Empat kaki pancing dilaporkan hilang di laut

Discussion in 'Kedai Kopi' started by pancinglama, Feb 24, 2013.

  1. khairible

    khairible Marlin

    Bismillahirrahmanirrahim

    Dipetik dari http://www.facebook.com/pages/Majalah-Sirip/115758838499?ref=stream

    TRAGEDI MONSUN - YARD DALAM KENANGAN

    Suasana sedih, pilu, hiba bercampur-baur sesuram musim tengkujuh yang belum reda apabila empat pemancing telah dilaporkan hilang ketika memancing dengan menggunakan bot fiber di perairan Kuantan, Pahang pada 20 Februari yang lalu.

    Tambah memilukan, salah seorang daripada mereka amatlah saya kenali sebagai seorang sahabat yang akrab, juga penulis di dalam majalah ini. Azyyat Rahmat Yaacob atau singkatan namanya - Yard, turut tersenarai antara nama-nama mangsa yang malang itu (yang lainnya ialah Baheruzaman Yusof, Rahmat Chik dan Karim Zakaria). Berita mengejut yang bagaikan halilintar sebaik sahaja diketahui.

    Pada hari kejadian, tiupan angin monsun telah dilaporkan reda. Biasanya nelayan dan pemancing di pantai timur akan menggunakan peluang ini untuk turun ke laut, tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan musibah yang bakal menimpa. Tiupan angin dikatakan kembali kencang pada malam itu membawa ke hari-hari esoknya, namun mereka berempat masih belum pulang ke daratan. Ekoran itu, operasi mencari secara besar-besaran telah dijalankan oleh pelbagai agensi pencari dan penyelamat, termasuk para nelayan dan penggunaan pesawat udara.

    Namun sehingga ruangan ini ditulis, telah genap seminggu kehilangan mereka tanpa gagal dikesan sebarang petunjuk untuk ditafsirkan akan sebab-musabab tragedi itu. Adakah karam dipukul ribut atau bot mereka hanyut akibat kerosakan enjin? Pelbagai spekulasi ditimbulkan dan ia terus menjadi tanda tanya sehingga merunsingkan seluruh isi keluarga dan rakan taulan yang mengenali mereka.

    Berita tentang kehilangan Yard bersama teman-temannya tanpa jasad membuatkan saya juga tidak keruan. Sahabat handai yang lain turut sama berduka. Tidaklah dapat dibayangkan bagaimana pula perasaan ahli keluarga serta anak isteri mereka yang daripada sehari ke sehari mengharapkan berita yang positif diterima daripada pasukan pencari dan penyelamat. Dalam keadaan yang pasrah sambil masih terus berdoa ke hadrat Illahi agar mereka segera ditemui, izinkanlah saya mengenang serba sedikit siapakah penulis atas nama pena Yard ini.

    Yard, diibaratkan sebagai wakil SIRIP di Kuantan sejak sepuluh tahun yang lalu dengan kerap menghidangkan laporan berita memancing di sebelah sana. Beliau juga seorang otai caster bermula daripada kemahsyuran Benteng Kuantan yang terkenal dengan siakapnya. Seorang yang baik agamanya, berbudi pekerti, peramah dan berprinsip. Yard juga aktif dalam forum internet MFN suatu ketika dahulu bersama team PAW (Pahang Anglers World).

    Apa yang membuatkan kami lebih terkilan ialah apabila beliau sendiri pernah diberi penghormatan khas untuk menulis dalam Editorial ini semata-mata untuk menyampaikan belasungkawa terhadap sahabat karibnya, allahyarham Safri Ismail (Rie Cel). Allahyarham Safri telah lemas semasa mengilat sebarau bersama beliau akibat berenang untuk menyelamatkan gewang yang tersangkut di Sg. Lembing kira-kira dua tahun yang lalu (sila rujuk SIRIP Mac 2011), pada tarikh yang hampir sama.

    Masih teringat kata-kata hikmah beliau, “Bagi saya, saat kematian untuk kita semua amat dekat dan akan datang pada bila-bila masa sahaja tetapi cara, tempat dan masa sahaja akan berbeza. Saya berpesan pada diri sendiri dan kepada rakan-rakan memancing semua agar ingatlah sentiasa pada Yang Maha Esa walau di mana jua kita berada dan apa saja perbuatan kita di muka dunia ini. Sebagai hamba-Nya, kita kena seimbangkan pekerjaan kita untuk dunia dan akhirat.”

    Telah ditakdirkan kali ini, beliau pula mengalami nasib yang serupa dan lebih malang, nasib beliau bersama rakannya masih belum diketahui. Kami amat bersedih atas tragedi ini dan memohon agar sama-samalah kita berdoa supaya dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk mereka ditemui, sama ada hidup ataupun sebaliknya...

    - Editor

    * Coretan rasa ini dimuatkan dalam ruangan Editorial SIRIP bulan ini khas buat penulis undangan kami, YARD, yang telah hilang di perairan Kuantan. Kini telah lebih tiga minggu beliau bersama tiga rakannya hilang tanpa sebarang kesan. Pihak SIRIP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka...

    Bismillahirrahmanirrahim

    Ya Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun..
    Sesungguhnya kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri..
    Ampunkanlah segala dosa-dosa kami yang lemah ini..
    Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami..
    Berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami..
    Permudahkanlah segala urusan kami dalam mendambakanMu, ya Allah..."

    "Segala pujaan dan pujian hanya layak bagimu ya Allah, Rabb sekalian alam, Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engkau tidak pernah mengingkari janjiMu ya Allah, Rabb Yang Maha Agung, kumpulkan kembali antara kami dan Azyyat Rahmat Yaacob, ya Allah..

    Segala pujaan dan pujian hanya layak bagimu ya Allah, Rabb sekalian alam, Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engkau tidak pernah mengingkari janjiMu ya Allah, Rabb Yang Maha Agung, kumpulkan kembali antara kami dan Baheruzaman Yusof, ya Allah..

    Segala pujaan dan pujian hanya layak bagimu ya Allah, Rabb sekalian alam, Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engkau tidak pernah mengingkari janjiMu ya Allah, Rabb Yang Maha Agung, kumpulkan kembali antara kami dan Rahmat Chik, ya Allah..

    Segala pujaan dan pujian hanya layak bagimu ya Allah, Rabb sekalian alam, Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engkau tidak pernah mengingkari janjiMu ya Allah, Rabb Yang Maha Agung, kumpulkan kembali antara kami dan Karim Zakaria, ya Allah..

    Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah yang Maha Besar, sesungguhnya kepada Engkau kami akan dikembalikan...
     
  2. barbel

    barbel Tenggiri

    Amin
     
  3. barbel

    barbel Tenggiri

    Amin
     
  4. scot

    scot mencari pengalaman

    amin..semoga dipermudahkan oleh Allah Taala..
     
  5. yuh10

    yuh10 Pelata

    Amin Ya Allah..
     
  6. berudu

    berudu Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka

    Amin2 ya rabbal alamin....
     
  7. Betok76

    Betok76 Marlin

    Amin2 ya rabbal alamin....

    p/s: apa citer dan perkembangan terbaru?
     
  8. ATM13

    ATM13 Will gain new knowledge everyday in here

    Amin yarabbal alamin...
     
  9. scot

    scot mencari pengalaman

    xde apa2 perkembangan ke ye? ???
     
  10. barbel

    barbel Tenggiri

    Tu arr..lame x dgr citer..
     
  11. jalabelanak

    jalabelanak Kuantan Novice Angler - Call me : 012-9533815

    Update terkini.....semalam tali sauh dikatakan milik bot mereka telah dijumpai. Hanya setakat itu maklumat yang diterima, lokasi, masa & lain-lain masih tiada maklumat terperinci. Cuma, isteri2 mereka mohon APMM buka semula kes & jalankan operasi menyelam kerana kemungkinan besar bot mereka karam ke dasar laut. Wallahu'alam....
     
  12. lemanspring

    lemanspring Marlin

    jumpa kat kawasan mana abam jala?
     
  13. jalabelanak

    jalabelanak Kuantan Novice Angler - Call me : 012-9533815

    Hehehe....untuk makluman tuan Leman
     
  14. lemanspring

    lemanspring Marlin

    ok ok...ngak tahu yer.. ;D
     
  15. mumbra99

    mumbra99 Bilis

    Ni berita psl pgm selam di lokasi tali sauh tu, berita sinar harian.

    PGM selam lokasi jumpa tali sauh

    NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN 24 Mac 2013 KUANTAN - Anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) melakukan selaman di lokasi penemuan tali dan sauh dipercayai milik bot empat pemancing yang hilang 18 Februari lalu di kawasan 16 batu nautika dari Kuantan, semalam.

    Bagaimanapun hasil dua kali selaman yang dilakukan anggota terbabit gagal menemui sebarang bukti atau petunjuk lain berhubung misteri kehilangan empat pemancing tersebut.

    Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah 3 Pahang, Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung penemuan tali sauh itu oleh pemancing yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

    Menurutnya, susulan maklumat itu, pihaknya ke lokasi dan melakukan selaman untuk mengesan sama ada terdapat bangkai bot atau sebarang bukti lain.

    “Setakat ini tiada sebarang perkembangan positif berhubung nasib empat pemancing tersebut, bagaimanapun kita akan meneruskan operasi mencari sekiranya ada bukti atau petunjuk baru ,” katanya, semalam.

    Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamatkan empat pemancing terbabit, Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai ‘Karim’ menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan.

    Mereka dikatakan keluar memancing pada petang 18 Februari lalu menaiki bot gentian kaca dari jeti Persatuan Memancing Cenderawasih, di sini, dan terus hilang hingga ke hari ini.
     
  16. Romico

    Romico Tenggiri

    Moga dipermudahkan segala urusan.
    Ada perkembangan terbaru ke???
     
  17. Romico

    Romico Tenggiri

  18. Romico

    Romico Tenggiri

    syukur semua slmt....skali tekong minyak abis...adoi :p :p
     
  19. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    peringatan buat kite semua....
     
  20. koboi_pekan

    koboi_pekan ... Mamingit ...

    Tak ada perkembangan terbaru ke wahai sahabat semua..

    Rasa-rasanya dah masuk 5 bulan dah kes ni..

    Salam Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat...
     

Share This Page