JADUAL AIR RASMI 2013 UTK PELABUHAN KLANG

Discussion in 'Air Masin' started by tenryu, Feb 7, 2013.

  1. kopytiam

    kopytiam Marlin Staff Member

    kawan tanak jadual air pasang surut...PM kawan jadual ikan boiling ja...preeeengggggg

     
  2. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    akan di usahakan....kalo ade teman tempekkan.....kalo ade laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......kompom la xde....
     
  3. limpzkit

    limpzkit Siakap

    boleh ajar macam mana nak baca...saya budak baru nak blajar..
    terima kasih....
     
  4. tenryu

    tenryu NIK: 019-252 1413

    [​IMG]

    MULA-MULA YANG SEBELAH KIRI TU IALAH TARIKH..
    CONTOH BULAN 2: TARIKH 1HB ~ 28hb

    PASTU HOUR: YANG TULIS 00, 01, 03 SAMPAI 23
    MAKNANYA MASA DARI PUKUL 12.00 MALAM HINGGA PUKUL 11.00 MALAM

    PASTU BOLEH TENGOK SYMBOL SEBELAH TARIKH TU..
    ADA BULAT HITAM SEPARUH, BULAT HITAM PENUH DENGAN BULAT KOSONG TAKDE KALER
    YANG ITU MENUNJUKKAN BULAN..
    KALAU SEPARUH TU, BULAN SEPARYH
    BULAN TERANG KALAU BULAT KOSONG
    BULAN GELAP KALAU HITAM PENUH

    YANG NOMBOR BANYAK-BANYAK TU IALAH KETINGGIAN AIR DALAM METER..
    KEBIASAANYA ADA MAKSIMUM DAN MINIMUM..

    AMIK CONTOH DI ATAS..
    DAN CONTOHNYA KITA NAK GI MANCING PADA 10 FEBRUARY..

    PADA HARI TERSEBUT..
    ADA 2 KALI AIR PASANG PALING TINGGI..
    PUKUL 06 PAGI SETINGGI 4.9 METER
    PUKUL 19 @ 7 MALAM SETINGGI 5.1 METER

    AIR SURUT LAK PUKUL 00 MALAM - 1.0 METER
    LEPAS TU PUKUL 12~1 TGHARI - 0.4 METER

    LEPAS TU LAK..
    MACAMANA NAK MENILAI AIR BESAR, AIR KECIK, AIR MATI DAN SEBAGAINYA?

    KITA TENGOK PADA PERBEZAAN KETINGGIAN AIR..
    SECARA KASARNYA,
    BULAN MEMPENGARUHI FAKTOR AIR..

    SO MULA-MULA KITA TGK BULAN..
    BIASANYA PENUH GELAP ATAU BULAN PENUH IALAH AIR BESAR
    BULAN SEPARUH AIR KECIK ATAU MATI..

    KITA REFER BALIK CONTOH KALENDAR AIR TU..

    KITA AMIK PERBEZAAN PADA 2 TARIKH:
    1. TARIKH 10hb
    2. TARIKH 18hb

    PADA TARIKH 10hb..
    SECARA MATEMATIKNYA..
    AIR PASANG PUKUL 06 PAGI PADA KETINGGIAN 4.9 METER
    DAN AIR SURUT PADA PUKUL 12 TGHARI PADA KETINGGIAN 0.4 METER

    JULAT PERBEZAAN AIR IALAH 4.9m - 0.4m = 4.5 METER

    AMIK CONTOH 18hb LAK..
    AIR PASANG PUKUL 10 PAGI PADA KETINGGIAN 3.6 METER
    AIR SURUT PUKUL 16@3 PETANG PADA KETINGGIAN 2.1 METER

    JULAT PERBEZAAN AIR IALAH 3.6m - 2.1m = 1.5 METER

    NAMPAK TAK ADA PERBEZAAN?
    PADA TARIKH 10hb - DALAM TEMPOH 6 JAM - AIR PASANG SETINGGI 4.5 METER
    PADA TARIKH 18hb - DALAM TEMPOH 6 JAM - AIR PASANG SETINGGI 1.5 METER..

    SECARA LOGIKNYA..
    TEMPOH YG SAMA TAPI KETINGGIAN AIR BERBEZA..

    MACAM KITA ISI AIR DALAM KOLAM..
    KALAU NAK PENUHKAN AIR SETINGGI 4.5 METER PADA MASA 6 JAM..
    KENA LA PASANG AIR LAJU SIKIT..

    KALAU SETAKAT NAK ISI 1.5 METER..
    SLOW-SLOW PUN TAKPE..


    OK LA,
    RASANYA MACAM DAH TERLEBIH PANJANG MENGEXPLAIN..
    HARAP DAPAT MEMBANTU..
     
  5. limpzkit

    limpzkit Siakap

    tqvm bro tenryu...baru la paham...selama nih tgk blur je....tq atas penjelasan panjang lebar....
    ;D ;D ;D ;D
     
  6. naqiu

    naqiu 012-6448361

     
  7. tenryu

    tenryu NIK: 019-252 1413

    ERKK?
    APA MAKSUD "TIMPAS" TU?
     
  8. naqiu

    naqiu 012-6448361

    air balas rasanya..
     
  9. tenryu

    tenryu NIK: 019-252 1413

    YUP..
    PADA WAKTU TU, AIR SEAKAN-AKAN BREK..
    BERENTI KEJAP..
    DAN ARUS MULA BERUBAH..
     
  10. scot

    scot mencari pengalaman

    time bila yg terbaik tuk turun mancing?time air pasang besar menyurut kecik atau sebaliknya?bantuan.. ???
     
  11. naqiu

    naqiu 012-6448361

    betul tue tn nik...
     
  12. tenryu

    tenryu NIK: 019-252 1413

    SEBENARNYA MACAM NI TRICK DIA..

    MULA-MULA KITA TENGOK TARIKH BULAN MELAYU..
    AIR MATI PADA 8 HIJRAH & 22 HIJRAH..
    AIR BESAR PADA 1 HIJRAH & 30 HIJRAH..

    PADA KITA CONVERT PADA MASIHI..
    DAN LEPAS TU KITA CHECK BERAPA HARIBULAN..

    KALAU IKUT AKU,
    AKU PALING SUKA AIR 22hb MELAYU MEMBAWA KE HADAPAN..
    SEBAB MASA TU BULAN GELAP..
    AIR MENYORONG KE BESAR..
    AIR DAH MULA BERARUS..

    BULAN GELAP SEBAB BOLEH CARIK SOTONG..
    AIR DAH BERARUS, IKAN MULA AGRESIF..
     
  13. Fumakiller

    Fumakiller Bilis

    Salam... nak tanye otai2 mancing kat sini, kalo memancing kat Kelong Telok Gong tu, bleh dapat Ikan Siakap x...
    (Saya Budak Baru Belajar Memancing, Ambik Galah, Tolong Jolokkan). Hihihihi... ;D
     
  14. Terima kasih atas info dan jadual yg berguna. :)
     
  15. kerapu pisang

    kerapu pisang BIAR KAKI PANCING... JANGAN KAKI POMPUAN... :-)

    Tuan tenryu...dulu masa kecik2 nenek hamba selalu sebut perkataan 'TIMPAS' ni bila waktu kami plan nak g cari siput kepah di pantai... ayat dia lebih kurang camni: esok 1 haribulan melayu..ayaq "TIMPAS" jauh .. boleh cari kepah atau siput sudu ( kupang)..
    Maksudnya hari tu ayaq laut akan surut paling max daripada biasa..waktu surunya lepas subuh dan akan mula pasang kul 11 ...tgh ari..jd wak tu nak mencari siput tu lebih lama dari hari biasa...dan bila air laut dah pasang plak maka ketingian nya jugak max dan berarus kuat...
    Klu e yg salah tolong betukan yer... ;D

    Pepe pon tahniah pd tuan tanah kerana topic ni...sngat berguna.. :D
     
  16. perambut

    perambut 016-5206075

    Update untuk 2014 please ;D
     
  17. tenryu

    tenryu NIK: 019-252 1413

    Jadual rasmi biasanya akan keluar dlm bulan 1..
    Nanti da keluar, aku post lain..
     
  18. otc

    otc Marlin

  19. bujok basah

    bujok basah Bersama Sifu Pak Hassan Persatuan Memancing Klang

    uittt tuan Tenryu
    ni dah bulan lain ..... ::)
     

Share This Page