fish valley semenyih

Discussion in 'Air Tawar' started by mata bom, Jan 8, 2012.

  1. zangzone

    zangzone Marlin

    Power2 umpan tuan2 ;D
     
  2. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    umpan pelet biasa je
    nak umpan power kena berguru dgn tuan lee fishing
    1 dan 7 februari ni mcm nk turun lg ke fv
     
  3. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Dah start tunggu ripot terkini ;D ;) ;D
     
  4. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    sabo bang manba 8)
     
  5. Lee Fishing

    Lee Fishing Bilis

    Kolam rm 7 semakin hari semakin teruk. Lampam yang dulu tak sabar2 nak makan umpan pun dah jarang jumpa sebab pihak kolam selalu tangkap pakai jala dan masuk dalam kolam toman. Ikan lain spt baung pun sama sebab diorang tangkap dan simpan kat restoran. Hari tu pergi dpt redmonk cichlid je.
     
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Betul tu. Ikan dh makin kurang galak, xmcm dulu
    Kena topup balik ikan dlm tu.
     
  7. Lee Fishing

    Lee Fishing Bilis

    Minggu lepas dapat seekor pacu 2kg. Tapi leader putus apabila ikan sangkut kat rumpai kat tebing tu. Saya tanya uncle tu dia kata pacu tidak dilepaskan kat kolam rm7. Minggu depan nak pancing belida pula.
     
  8. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Dah lama tak jengok kolam ni.

    Mr Lee, skrg harga bayaran kolam atas tu berapa ye?
    Ahad ni rasa nak testing mesin baru, nak rasa karan monster kt situ.
    Itu pun kalau ikan masih lagi nk jamah umpan la
     
  9. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Pagi Semalam Lepas KUMPAU kt Sukida terus ke sini
    Alang2 nak test mesin Ryojin, terus ke kolam atas (RM30 + GST+ UMPAN = tak ingat la)
    Mahal jgk kolam ni.
    Kebetulan ada orang main fly kolam ni lepas tu lempar rasuah roti bun satu plastik sampah!!!!!
    Banyak betul roti tu tapi mujarab beb!!!!
    Patin dan pacu melahap rasuah tersebut dan umpan fly pun mengena banyak kali dari pacu yang boleh tahan saiznya!!!
    Saya pun tumpang sebelah guna roti kosong, strike sekali je dan terus dapat agak ikan pacu yg bedal
    Lepas tu asyik2 umpan fly je yg kena, saya dh tak stike lagi...

    makin panas, duduk kat tempat redup sambil lempar umpan ke tengah, dapat pulak 2 ekor pacu
    Lepas tu hujan dan terus blah

    Result...... Pacu 3 ekor (sekor je saiz monster)

    Kesimpulan.......
    1) Kena rasuah roti kaw kaw punya banyak, lempar kt tengah kolam
    2) Baling betul2 kt hamburan patin atau pacu atas rasuah tu
    3) Teknik apong sahaja berkesan di kawasan rasuah, teknik lain kurang
    4) Sebenarnya patin boleh kena cuma semalam pacu lebih cepat sambar (umpan fly la...)


    mAAF, Gambar xde sbb malas la. Nak testing mesin je.
     
  10. Lee Fishing

    Lee Fishing Bilis

    Good news untuk kolam rm 7, Tilapia dah buka mulut ;D Mungkin dah top up ikan sempena tahun baru cina sebab banyak orang nak beli ikan. Hari tu dapat 5 ekor merah, 2 hitam dan seekor rohu bonus 4kg ;D Ada juga try umpan lampam hidup nak target belida, dapat seekor + baung. Belum sempat nak land baung tu pekerja kat restoran dah tanya nak ke tak ikan tu. Kalau tak nak dia nak ambil simpan kat stok restoran. Saya jawab nak tapi bila dia dah pergi saya lepaskan je. Semua ikan diorang nak sapu habis apa yang kita nak mancing?? Umpan dedak bau udang+ bau pandan, mata kail cangkuk pellet
     
  11. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Tahniah Mr Lee,

    Saya ingatkan kalau saya pergi dapat bangau oh bangau je.
    Kalau saya free, sy nk try test kolam rm7
    Skrg ni banyak komitmen, masa terluang terhad sbb kena ulang alik ke alor setar 2 minggu sekali.
    kalau mancing pun kt jenderam je sbb dekat dgn rumah, itu pun sejam 2 je (lepas balik kerja). :'( :'( :'(
     
  12. Lee Fishing

    Lee Fishing Bilis

    hehe... saya pun tak boleh nak mancing masa ada study. sem break je boleh. pancing.net pun terlupa nak check xD
     
  13. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Hari sabtu lepas saya try test kt sini sampai tengah hari je, kolam rm7.40 (termasuk gst :'( :'( :'( )

    Hasil agak memuaskan tetapi masih rendah kadar sambaran. (umpan pellet dan anak lampam)
    Kalau datang pagi (lokasi berhampiran kaunter), kena tebar (rasuah) pellet bagi ikan berkumpul. Kita hanya pancing dikawasan sekitar tebaran tadi sahaja.
    Saya try pergi ke lokasi lain seperti penjuru restoran, bawah pokok dan berhampiran kolam kecik. Hasilnya hanya seekor baung disetiap lokasi tersebut.
    Selebihnya lampam banyak kacau umpan.

    Secara keseluruhan yg saya dapat
    Baung=3 ekor
    Tilapia Merah = 2 ekor
    Jelawat = 1 ekor
    Kap Rumput = 1 ekor
    Tongsan = 1 ekor
    Chilid belang = 5 ekor (besar)
    Lampam = 10 ekor (3 ekor besar)

    Bosan, terus balik.

    Secara kesimpulan,
    1-Kena tebar rasuah pellet dengan banyak kt satu tempat utk ikan berkumpul.
    2-Teknik apung lebih berkesan utk tilapia
    3-Waktu pagi paling banyak sambaran berbanding tengah hari
     
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    hampir setahun tak jenguk topik ni.
    Semalam adik sorang diri kt kolam rm7.40, hasil yg sangat bombastik, BAUNG 10KG!!!!
    Baung dari spesis ape tah, mcm Asian Redtail pun ada.
    Gambar nnti saya try upload, PC opis la katakan.

    InsyaAllah Sabtu/Ahad ni nk test.
     
  15. Lee Fishing

    Lee Fishing Bilis

    Lama betul tak tengok thread ni. Password pun dah hampir lupa. Baung Asian Redtail tu. Saya pernah dapat dengan anak lampam, lebih kurang 6kg.
     

Share This Page