Empat kaki pancing dilaporkan hilang di laut

Discussion in 'Kedai Kopi' started by pancinglama, Feb 24, 2013.

  1. mumbra99

    mumbra99 Bilis

    Nmpk gaya mcm tu la
    Setiap kali blk ktn aku tanya smua kwn2, sedara mara update kes ni
    Famili n member2 rata2 kaki kelaut, tp tkde info
    Mgkin rakan2 yg rapat dgn mangsa ada mklumat tu
    Cuma tk smpi la ke thread ni
     
  2. fisher_crazy

    fisher_crazy Rezeki masing2...layan je!!

    salam takziah
     
  3. lemanspring

    lemanspring Marlin

    Perginya mereka berjumpa Kekasih...Alhamdulillah
     
  4. scot

    scot mencari pengalaman

    senyap tanpa berita...xde sapa2 yg tau apa2 update ke? :-\
     
  5. abee

    abee Rezeki itu dari allah jua

    askm wbr...
    sape2 saudara,waris2 terdekat....cuba cari pak lebai untuk sbhyg hajat dan lebai2 yang ada memakai ilmu mencari org hilang...org tua2 tahu benda cm ni

    insyallah jumpa...kn di laut ada macam2 benda ghaib...berbanding didarat@sg
    wasallam ;D
     
  6. sampansementa

    sampansementa 016-2986077 - kalau nk membangau berjemaah

    ...tali sauh je yg jumpa....mungkin perlanggaran tlh berlaku?...prnh tgok smpan putus dua kene langgar..perghh..akibat tiada lampu sos...
     
  7. is

    is Layan...

    UPDATE TERKINI :

    Dikala saya menulis ini, pihak merin telah berjaya menemui & menaikkan bot dari dasar laut.. sekarang kerja2 ikat bot ke bot merin besar sedang dilakukan untuk ditunda balik kedarat. Perjalanan dari darat ke kawasan kejadian memakan masa 1 jam 15minit.. - semoga segala urusan dipermudahkan ..
     
  8. shahzam

    shahzam mancen jgn x mancen

    semoga dijumpai apa yg dicari.....
     
  9. ATM13

    ATM13 Will gain new knowledge everyday in here

    Alhamdulillah jumpa petunjuk dan bot... semoga jumpa yang lain2 pula amin....
     
  10. scot

    scot mencari pengalaman

    semoga segala urusan Dipermudahkan olehNya.. :)
     
  11. mumbra99

    mumbra99 Bilis

    Harian Metro
    Mutakhir
    Utama
    Setempat
    Rap
    Arena
    APMM siasat bangkai bot ditemui
    Kuantan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan terhadap penemuan bangkai bot di kawasan Terumbu Kuning di perairan Pekan dipercayai dinaiki empat pemancing yang dilaporkan hilang sejak 20 Februari lalu.

    Jurucakap APMM berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan penemuan bot gentian kaca berkenaan daripada polis.
    Menurutnya, unit menyelam akan digerakkan bagi membantu menaikkan bot berkenaan selain cuba mengesan empat mangsa yang hilang. “Operasi berkaitan hanya akan dilakukan selepas mendapat arahan polis, kita hanya bertindak sebagai pembantu selain menyediakan kemudahan kapal dan penyelam.

    “Saya berharap operasi yang akan dijalankan tidak lama lagi menemui kejayaan seterusnya berjaya merungkai misteri kehilangan empat pemancing itu yang ghaib sejak Februari lalu walaupun pelbagai usaha mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan terbabit,” katanya.

    Beliau berkata, dengan pengalaman serta kelengkapan yang ada, operasi menaikkan bangkai bot diharap berjalan lancar terutama ketika keadaan angin kuat dan laut bergelora.

    Harian Metro semalam melaporkan, pada Jumaat lalu, tiga penyelam yang juga rakan kepada mangsa menemui bangkai bot itu di kawasan Terumbu Kuning di perairan Pekan yang terletak kira-kira 27 kilometer dari Kuantan.

    Kawasan penemuan itu tidak terlalu dalam iaitu kira-kira 18 meter selain ada batu karang pelbagai saiz.

    Pemeriksaan penyelam terbabit mendapati ada lubang sebesar botol minuman di bahagian haluan bot selain kerosakan pada atap dan salah satu bilah kipas, manakala enjin bot berkuasa 60 kuasa kuda masih dalam keadaan baik.

    Individu pertama yang menemui bangkai bot itu, Abdul Halim Zainal Abdin dilaporkan berkata, dia yakin mangsa terjun ke laut apabila bot berlabuh di kawasan Terumbu Kuning itu mula dimasuki air.

    Menurutnya, selain peralatan memancing turut ditemui ialah telefon bimbit, kamera dan kunci kereta dipercayai Proton Wira milik seorang daripada mangsa.

    Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapati komen anggota keluarga mangsa gagal kerana mereka didapati tiada di rumah selain tidak menjawab panggilan telefon.

    Kehilangan empat rakan karib, Abdul Karim Zakaria, 41, Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40 dan Rahmat Chik, 51, pada 20 Februari lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana operasi mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi gagal mengesan sebarang petunjuk.
     
  12. AL-FATEHAH BUAT SEMUA ARWAH SEMOGA DI TPTKAN DI KALANGAN MEREKA YG BERIMAN ..AMIN
     
  13. abee

    abee Rezeki itu dari allah jua

    takziah anggota keluarga terlibat....
    al fatihah..
    amin
     
  14. ewak

    ewak Arowana

    err dh kompom ke dorang sume dh meninggal..yg dijumpai cuma bot..bkn mayat ::)
     
  15. ASt - Kulai

    ASt - Kulai Marlin

    takziah juga buat keluarga yg terlibat
    dn Alfatiha...
     
  16. abee

    abee Rezeki itu dari allah jua

    ajal dan maut kita tidak tahu...semua ketentuannya..
    sbg pgjr kpd kita...
    igatkn kwn...skrg zon belah pantai timur skrg dh msk musin tengkujuh....lg belh kuantan & pekan tiada zon belindung dari ribut.
    bahayaaaaa....lg2 kita yg pakai bot fiber ...bot besar lain cerita.....
    abee slalu ke laut belah gebeng,tahu sikit2....tgh cuti mancing laut....tggu tahun depan ;D
     
  17. ibnu batuta

    ibnu batuta Bilis

    moga dipermudahkan segala urusan...
    allahumma amin..
     

Share This Page