Cuba bwat spotcheck sikit..

Discussion in 'Keluarga' started by ilhamasong, Dec 4, 2009.

  1. ilhamasong

    ilhamasong 017-777-3677 Lanun Johor

    asalnye email ni ditujukan utk isteri2 tapi suami2 pun kena berjaga2 gak....
    ada gak isteri2 yg buat pekara dibawah ni...
    so masing2 kena berjaga2... suami isteri....


    Saya dapat tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.

    << So apa la problemnya.. .suami gi kawen, bukan gi buat maksiat. Yang isteri pun susah sangat nak bagi husband kawin lain tu kenapa?>>


    1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

    2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

    3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

    4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua / kekadang siap delete sms takut bini nampak.....

    5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

    6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Tak pandai jaga badan gemuklah kurus sgt lah.... Kalau tak komplen pun, dia masam muka

    7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

    8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

    9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

    10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

    11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

    12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu /terdiam bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

    13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

    14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

    Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

    hehehehe
     
  2. Osean81

    Osean81 Layannnnnssssssssssssss!

    sian kaum hawa...... 8)
     
  3. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    kelu lidah utk berkata2....8)
     
  4. cbrfhurricane

    cbrfhurricane ex bikers

    Aduh ::) ::)
    Cam mana leh tahu nie.
    Nak kena tukar strategi kalau macam ni.
    ;)
     
  5. ilhamasong

    ilhamasong 017-777-3677 Lanun Johor

    tula tuan kawan rasa mmg kena ubah taktik nie .. hehehe
     
  6. cbrfhurricane

    cbrfhurricane ex bikers

    ;D ;D
    Tapi bab yg tersenyum malam tu memang tak tahu macam mana nah ubah.
    Memang tak boleh punyalah. dah nak tersenyum,nak buat macam mana?
    ??? ???
     
  7. ilhamasong

    ilhamasong 017-777-3677 Lanun Johor

    tu angau nama nye..hehehehe
     
  8. Rizal JJ

    Rizal JJ Mancing adalah hobi Keluarga tetap utama

    nasib baik kawan lom terpikir lg nak tambah...
    pinjam ayat Bg aji..
    "Syukor apo yang ado" ;D ;D
     
  9. ilhamasong

    ilhamasong 017-777-3677 Lanun Johor

    uitt.ss kabo angin kata abg aji dah dua... kalau salah tolong betul kan ....
     
  10. Buruh Kasap

    Buruh Kasap Siakap

    ini macam boleh kantoi ni.......
     
  11. sontoyo

    sontoyo Marlin

    nasib baik aku ni jenis kaki mengai bkn kaki pompuan... ;D
     
  12. brader yon

    brader yon fishing is great....till my wife is calling....


    macamana ble sama ngan aku ni Pak Ku................. ;D ;D
     
  13. amin_manong

    amin_manong ate,kome tak ngai ke!!!!!

    manceng ikan lg best dari mancing pempuan ;D ;D ;D
     
  14. zangzone

    zangzone Marlin

    dua org anak ke dua batang joran? ;D ;D
     
  15. manba_nkk

    manba_nkk Arowana


    ;D ;D ;D ;D ;D
     
  16. ras

    ras ras@pancing.net

    hehe......bagus tips ni...sape yang dah ada KDN tu,suruh dia baca artikel ni :p :p ;D ;D ;D ;D
     
  17. pelatung_parit

    pelatung_parit janji ada air.... zazzzz!!!............

    masak kari....
    dahlah kwn ni jenis suka senyum sensorg secara tetiba jeks... lagi-2 time mlm sb;lm tdo.... :D :D :D :D
    (selalunya apabila teringat kisah-2 lampau yg melucukan / bahagia / manis.. dll ) ;D ;D ;D ;D
     
  18. ras

    ras ras@pancing.net

    hehe...tu yang buat kdn curiga.....apa nak buat...dah perangai suka senyum sorang2 ;D ;D
     
  19. jackpotara

    jackpotara Marlin

    setuju bebenor ;D
     
  20. Abe

    Abe Marlin

    hmmm.....kepada kaki kaki pancin sume...tak payah pasang 2 laaa (nasihat nii)

    kalau pasang 2 jual je joran dan kekili yg ada....takkan ada masa lagi untuk mancing...mhuahahaha

    bayangkan je laa...sekarang pun payah nak g mancing (abe senang nak g mancing) nikan dah tambah lagi

    masa cam tu jugak 24 jam 7 hari seminggu...bukannya bertambah masa kalau kawen lagi.....mhuahahhha
     

Share This Page