Empat kaki pancing dilaporkan hilang di laut

Discussion in 'Kedai Kopi' started by pancinglama, Feb 24, 2013.

  1. pancinglama

    pancinglama Administrator

    KUANTAN 23 Feb. - Empat lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di perairan negeri ini sejak Rabu lalu.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berlepas dari Jeti Sungai Kuantan di sini, menaiki sebuah bot jenis kaca fiber pada pukul 5 petang.

    Beliau berkata, empat `kaki pancingÂ’ yang dilaporkan hilang itu ialah Baheruzaman Yusof, 40; Ayzzat Rahmat Yaakop, 40; Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi dikenali hanya sebagai Karim yang belum diketahui umarnya.

    "Sehingga kini, empat pemancing terbabit masih gagal ditemui dan polis bersama agensi mencari dan menyelamat lain sedang berusaha mengesan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh polis bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang. - UTUSAN

    © Utusan Melayu (M) Bhd

    =============================================================
    semoga kawan2 kita ni selamat. insyallah.

    utamakan keselamatan dalam setiap aktiviti. pastikan peralatan keselamatan berada didalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. jaket keselamatan, bot/kenderaan, peralatan komunikasi dan lain2 berada didalam keadaan baik. jangan lupa memberitahu kemana kita akan pergi dan bila kita akan pulang kepada orang terdekat . sama2 kita amalkan.
     
  2. nett

    nett nett@gymkhana :-)

    Allahuakbar... mudah mudahan mereka terselamat...
     
  3. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    Xsalah salah seorang tu penulis majalah Sirip(betulkan if saya silap)..

    Moga semuanya selamat ditemui ... InsyaAllah
     
  4. limpzkit

    limpzkit Siakap

    btul...kat fb majalah sirip ada keluar post pasal kes nih....
     
  5. bdboy76

    bdboy76 Marlin

    semoga allah selamat kembali ke sisi keluarga tersayang......
     
  6. t4lang

    t4lang Marlin

    aah....aku ade bace kt wall fb umpan
    mntk2 smue selamaat
    amin
     
  7. mie_ngail

    mie_ngail H/phone No: 013-3728302

    Kawe pn ada baca berita ttg perkara ini...
    Kawe dpt tahu salah seorgnya adalah bro YARD...
    Sama2 lah kita berdoa semoga mereka selamat...Aminnn..
     
  8. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    Insya Allah sama2lah kita doakan semoga mereka semuanya selamat..
     
  9. PewiraSesat

    PewiraSesat Bereh bohhhh

    Innalillah... Moga2 segalanya selamat... :-\
     
  10. jalabelanak

    jalabelanak Kuantan Novice Angler - Call me : 012-9533815

    Rahmat Chik tu kira macam sifu saya & wife dia satu pejabat ngan saya. Tadi kami jemaah Masjid Cenderawasih, Kuantan bersama2 menunaikan solat hajat mohon keselamatan kepada A. Mat dan rakan2nya. Dikhabarkan jam 8 pagi esok, pasukan marin akan mulakan operasi bermula jeti tempat turun (Jeti Cenderawasih, Ktn) menyusur Sg. Kuantan hingga ke laut (dimaklumkan isteri beliau). Mudah2an beliau & rakan2 berada dalam keadaan baik tidak kira hidup atau mati, insya Allah. Ameen.
     
  11. joran huduh

    joran huduh huduh lagi hina tapi mau yg terhebat!

    salm tuan..jalabelanak..
    sekadar ingin tahu..manakah lokasi pancing mereka? boat apa yg mereka guna?
    ..moga-moga selamat diminta..dengan kebesaran ilahi
     
  12. jalabelanak

    jalabelanak Kuantan Novice Angler - Call me : 012-9533815

    Salam tuan, lokasi tepat tak dapat dipastikan....tapi Rahmat & geng ni memang hardcore & berani main jauh2 area perairan Kuantan ni. Bot laju tu katanya besar boleh muat 10 orang, tp diorang ber-4 je. Wallahu'alam, tu je yang dikhabarkan kepada saya oleh isterinya. Rabu petang sebelum turun jeti tu, Rahmat dah pesan kat wife dia, kalau dia balik lambat dari biasa, tak payah heboh2 lagi, tapi kalau dah 5 hari tak balik sedangkan bekalan makanan hanya utk 1 malam...kena report polis la.
     
  13. mie_ngail

    mie_ngail H/phone No: 013-3728302

    Ada apa2 berita terkini x tuan??
     
  14. shereks

    shereks Tenggiri

    semoga semua selamat...insyaAllah...
     
  15. OpsFishOn

    OpsFishOn Jemuduk

    Insyaallah.. semua selamat...
     
  16. Ya betul tu tuan, Ayzzat Rahmat Yaakop @ Yard adalah orang kuat PAW dan Kayakcast Anglers. Kawan dapat update dari Adri sejak dari 3 hari lepas.
     
  17. mie_ngail

    mie_ngail H/phone No: 013-3728302

    Blm ada berita terkini ke?
     
  18. Joe

    Joe Marlin

    Khabarnya salah seorang dari kumpulan tersebut adalah bro Yard yang pernah mengajar Tuan Pancing Lama serta rakan-rakan yang lain dalam demonstrasi fly fishing beberapa tahun yang lepas.
     
  19. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Belum ada berita terkini makna mereka masih hidup ..... InsyaAllah !
     
  20. Yard....bercermin mata...
    [​IMG]
     

Share This Page