Fishzilla: Bilakah Pihak berwajib akan mengambil serius isu ikan pendatang.

Discussion in 'Kedai Kopi' started by tejaoo, Nov 24, 2014.

  1. tejaoo

    tejaoo Bilis

    Dibawa adalah satu rentetan cerita bagaimana America amat mengambil serius mengenai kehadiran ikan luar. Antara penyebab utama mereka membenci fishzilla kerana mereka risau dengan populasi ikan tempatan yang terancam. America memang pandai menggunakan media dalam pelbagai aspek sehingga membolehkan sesuatu isu berkenaan terus menjadi isu penting negara. Walaupun snakehead mula diterima disana namun tentangan terhadap spesis ikan luar yang perlu kita lihat.

    Namun berbeza di negara kita. Sehingga kehari ini pelbagai ikan luar dibawa masuk dengan alasan untuk percambahan ekonomi negara. Sikap sesentengah peminat ikan peliharaan yang membeli ikan diluar kemudianya melepaskan ikan tersebut ke habitat tempatan turut memburukan keadaan. Alasan mereka adalah tidak mampu menjaga ikan tersebut kerana sudah melebihi saiz yang mampu dijaga dan ada juga kerana sudah tidak mahu menjaga ikan tersebut. Langkah melepaskan ikan tersebut ke habitat tempatan adalah satu langkah yang tidak bijak.

    Bagi seorang pemancing dan nelayan air tawar, situasi ini amat dirasai dengan jelas sekarang. Boleh dikatakan setiap tahun pendapatan ikan tempatan sangat berkurang. Port-port yang dulunya dikuasai oleh ikan tempatan seperti puyu,sepat,sebarau,haruan,toman,kelah, dan sebagainya semakin berkurang. Nama-nama ikan luar seperti Peacockbass mula bermahajarela.

    Bagi sesentengah pemancing, menaikan spesis luar seperti peacockbass bersaiz kasar mungkin sebagai satu lesen atau trophy. Namun bagi sesentengah yang lainnya ikan luar sebenarnya satu ancaman untuk jangka masa panjang sekiranya tiada tindakan awal diambil.





    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ikan berkepala ular seperti toman (giant snakehead) dan haruan/gabus (channa striata) antara spesis ikan yang digemari oleh kaki pancing di Malaysia. Memancing ikan toman adalah lebih kepada untuk merasai sambaran dan tarikannya manakalah haruan pula adalah sumber protein yang baik terutamanya kepada ibu yang baru bersalin.
    Ikan toman
    [​IMG]
    Tapi tahukah anda bahawa Negara Amerika adalah negara yang melarang pembiakkan dan pemeliharaan ikan toman. Ikan pendatang ini amat dikehendaki hidup atau mati sehinggakan poster "wanted" turut dikeluarkan. Dengan gigi yang tajam dan mampu mencederakan manusia, ikan ini juga diberi gelaran Fishzilla.

    Semuanya bermula di danau Crofton, Maryland pada tahun 2002 apabila seorang pemancing tempatan, Paul memancing di danau Crofton dan berjaya menaikan seekor ikan yang asing. Paul terus merakam gambar ikan tersebut dan melepaskannya kembali. Oleh kerana terganggu dengan persoalan mengenai spesis berkenaan, Paul telah membawa gambar tersebut ke Jabatan sumber daya alam Maryland (Maryland Department Natural Resources).

    DNS kemudianya menghantar gambar tersebut kepada ahli specialis ikan, Walt courteray di Florida. Gambar tersebut kemudiannya disahkan sebagai ikan toman utara (channa Argus) yang berasal dari asia.

    Dua bulan selepas gambar ikan tersebut tersebar, seorang nelayan, Joe Gillespie datang ke danau Crofton untuk menangkap sendiri ikan toman. Joe kemudianya berjaya menaikan seekor ikan toman berukuran 60cm. Kejayaan joe telah menarik minat ramai orang termasuk wartawan Baltimore Sun, Candu Thomson.

    Semenjak itu berita tersebut tersebar meluas ke seluruh negara. Pelbagai pendapat disuarakan dan rata-rata takut dengan kehadiran ikan toman kerana giginya yang tajam dan beraksi lasak. Persoalan bagaimana ikan tersebut boleh berada di Crofton juga menjada tanda tanya.

    Pihak berkuasa memandang serius kehadiran ikan toman. Mereka menganggap ikan penceroboh tersebut tidak boleh berada di sini. Mereka perlu menghalang pembiakkan dan seterusnya melupuskan terus ikan tersebut. Poster 'wanted' turut dikeluarkan samada hidup atau mati.

    Menteri urusan daerah kemudianya mengumumkan bahawa fishzilla ini berbahaya. Selain boleh mencederakan manusia ia juga ikan yang pelahap. Fishzilla akan memakan apa sahaja termasuk ikan-ikan tempatan yang lemah. Malah mereka juga mengatakan bahawa fishzilla boleh berjalan di daratan dan boleh bertahan sehingga 3 hari lamanya.

    Memo bercetak dikeluarkan untuk mengatasi masalah fishzilla: sumber -fwcb

    5 bulan selepas pelbagai siasatan dilakukan pihak berkuasa akhirnya bersetuju untuk menghapuskan fishzilla secara total. Langkah drastik diambil dimana membunuh fishzilla dengan menggunakan racun yang kuat iaitu 'rotenone'. Racun ini sangat kuat sehingga boleh membunuh kesemua hidupan didalam danau crofton. Demi menjaga keharmonian ikan tempatan, mereka bersetuju untuk mengambil risiko tersebut. Langkah tersebut telah berjaya dan hasilnya 1200 fishzilla berjaya dibunuh termasuk 6 induk.

    2 tahun selepas itu pada 7 Mei 2004 seorang pemancing telah menaikan seekor ikan toman utara cina di litle hunting creek, sungai Potomac. Berita tersebut telah mengejutkan semua pihak kerana tidak menyangka fishzilla telah tersebar ke sungai besar yang panjangnya sejauh 640 km dan mengalir ke 4 negeri seperti New York dan california. Berita mengenai fishzilla sekali menjadi sensasi sehingga pernah difilemkan dengan tajuk "swarm of the snakehead".

    Tiada apa yang mampu mereka buat kecuali membuat kawalan dan mengurangkan jumlah ikan ini sedikit demi sedikit kerana penggunan racun adalah tidak praktikal. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan mencari jawapan bagaimana ikan ini boleh tersebar di America.

    Siasatan mendapati ikan ini banyak terjual di pasar Swalayan, L.A yang diseludup dari korea ke california menggunakan pesawat. Walaupun pasaraya berkenaan di denda sebanyak 200,000 dolar namun itu sudah terlambat kerana fishzilla sudah tersebar sehingga ke pentagon iaitu 20,000 km dari litle hunting creek.

    Kewujudan fishzilla di danau Crofton pula mendapat jawapan apabila seorang warga America-China telah membeli 2 ekor ikan toman di pasar NY untuk dijadikan sup kepada kakaknya yang sedang sakit. Namun beliau kemudianya melepaskan ikan tersebut ke tasik berkenaan selepas kakaknya sihat sebelum dia menyiapkan sup berkenaan.


    Ulasan lanjut di Tepen Caster: http://tepencaster.blogspot.com/2014/11/ketakutan-america-terhadap-toman.html
     
  2. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    info yang menarik ni
    mungkin saya rasa terjemahan 'ikan toman utara' tu kurang tepat la walaupun boleh digunapakai.
    Ianya dipanggil Ragyo / ragio / raigyo / radio ;D ;D (mana satu tepat ha?)
    Kalau sesapa yang casting dapat ikan ni kt amerika sana, kena follow rules ni. 8) 8)
     
  3. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Tajuk kata pihak berwajib, ingatkan Malaysia da ;) ???

    US takde snakehead hunter cam dlm pnet, kalu tidak kompom pupus gak ikan sana ;D ;D ;D
     
  4. tejaoo

    tejaoo Bilis

    haha. tertinggal point pentingnya. pointnya disebalik cerita ni apakah tindakan Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah ikan pendatang seperti peacock bass.
     
  5. tejaoo

    tejaoo Bilis


    banyak sangat nama. so sy ikut je apa penerangan dalam video tu. lagipun orang kenal snakehead pun jadilah.
     
  6. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Masalah orang pendatang pon tak di settle g :(
     
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Buat trip khusus untuk tangkap spesis toman utara ni kt sana.
    tapi boleh ke buat tangkapan kt situ, kemudian lepas kt sini? :D :D
     
  8. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Jgn le semua ikan mau bawa balik sini tuan PS wei ;D ;D ;D
     
  9. terubuk

    terubuk Tenggiri

    Setuju dengan kenyataan bro..
    Isu sebegini tak da penyelesaiannya...
    Selagi ada unsur politik , wang ringgit dan serta pangkat menjadi taruhan...
    Nak komen lebih sat gi orang kata aku menghasut pulak...
     

Share This Page