fly leader....

Discussion in 'Fly Fishing' started by matkudut, Aug 18, 2009.

  1. matkudut

    matkudut Marlin

    ambe nok tanye pade..otai2 fly nihh...
    sbb ambe br nok...cube..try...test main fly nihh
    so leader dia kalu pakai mono biase tu pn blh dok ???
    @ ye ade leader khas ye sendiri ?
     
  2. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Ini pernah teman bincangkan dlm thread FLY REEL BUDGET bahagian penjualan produk jadi elok la teman tepekkan
    balik perbincangan tuhh di sini :

    [​IMG]
    Furled leader yang teman buat iaitu bahagian butt section double strand twisted dan bahagian mid sec
    pula single strand twisted dan hujungnyerr boleh disambung dgn tippet jerr

    [​IMG]
    Leader yang terus disambung pada loop connector pada hujung fly line...

    Mmg leader yang teman pintal tuh pun tapered monofilament biasa jerr, kalo rase malas nak pintal2 boleh gak
    guna straight camtuhh jerr tapi poundage pada setiap leader section tuhh kena ikut la contohnyerr :

    butt sec : 35lb - 4ft
    mid sec : 20lb - 3ft
    tippet : 12lb - 2ft

    Panjang keseluruhan leader+tippet mengikut panjang fly rod yg kita gunakan tuhh, kalo terkurang sikit ukuran tak mengapa
    tapi jangan terlebih pulak kang susah nak cast, manakala setiap sambungan section ke section dengan menggunakan surgeon
    atau triple overhand knot jerr...

    Untuk maklumat selanjutnyerr sila ke sini... http://www.pancing.net/index.php?topic=2103.msg86497#new
     
  3. matkudut

    matkudut Marlin

    wahh...berbuih nak pintal nihh...
    blh pitam nihh bro......hehehe...
     
  4. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    x da la berbuih pun... kawan dah buat... sekejap ja... x sampai 2 minit pun....
     
  5. buntal bujur

    buntal bujur Mengey...mengey...mengey...!!!

    pokdik pintal bulu dia boleh la...hahahha...laarrrriiiii!!!
     
  6. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Betul tuhh takde susah buat fly leader nihh cuma nak kena pandai mengimbangi leader tuhh dgn bakal
    fly kita tuhh jerr.... yang penting jangan guna poundage leader yg kecik utk fly yg besar kalo poundage
    leader yang besar pulak boleh diguna pada fly yang kecik.
     
  7. joran maluri

    joran maluri 019 3100410 HJ SAARI -WP

    ALAHH...NAK SERIBU DAYA... ;D

    BUNTALL...
    NI APA NI KORANG 2 NI... BATAL POSE ...GI MINUM AIAR PAIP..GI :'( :'( :'(

    POK DIK...BUNTALLL.. ...

    PUASA TAK DAPAT PAHALA.......ADAKE BULU 2 .. PINTAL 2 BULU..???

    CHAAAT KOTORR NYA OLANG WWOOOOO WOO 18 SX..TAU.. :p
     
  8. matkudut

    matkudut Marlin

    ooooooo...gitu ke..
    br ade balancing la dgn fly line yekk...?
     
  9. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Masalah tuhh nanti bila kita fly pada tippet... bila tak balance jerr mula la tailing loop akan berlaku
     
  10. matkudut

    matkudut Marlin

    oo...so mcm mana kita nak tau turutan
    yang betul dari fly line tu sendiri sapai ke tippet..?
    @ ye bergantung pada ape ikan sasaran kite?
     
  11. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Memahami Sistem Perambut ( Fly Leader) dalam Fly Fishing

    Perambut (leader) bagi fly fishing adalah sejenis untaian nilon yang menghubungkan fly line kepada tippet. Perambut fly ini
    adalah bahagian terakhir kepada fly line – iaitu merupakan suatu sistem yang memindahkan tenaga kinetik ketika cast kepada
    fly. Perambut fly fishing yang moden secara umumnya diklasifikasikan sebagai tali tangsi atau bersulam (braided). Perambut-
    perambut tangsi (monofilament) adalah terdiri dari seutas tali pada keseluruhannya. Kebanyakan perambut fly ini adalah secara
    berterusan iaitu daripada pangkal seksyen yang lebih tebal sehingga meruncing ke hujung seksyen yang lebih menipis di mana
    anda boleh mengikatnya terus pada tippet.

    Perambut fly monofliament (tangsi) dapat diklasifikasikan sebagai

    1. Keras – adalah rendah tahap anjalan atau regangan, memori yang agak kaku (stiff memory) dan diselaputi dengan satu
    bahan anti lelasan (abrasion). Contoh-contoh yang terdapat pada beberapa tali perambut jenama seperti
    Maxima dan Rio Max.

    2. Sederhana – juga rendah pada tahap regangan dan anjalan tetapi medium pada memorinya. Contoh-contoh tali perambut
    dari bahan fluorocarbon seperti jenama Umpqua atau Dai-Rikki.


    3. Lembut – mempunyai penyerapan kejutan (jangkauan) yang lebih tinggi serta memberi lenturan yang baik dan memilik memori
    yang rendah. Contoh-contoh tali perambut seperti jenama Dai-Rikki Powerflex, Scientific Anglers, Climax, Frog Hair atau
    Umpqua tippet spool.

    Bahan-bahan bagi tali perambut fly adalah terdiri daripada

    • Nilon -- juga merujuk sebagai sejenis "Polimer". Bahan-bahan sintetik Polymer lain adalah terdiri dari Dacron dan Rayon.
    Perambut-perambut nilon paling moden disaluti dengan satu anti lelasan (abrasion) iaitu suatu bahan yang dapat mengurangkan
    kesan-kesan hakisan atau haus dan lusuh pada perambut tersebut.

    • Ko-polimer -- campuran polimer-polimer dari satu resin proprietari tambahan.

    • Fluorokarbon – suatu terma yang merujuk kepada bahan-bahan pembuatan tippet iaitu Polyvinylidenfluoride (PVDF)

    [​IMG] [​IMG]
    Kebanyakkan pakar-pakar fly fishing berpendapat bahan-bahan perambut dan tippet yang diperbuat dari fluorokarbon adalah lebih
    kukuh dan lebih halimunan ketika di dalam air berbanding daripada bahan-bahan nilon ini.

    Perambut-perambut fly ini datangnya dalam pelbagai saiz iaitu bermula dari 0X hingga kepada 8X. 0X adalah berdasarkan pada ujian
    saiz kekuatan bagi 12lbs (5.5kg) manakala 8X pula adalah kira-kira ujian kekuatan 1 paun (450g). Jika anda mahu saiz perambut yang
    lebih besar daripada 0X anda cuma perlu membinanya sendiri. "X" iaitu suatu kaedah lama bagi sukatan atau ukuran sesuatu perambut
    dan tippet ini, manakala "X" ini ialah ukuran dalam nilai ribuan bagi setiap inci. 0X adalah ukuran terbesar iaitu 0.011 skala ribu untuk
    seinci dan 8X pula adalah ukuran yang paling kecil pada skala 0.003 atau 0.004 per inci.

    Bahan-bahan bagi pembuatan sesuatu perambut ini berbeza-beza daripada jenama ke jenama yang lain. Jika anda ingin membina
    perambut ini dengan sendiri, peralatan yang perlu ada ialah tolok pengukur leader atau sebuah mikrometer untuk mengukur ketebalan
    sebenar sesuatu tali perambut tersebut. Begitulah sebaliknya dengan tippet.

    Jika kita membeli perambut fly yang sudah siap di kedai-kedai, Selalunya perambut-perambut ini di bungkus dengan rapi dalam sebuah
    paket plastic yang bersalut manakala tali perambut tersebut dililit-lilit menjadi satu gelungan yang bulat. Sikit sebanyak ia akan memberi
    kesan memori yang menyebabkan ia berpuntal-puntal kerana ia disimpan dalam kadar yang agak lama bermula dari pihak pengeluarnya
    lagi sehinggalah kepada peruncit dan terus kepada kita. Memori ini boleh menyebabkan perambut fly kita menjadi satu keadaan kacau
    bilau serta kusut lalu bersimpul-simpul sebaik dikeluarkan daripada bungkusan tersebut.

    Bagaimana untuk menguraikan perambut-perambut fly yang bergelung dari masalah kusut dan bersimpul

    Pegang pada gelungan perambut tersebut dan carilah di bahagian hujungnya. Dengan berhati-hati uraikan di bahagian akhir gelung
    sehingga perambut tersebut berkeadaan sedia untuk dirungkaikan. Kemudian masukkan ibu jari dan dahulu tiga jari yang lain pada
    sebelah tangan itu juga ke dalam bulatan gelung lalu mengadakan bulatan terbuka. Ambil pada hujung perambut yang besar dari
    gelung tersebut dan dengan lemah lembut tarik semua gelung-gelung dari jari-jari anda sehingga perambut fly kita terungkai dan
    bersedia untuk disambung pada fly line.

    Ringkas dan mudah.

    [​IMG] [​IMG] [​IMG]




    ~ dipetik dari Hatches Fly Magazine dan diterjemahkan semula mengikut kefahaman teman nihh ~
     
  12. matkudut

    matkudut Marlin

    time kasih ya..maulana....
     
  13. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Karang teman cerita camna nak kira ukuran fly dengan "X" nihh... sekarang teman nak
    kuar jap, nak pi jual flies yang dah siap kat kedai2 pancing.... ade arr duit poket sikit ;D ;D ;D
     
  14. matkudut

    matkudut Marlin

    wahhh...ini sudah bagus nihh...
    biase jual itu flies kat ner..?
    mana tau leh dpt diskaun ke?
    hehehe....
     
  15. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Sori la matkudut... teman tak jual fly kat kengkawan, tapi sesaper yg memfly dgn teman mmg teman
    offer fly box teman tuhh untuk diguna pakai sesama... ;)
     
  16. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    alaaa.... jual la kat kengkawan......
     
  17. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Takde! teman galakkan kengkawan belajor buat sendiri. Nak belajor insyaALLah teman boleh tunjukkan hehehe ;D
     
  18. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    kawan pun suka buat sendiri... tapi lum mampu beli ekuipmen lagi... sebab tu dik merayau kat kedai pancing tu.... cari yang dah siap...
     
  19. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Macam teman kata tadi la kalo kengkawan sesama memfly dgn teman mmg teman offer fly box teman tuhh utk kegunaan
    kengkawan... takpe PD nanti kita memfly sesama lepas bulan pose nihh atau bulan pose nihh hehhe
     
  20. matkudut

    matkudut Marlin

    ambe pn suke gekk..wak sendiri natang flies nihh..
    tp ckp brg lg...ade lagi yang nak kena cari.....sementara pakai yg ready made dulu..
    hehehe....
     

Share This Page