Ensiklopedia : Malaysian Freshwater Fish

Discussion in 'Air Tawar' started by pok dik, Feb 20, 2009.

  1. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    saja kawan buka post ni.... nak tambah post ja... hehehe

    harap dapat dikongsi bersama

    kalau dah ada mod boleh delete terus ja la ek....


    Bujuk-Channa lucius


    [​IMG]
    [​IMG]

    spesis kepala ular yang cantik dengan warna yang perang gelap disertai tompokan kecil kehitaman menhiasi sisi menambah seri spesis ini...

    1- habitat...
    biasanya mendiami kawasan paya yang cuaca agak gelap dan airnya jernih..
    lebih gemar bersembunyi dan mencari makan di kawasan berumpai dan suasana agak sunyi..

    2- diet..
    anak ikan terutama yang bersisik putih menjadi kegemaran utama.. paling berkesan menggunakan anak tebal sisik sebagai umpan tajul atau memancing ibu yang beranak kecil
    udang juga makanan utama yang digemari spesis ini.. bagi teknik bottom ataupun cara tradisional menggunakan batang bertam, umpan udang jarang mengecewakan..
    kelkatu merupakan serangga yang agak efektif untuk spesis ini.. anak kelkatu yang masih putih lebih digemari berbanding yang sudah hitam dan bersayap..

    3- keluarga
    spesis ini biasanya hidup berpasang pasangan.. biasanya si ibu lebih kecil dan si bapa lebih besar.
    kadangkala saiz bapa mencapai 2- 3 kali ganda saiz ibu..

    4- kedudukan ibu bapa ketika mengasuh anak..
    si ibu biasanya akan berada betul2 dibawah anak manakala bapa biasanya berkawal diantara 0.5m - 2m dari kawasan anak timbul..
    spesis ini paling agresif ketika anak kecil.. dan mudah dipancing.. tetapi spesis ini sangat peka terhadap bunyi bising persekitaran... kocakan air selalunya menyebabkan si ibu membawa anak jauh dari kawasan asal.. ibu juga susah untuk menyambar umpan jika kita membuat bunyi bising..

    5.cara mengenal riak anak
    bujuk dapat dikenalpasti dan dibezakan dengan anak haruan walaupun kawasan anak bermain jaraknya 10 - 20 meter dari kita..
    anak bujuk jenis yang timbul berkumpulan di satu tempat kecil berbanding haruan yang berselerak di permukaan air.
    anak bujuk akan timbul sekali sekala dan tenggelam kembali.. ia mengambil masa lebuh kurang 10-15 saat untuk timbul semula... berbanding anak harian yang sentiasa bermain di permukaan.
    anak bujuk juga peka dengan keadaan sekitar... jika menyedari ada ancaman, anak bujuk akan terus tenggelam dan timbul di tempat lain yang jauh dari tempat asal
    warnanya putih kekuningan disertai jalur hitam di tengah-tengahnya.

    6. cara memancing
    bagi pengail yang berpengalaman memancing bujuk bukan satu perkara besar kerana teknik yang sesuai memudahkan spesis ini dipancing.. biasanya pemburu bujuk akan memancing si bapa terdahulu kemudian baru menjadikan ibu sebagai sasaran. ini kerana si ibu sentiasa dibawah anak dan mudah dikesan

    untuk memancing ibu, hanya perlu melabuhkan umpan betul-betul di tempat anak timbul..
    tetapi untuk memancing si bapa, kita perlu memerhati kedudukannya terlebih dahulu..
    caranya ialah dengan mengesan buih yang dilepaskan sekali sekala dalam kawasan permainannya iaitu 0.5 - 2meter dari anak.

    anak ikan menjadi umpan yang paling efektif dalam keadaan ini.. mungkin kerana merasakan ancaman kepada anak anak mereka kot..
    jika kawasan timbul anak jauh dari kawasan lapang, kita hanya perlu mencari lubang yang boleh diletakkan umpan.. sebaiknya dipicit anak udang hingga hancur pada mata kail dan dicangkuk anak ikan biar kena pada tulang supaya anak ikan tidak dapat bergerak terlalu aktif.
    biasanya spesis ini akan tertarik dengan bau udang yang dikeluarkan dan akan datang ke tempat kita melabuhkan umpan..

    bagi orang kampung, rod buatan sendiri menggunakan buluh panjang paling digemari kerana ianya memudahkan kite menghulur umpan dan hujungnya agak keras disesuaikan dengan tali 40-60lbs.. perambut biasanya menggunakan tali sulam yang agak kasar bagi mengelakkan terputus akibat geseran giginya yang tajam...

    7. isi
    isinya dikatakan manis dan lebih enak berbanding haruan.. tetapi berbisa untuk individu yang mesti berpantang makanan.
    tidak digalakkan untuk perempuan baru melahirkan anak, individu yang baru menjalani pembedahan, luka parah, dan bagi yang mempunyai penyakit dalaman.. (semua ini adalah petua dan amalan orang kampung. saya sendiri tidak pasti sejauh mana kesahihannya..)

    sekian..
     
  2. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    Kelah


    [​IMG]
    [​IMG]


    Nama Saintifik : Tor tambroides
    Diet : Omnivor. Kelah kecil gemar memakan buah-buahan hutan seperti buah ara, jambu air, neram dan perah. Juga menggemari pelbagai jenis serangga seperti belalang. Kelah besar biasanya memburu ikan-ikan kecil dan haiwan krustacea.
    Habitat : Menyukai air sungai yang deras dan bersih serta gemar bersembunyi di dalam lubuk-lubuk berair hitam yang dipenuhi batu-batu pejal dan daun-daun mati di dasarnya.
    Taburan : Terdapat dikebanyakan hulu-hulu sungai yang besar di pendalaman seperti Sg. Tembeling, Sg. Lebir, Sg. Terengganu, Sg. Tanum, Sg. Endau, Sg. Selangor, Sg. Muda dan Sg. Perak.

    Rahsia Kelah
    Oleh : Aznir Malek : PANCING Mei 1998

    Raja Sungai Pergunungan
    Sebenarnya sukar bagi saya untuk menulis artikel kelah ini tanpa sebarang emosi kerana kita bukannya membincangkan tentang ikan yang biasa tetapi bercerita tentang ikan air tawar yang paling sukar untuk dipancing. Seandainya kita terserempak dengan ikan ini di habitat liarnya sahaja tanpa menakutkannya, itupun sudah dikirakan sebagai satu kemenangan.

    Kemudian tiba pula masalah bagaimana hendak menghulurkan umpan atau gewang kepadanya di dalam sungai yang penuh dengan kayu-kayu tumbang dan batu-batu tajam yang pasti mentertawakan tali tangsi yang kita gunakan. Dan sekiranya makhluk ini menyentuh dan memakan umpan kita, ia akan memecut laju bagaikan peluru. Jika peralatan memancing anda tidak gagal semasa larian pertama ini, anda akan berhadapan dengan halangan kedua bila makhluk liar ini mula menjunam dan membenam ke tunggul-tunggul kayu berhampiran. Sekiranya tali anda masih berjaya menahan amukan kelah tersebut, ianya akan berusaha sedaya upaya sehingga ke detik terakhir untuk melepaskan diri biarpun sudah sampai ke tebing. Memang berbaloi sekiranya anda berjaya mendaratkan seekor kelah setelah berhempas pulas dan sengal-sengal tangan serta seluruh badan sepanjang bertarung dengannya. Akhirnya anda pasti bersorak dengan penuh keriangan, "Aku Berjaya!"

    Pertarungan hebat dengan raja sungai pergunungan ini seumpama satu lagenda. Ada perkara menarik yang saya ingin ceritakan melalui pengalaman seorang kawan yang pernah mencuba nasib memancing kelah di Sg. Tanum, Pahang. Seekor kelah yang besar telah menyambar umpannya pada pukul 1:00 petang lalu meluru dengan pantas ke bahagian hilir sungai sejauh 50 meter, kemudian memecut semula ke bahagian hulu dan masuk ke dalam lata yang airnya sangat deras. Setengah jam kemudian tali 30 paunnya putus. Beliau jatuh terduduk, seakan-akan tidak sedarkan diri dan kemudian termuntah-muntah. Kombinasi sinar matahari yang terik dan pertarungan yang sengit menyebabkannya begitu tersiksa.

    Kelah akan menguji kemahiran anda memancing hingga ke titisan terakhir, bukan sahaja dari segi teknik dan ketahanan peralatan yang digunakan, malah cara anda hendak menjejaknya sewaktu memburu. Oleh itu biar saya terangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

    Kaedah Yang Betul
    Mula-mula sekali bagaimanakah cara anda hendak menghampiri lubuk kelah. Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya. Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak bayangan. Anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warnaa hijau atau biru gelap. Warna celoreng seperti pakaian ala tentera adalah yang terbaik. Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan. Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok.

    Keduanya perihal penyampaian umpan. Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain! Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari. Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut. Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya.

    Ketiganya tentang umpan. Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik. Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu. Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain. Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semulajadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah.

    Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain. Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari. Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar. Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangat berkesan walaupun dalam air yang keruh.

    Peralatan
    Kemudian, peralatan memancing yang anda gunakan. Semua peralatan mestilah dalam keadaan yang sangat bagus. Joran aksi sederhana berat, 7 hingga 9 kaki panjang lebih sesuai. Kekili dengan 200 meter tali 15 - 25 paun sudah mencukupi. Tali tangsi perlulah tahan kikisan. Antara yang paling saya gemari ialah Maxima Chameleon, Daiwa Crystal Clear dan Samurai Green. Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichii (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.

    Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang paniang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai. lkatan trilene Ouga (dikenali ikatan mahseer) adalah cara ikatan yang terbaik. Basahkan ikatan dengan air liur sebelum mengetatkannya secara perlahan-lahan. Anda perlu memastikan struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali. Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.

    Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 - 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik Cili digunakan antara perambut dan tali utama. Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan.

    Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik. Jangan gunakan cili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci. Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda. Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan. Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda. Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi.

    Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali. Jika tak berjaya juga, memang tiada pihhan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri. Mungkin anda memperkecilkan teknik ini sebagai tidak canggih. Sebenarnya saya mempelajari teknik ini daripada tulisan John Wilson iaitu pemancing British yang terkenal kerana berjaya menaikkan mahseer India seberat 90 paun dengan menggunakan teknik yang sama.

    Gewang juga boleh digunakan tetapi hanya terhad di kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi manusia. Dahulu, kelah di Sg. Keniam dikatakan gemar menyambar gewang sesudu jenis Abu Atom, Abu Island dan Vibro. Walau bagaimanapun, setelah lama menerima tekanan memancing, kelah di sini semakin bijak dan tidak mahu lagi menyambar gewang. Saya pemah menemui sisa-sisa serangga seperti belalang di dalam perut kelah. Din, kawan saya yang gila memancing kelah, melaporkan bahawa sesetengah kelah bersaiz kecil di Ulu Terengganu menggemari lundi dan belalang.

    Keluarga Diraja
    Di Eropah dan Amerika Utara terdapat ikan salmon, di Afrika dengan ikan tigerfish dan Mongolia dengan ikan taimen. Di sini, kita mempunyai ikan kelah yang merupakan salah satu perenang paling laju dalam habitat air tawar. Walaupun begitu, kelah tidak ada kaitan langsung dengan ikan-ikan tersebut. Saudara terdekatnya ialah ikan barber (Barbus barbus) di U.K dan yang paling hampir ialah ikan mahseer (Barbus tor) di India dan Nepal. Ikan barbel sangat terkenal kerana kehebatan tarikannya tetapi oleh kerana sungai-sungai Britain adalah tenang dan bebas daripada tunggul, para pemancing di sana suka menggunakan tali halus dengan ketahanan 8 hingga 12 paun. Walau bagaimanapun ikan mahseer lebih hebat kerana boleh melebihi 100 paun dan kita terpaksa bertarung di kawasan berair deras dan luas seperti Sg. Ganges dan Cauvery. Tali tangsi melebihi 40 paun sepanjang 200 hingga 350 ela perlu digunakan. Gergasi ini berupaya bertarung sejauh beberapa kilometer dalam sungai tersebut dan ada pemancing yang mati lemas ketika bertarung dengannya!

    Berdasarkan saiz dan tenaga, kelah boleh dikategorikan antara kedua-dua spesies ikan tersebut. Tetapi jika dilihat dari segi cabarannya, ia hampir menyaingi kepayahan memancing mahseer India. Ini adalah kerana sungai-sungai pergunungan kita adalah lebih kecil, lebih deras dan dipenuhi dengan batu pejal dan kayu balak tenggelam sehingga menjadikan cara penyampaian umpan dan pertarungan menjadi sangat sukar.

    Kelah Gergasi
    Jadi, sejauh mana ikan kelah boleh membesar? Kisah kelah gergasi yang pemah saya dengari ialah daripada Pak The Ridzuan iaitu pakar terbol dari Semenyih. Semasa Pak Teh masih kecil, beliau pernah terserempak dengan seorang lelaki yang berjaya menangkap kelah seberat 40 kati (lebih kurang 27 kg) daripada Sg. Kerling. Namun, kelah terbesar pernah saya dengar setakat ini ialah seberat 18 kg dari Sg. Galas, Kelantan.
     
  3. santap

    santap Hidup Ibarat Roda

    tima kasih atas info anda
     
  4. wmf8001

    wmf8001 maghi kito pakat g ngail

    info yang berguna untuk semua
     
  5. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    [​IMG]

    ikang rong/jalur gemilang/sulur batang
    diet-cacing,sawit. habitat-kawasan air berarus,jeram

    jika di sungai2 area kedah lebih mudah dijumpai di kawasan yang airnya bersih...
    suka menghuni reba2 kayu, perdu2 pokok yang hanyut terutama kawasan yang airnya sentiasa bergerak...

    perlu berhati2 ketika mensiangnya kerana jika hempedunya pecah boleh membantutkan selera kita ketika makan... isinya akan jadi pahit...
     
  6. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    [​IMG]

    ikan kaloi.
    Diet kepet (lipas tanah),cacing,serangga kecik (kaloi ni umpan lalat), kelapa sawit, daun serinai, buah ara,pucuk ubi dan juga daun selaput tunggul. habitat-kawasan yg kurang berarus/banyak bereba/samai



    di kawasan saya biasanya digunakan selaput tunggul dan pucuk ubi sebagai tukun... daun2 tersebut diletakkan di kawasan air tenang bagi menarik beliau untuk bermain di kawasan tersebut... seterusnya umpan kelapa sawit, buah ara ataupun daun serinai digunakan sebagai umpan memancing... kadangkala lipas dan pepatung juga menjadi umpan yang agak efektif sekiranya spesis ini bermain di kawasan tersebut...

    saiz yang kecil cara pemakanannya lebih gelojoh berbanding yang berskala besar yang mana cara memakannya agak berhati2 dan perlahan...
     
  7. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    [​IMG]
    Nama Tempatan : Keli Limbat @ Limbat
    Nama Saintifik : Unknown . Family : Clariidae / Order: Siluriformes
    Habitat : Sungai, Alur Air & Paya.
    Diet : Anak ikan, serangga , udang & juga terkenal sbg pemakan bangkai.
    pernah kawan lihat di kampung kawan orang menahan bubu berumpankan kelapa masam dan belacan bakar yang dibungkus dengan kain... tetapi kawan tidak pasti tahap keberkesanannya...
     
  8. ejoy_burger

    ejoy_burger Marlin Staff Member

    dasat la kamu ni pok dik...
    ilmu pemancingan yang tinggi nih...
     
  9. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    takda la dasat... ilmu sekangkang kambing ja @ separas dada itik....
     
  10. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    KELABAU
    [​IMG]
    MUADZAM SHAH: Nama ikan kelabau mungkin jarang didengar malah tidak pernah siapa tahu tetapi bagi kaki pancing Sungai Rompin dekat sini adalah syurga memancing spesies unik itu.

    Ikan itu boleh membesar sehingga 5 kilogram dan daya tarikannya sungguh kuat serta ganas. Daya juangnya yang tinggi memperlihatkan rentak permainan yang hebat ketika bertarung dengannya.

    Walau pun bentuk badannya besar, ikan ini memiliki mulutnya yang agak kecil. Dietnya ialah lumut dan buah-buahan di tepian sungai. Justeru, penggunaan mata kail kecil adalah tindakan bijak supaya ikan itu mudah menelan umpan.

    Reba kayu adalah tempat tinggal spesis ini. Jadi, jika apabila memancing, sistem seret (drag) mesti dikunci ketat supaya kita dapat menahan asakan mangsa daripada menyusup ke dalam rimbunan reba.

    Satu perkara perlu diperhatikan ialah seboleh-bolehnya jangan sesekali kita gagal menaikkannya atau terlepas semasa pertarungan. Ikan ini sering hidup berkumpulan. Sekali gagal, kumpulan ikan yang lain melarikan diri.

    Gaya kelabau menjamah umpan amat berlainan dengan spesies ikan yang lain. Ini kerana ikan itu pada kebiasaannya memakan umpan secara perlahan iaitu getuan kecil saja tidak seperti spesies lain. Jadi, bersedialah untuk membuat sentapan kuat dan memulakan babak perlawanan.

    Penulis berjaya menumpas kelabau seberat 1 kilogram hasil intipan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Rompin yang mana kita boleh mengesannya jika nampak ikan itu menyambar di permukaan air.
    Faktor air juga penting jika ingin memburunya. Air mesti surut dan tidak keruh.

    Isi ikan ini manis dan enak jika disalai. Selain itu, ia dapat bertahan lebih lama untuk simpanan.

    Taken from berita harian 2007

    [​IMG]
    IKAN KELABAU/HARA/ARA

    Taxonomy Name OSTEOCHILUS MELANOPLEURUS
    Species Name MELANOPLEURUS
    Country MYR
    Phylum CHOR
    Class OSTEICHTHYES
    Order CYPR
    Family CYPRINIDAE
    Genus OSTEOCHILUS
    Water Type Fresh Water
    Reproductive Time 1

    LOCAL NAME
    Local Name ARA
    Local Name HARA
    Local Name KELABAU

    LOCATION
    PERAK, HULU PERAK, CHENDEROH RESERVOIR
    NEGERI SEMBILAN, JELEBU, SUNGAI KENABOI
    PAHANG, PEKAN, PALOH HINAI
    PAHANG, MARAN, LUBUK PAKU
     
  11. summer196

    summer196 Siakap

    thank 4 de info bro.. :)
     
  12. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    [​IMG]



    Temakang,/Kissing gouramy
    Sifat : Bersisik tebal, keras dan diselimuti lendir nipis menjadikan ia lincah
    bergerak menyelamatkan diri daripada pemangsa.

    Pemakanan : Bersifat omnivor iaitu memakan apa saja termasuk anak
    ikan, udang dan serangga.

    Habitat : Ia mendiami kawasan lubuk, kolam, sungai atau paya berair
    tenang. Sesuai menghuni di kawasan pH7 dan keliatan airnya 10.
    Banyak ditemui di kawasan suhu sederhana iaitu 26 darjah celsius dan membesar sehingga 30 sentimeter.

    Sifat : Sejenis ikan pelagik air tawar yang mendiami permukaan air.
    Sifatnya boleh dilihat dengan jelas terutamanya ketika hujan lebat, di
    mana ia kerap timbul ke permukaan air untuk bermain sambil menyambar
    manik-manik hujan.

    Pembiakan : Membiak secara semula jadi.

    Cara menangkap : Ditangkap menggunakan jaring. Ia perlu dipasang terlebih dulu di tengah lombong sebelum hujan. Sebaik hujan, kita boleh lihat ia mula timbul ke permukaan air untuk menangkap manik-manik hujan. Ketika inilah ia akan melanggar dan tersangkut pada jaring semasa mengejar manik-manik yang disangkakan makanan. Juga boleh ditangkap menggunakan pancing menggunakan mata kail bersaiz kecil. Umpan yang sesuai ialah belalang, telur kerengga dan lipas hidup.
     
  13. rossi

    rossi Kih..Kih..Kih..

    WoW...Pok Dik Terima Kasih bebanyak lah ngan info berguna tu...tambah lagi ilmu..... ;D ;D ;D
     
  14. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

  15. wmf8001

    wmf8001 maghi kito pakat g ngail

    banyak maklumat yang diperolehi thanks pok dik.
     
  16. betul tu makin bertambah lah ilmu2 pancing. ;D
     
  17. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Menjadi seorang pemancing yang serius, kita bukan hanya mahir dan faham dgn sesuatu peralatan
    pancingan semata2. Malah kita juga harus mengenali sifat dan tabiat spesis2 ikan yg menjadi buruan
    kita itu. Bagi seorang flyangler sudah semestinya ia memikirkan soal habitat dan persekitaran sesuatu
    lubuk itu termasuklah tabiat dan diet sesuatu ikan yg dikehendakinya. Jadi mengenali sesuatu jenis ikan
    itu adalah satu fakta yg menjadikan faktor utama di dalam sesuatu pancingan yg berjaya.
     
  18. faridnbr

    faridnbr Bilis

    ;D ;D JOM MANCING KT KINABOI JOLOBO
     
  19. harriemaulana

    harriemaulana Ipoh 016.555.5979 010.546.5979

    Alamakk faridnbr... mikerr salah naik bas laa ;D ;D ;D
     
  20. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    [​IMG]
    Biji Durian/Chocolate Gouramy

    [​IMG]
    Temakang,tembakang,patong,kepal/Kissing gouramy
    Sifat : Bersisik tebal, keras dan diselimuti lendir nipis menjadikan ia lincah
    bergerak menyelamatkan diri daripada pemangsa.

    Pemakanan : Bersifat omnivor iaitu memakan apa saja termasuk anak
    ikan, udang dan serangga.

    Habitat : Ia mendiami kawasan lubuk, kolam, sungai atau paya berair
    tenang. Sesuai menghuni di kawasan pH7 dan keliatan airnya 10.
    Banyak ditemui di kawasan suhu sederhana iaitu 26 darjah celsius dan membesar sehingga 30 sentimeter.

    Sifat : Sejenis ikan pelagik air tawar yang mendiami permukaan air.
    Sifatnya boleh dilihat dengan jelas terutamanya ketika hujan lebat, di
    mana ia kerap timbul ke permukaan air untuk bermain sambil menyambar
    manik-manik hujan.

    Pembiakan : Membiak secara semula jadi.

    Cara menangkap : Ditangkap menggunakan jaring. Ia perlu dipasang terlebih dulu di tengah lombong sebelum hujan. Sebaik hujan, kita boleh lihat ia mula timbul ke permukaan air untuk menangkap manik-manik hujan. Ketika inilah ia akan melanggar dan tersangkut pada jaring semasa mengejar manik-manik yang disangkakan makanan. Juga boleh ditangkap menggunakan pancing menggunakan mata kail bersaiz kecil. Umpan yang sesuai ialah belalang, telur kerengga dan lipas hidup.
     

Share This Page