Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, Perak

Discussion in 'Air Tawar' started by Pak Syed, Feb 17, 2016.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, Perak

    Saya nak tanya maklumat lanjut mengenai resort ni.

    Susulan adik saya yang pulang dari tempat ni membawa pulang beberapa ekor PB saiz boleh tahan (45-55cm),
    teringin nk teroka lubuk ni.

    Banyak info yg sy nak tahu seperti:
    1- Harga memancing sehari?
    2- Harga Bilik Penginapan (View Tasik)?
    3- Ikan yang menghuni dalam tasik tu? Betul ke boleh bawak balik ikan?
    4- Boleh boating ke?
    5- Dok tengok google mcm tak puas, ada gambar hasil berlatar belakang tempat ni?
    6- Boleh ke memancing je taknak menginap?
    7- Lain-lain.

    Sekiranya ada yang sudi memberikan info, amatlah dialu-alukan
    Kalau tak terjah pun, sekurang-kurangnya saya tahu lokasi ni. 8) 8) 8) 8)
     
  2. rizal_p2

    rizal_p2 0134261004

    SEWA HOTEL PE SUMA TUH TEMAN X TAU...TP DULU TEMAN MANCING RM10/ROD/DAY...IKAN LEH HANGKUT BWAK BLIK..HEHEHEHE ;D
     
  3. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Sy ada tengok dalam blog
    Harga untuk satu set pancing = rm30 pagi-petang (Free klu menginap kt situ, cuma xpasti free kesemua atau kawasan tertentu)
    Harga sewa bot = rm50 pagi-petang (3 org)
    Harga sewa kanu = rm50 pagi-petang (2 org)

    Kepada yg pernah terjah ke sini, sila sahkan betul ke tak maklumat di atas
     
  4. cooyard

    cooyard Marlin

    Harga bilik/chalet kalu x silap RM350 :'(
     
  5. cooyard

    cooyard Marlin

    PB jer bleh bawak balik, ikan lain x boleh.
     
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    yeke.
    Pernah try ke kt sini?
    Minggu depan free, teringin nk casting kt sini. pergi balik hari dh ler.
     
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Saya cadang nk try testing casting kt sini.
    InsyaAllah kalau takde apa-apa hal, hari sabtu pagi hingga petang minggu ni.
    Sapa2 nk join? klu xde teman sorang jela pergi, tak kisah (ride dari KL-PERAK)
     
  8. arif

    arif Bilis

    Nnt update ye...
     
  9. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    InsyaAllah
    jika saya berkesempatan ke sana, sy update
    Klu sy tak berkesempatan pun saya akan update
     
  10. arif

    arif Bilis

    Salam tuan rumah, bagi report skit....

    [​IMG]

    [​IMG]

    [​IMG]

    Hasil pada 17-19 Mac....

    Air tasik surut skit, x byk sambaran di Fishing Club. Gewang hard lure/micro lure/softplastic/spoon x layan. Last resort, baling jig ke tengah tasik. Itu pun sekor je yg naik. Dalam 4-5 kali rabut. Sekor haruan juga terlepas ketika pakai froggy di kawasan teratai, tepi tasik.

    Pacu tu dapat waktu senja di chalet, lepas penat casting. Nasib baik org sebelah inform, kalau x jadi tukun joran tu sbb mmg tinggal camtu je. Memang hebat tarikan dia tp pakai set 'medium heavy', dlm 5 min dpt naik. Maaf x bwk penimbang, x tau berat.

    Sekian.
     
  11. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    wah, menarik ni.
    Terima kasih kerana info ;)
     
  12. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    UPDATE 17.4.2016

    Teknik fly pemalas juga terbukti berkesan dalam tasik ClearWater Sanctuary Golf Resort Batu Gajah Perak.
    Adik juga menyertai Battle of PB di sini.
    Malah adik yang menguji di situ juga banyak menaikkan hasil dan merangkul hadiah.
    PB paling panjang cuma 41cm tetapi dapat paling banyak PB dalam pertandingan tu.
    (Maaf, gambar hasil beliau tak ambil da)

    [​IMG]
    adik (berbaju procaster) menerima hadiah
     
    Last edited: Jan 18, 2017
  13. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    InsyaAllah esok saya akan ke CWS.
    Boleh sarankan umpan terbaik untuk ikan patin/pacu/rohu/dll? (mancing malam)
     
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Alhamdulillah. Dh try kt sini sabtu dan ahad lepas.
    Lokasi dlm kawasan house club je, malas pulak nk jalan jauh.
    Malam pulak sekadar dari beranda je.

    Dari segi umpan pulak mcm2 guna. Anak Lampam, Cengkerik, Roti, Roti perap kelapa parut, Cacing, Katak dan hati ayam.
    Umpan yg berkesan untuk PB hanyalah Fly buatan saya sendiri. Lure lain ada jgk sambaran tapi sangat kurang dan misscall je.
    Fly pun kadang2 galak, kadang2 krik krik zzzzzzz...........

    Manakala umpan untuk ikan patung semuanya dia sapu.
    Kaloi pun ada, patin pun ada tapi pandai tahap master ikan2 tu, xnk makan umpan yg ada matakail.

    Hasil : PB saiz 30-34cm (10 ekor je)
    Patung tak terkira banyak.

    Gambar ada sekeping je, klu ada mood nnti sy upload.
     

Share This Page