D
     
  13. mohd nasaruddin

    mohd nasaruddin sepit biru

    KALAU NAK GUNA BRAIDED ... SAYA SARANGKA UNTUK 1 METER BAWAH SHJ.... YG BAHAGIAN ATAS PAKAI NYLON BIASA....
     
  14. Oren

    Oren Tenggiri

    terima kasih tuan..
     
  15. HL

    HL Bilis

    masih hidup kah lagi topik ni???????
     
  16. mohd nasaruddin

    mohd nasaruddin sepit biru

    ada tapi jarang buka.... maaf tuan..jika nak bertanya boleh hubungi saya 019-3843442
     
  17. Abdul Ghani

    Abdul Ghani Bilis

    Mohan jelaskan, ape itu mata dan anak. saya budak baru belajar. terima kasih
     

Share This Page