Hantu Air.

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by cengkih, Sep 17, 2012.

  1. cengkih

    cengkih Pelata

    Ada yang menyanggupkan diri dengan bersumpah setia dengan jin /Syaitan demi mendapatkan penghasilan yang baik sehingga mengatasi saingan. Setengah menamakan RoRo Kidul (Nyai) bagi dilautan manakala bagi air tawar dipanggil Munah dan Manik (mak dan anak). Bermulanya mengadakan perhubungan itu dengan memenuhi tatacara tertentu. Dalam satu kes yang diceritakan lebih kurang -Mat(bukan nama sebenar), telah mengulangi mantera sebanyak 3 malam berturut, dengan berdiri didalam air separas pinggang dalam keadaan bogel sambil memegang habuan tertentu yang disyaratkan sepertimana diterima dari gurunya. pada hari terakhir akan datang tangan menyelinap keseluruh tubuhnya, menandakan pemetraan (bonding) antara keduanya telah sempurna.

    Dalam kes lain , seorang yang berpengalaman memakai khidmat hantu air menceritakan, bahawa anda perlu memancing di tempat yang tiada gangguan, dimulai dengan membaca mantera ringkas sambil ditiupkan kepada umpan. Ikan yang meragut umpan itu dinaikkan dan ditanam. Hari kedua juga begitu, akan tetapi hari yang ketiga anda akan menaikkan hanya tulang ikan, tanpa isi yang harus ditanam. Anda hanya boleh memancing selang sehari selepas itu. Anda hanya perlu membaca mantera dan meniatkan ikan apa dan saiznya, dan hantu itu akan menghantarkannya ke mata pancing anda.

    Begitupun menurut orang tersebut beliau telah 2 kali menggunakan khidmat jin itu bagi menimbulkan mayat yang ditarik dan disorokkan oleh hantu air. Juga membantunya ketika kecemasan kehilangan pedoman dan panduan dilaut. Menurut empunya cerita juga- kalau dizahirkan rupanya, rambutnya seperti ular sebesar batang pokok kelapa setiap satu.

    Dalam satu kes lain di Sungai Limau, orang yang menggunakan khidmat hantu air mati dalam keadaan aib seperti matinya orang yang berhantu raya (mati tapi tak mati, dah busuk tapi masih makan sampai 7 periuk nasi) Dalam kes mat , seorang anaknya cacat dan yang lainnya bermasalah, dan dalam kes lagi satu hantu itu hampir menyebabkan nyawa abangnya hilang kerana mencabar kehandalannya itu.
     
  2. jman

    jman Marlin

    Semasa saya bertugas di Kg Santubong Sarawak (sebuah kampung nelayan), saya juga ada mendengar cerita seperti cerita Tuan Cengkih terutama tentang pengguna hantu air ketika nak mati. Memang sengsara keadaannya. satu lagi cerita ialah kalau makan ikan, individu ini tidak akan menterbalikkan ikan yg sudah dihabiskan sebelahnya. Allah Yang Maha Mengetuahui betul atau tidak. Apa pun cerita hantu air memang digunakan oleh emak saya untuk menakut-nakutkan saya terutama utk mengelakkan daripada saya dan adik saya daripada mandi di kolam pada waktu tengah hari ;D ;D. Maklumlah waktu tu, org tua tengah berehat.
     

Share This Page