Bila Pak Syed turun padang........

Discussion in 'Hasil pancingan anda.' started by Pak Syed, Mar 16, 2015.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Ada beb, Kolam Fish Valley Semenyih.
    Gambar masa bulan puasa haritu, kt sungai belakang kolam pinggiran putra pun ado.
    Pengeras Umpan Baung a.k.a. TAPA
     
    kopytiam likes this.
  2. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Tapa tu yg tak tahan . . . Baunya OMG
     
  3. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    eleh..mcm tak biasa pegang tapa.hehe
     
  4. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Hahaha klu boleh I lebih suka ganti tapa gn umpan lain seperti ank udang, pernah gak naik baung gn roti
     
  5. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Lama tak update status sendiri. Yela, sekali sekala turun casting, dh tak mcm dulu dah.
    Ada 2 gambor yg nk diceritakan.

    [​IMG]
    Gambar 1.
    Tarikh: 15 Nov 2016, 6ptg
    Sebarau setengah kilo
    Lokasi: Kolam Tadahan Jenderam
    Kekili: Cap Ayam 2000 (TomCat rasanye)
    Joran: Daiwa Megaforce Ultralight 2-6lbs
    Tali: Kirin 6lbs
    Lure: Fly Yellow Green D.I.Y. no.8
    [​IMG]

    [​IMG]
    Gambar 2.
    Tarikh: 19 Nov 2016, 2ptg
    Siakap 2.1kg
    Lokasi: Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau, Perak
    Teknik: Jala Belakang kedai!!!!!

    [​IMG]
    pinjam hasil jala sepupu je, tokey kedai mee udang parit 30
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  6. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Huhhhhh terbaik tuan pak syed
     
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    FAMILY SLOW JIGGING TRIP

    Tarikh: 28 Oktober 2017 (Sabtu)
    Lokasi: Pulau Sembilan
    Ahli: Saya, Angah, Adik dan Abah (Family)
    Tekong: Rapi


    Lama tak buat report, walaupun agak sibuk disamping sudah berkeluarga, malah internet ofis juga terhad. Sempat la jugak turun jigging kat pulau sembilan nak cari lauk.

    Termasuk kali ni dah kali ke-4 jigging dengan Tekong Rapi. Jigging kali ni lebih kepada santai je, slow jigging. Spesis sasaran adalah Kerapu Manis saiz hidangan.
    Trip yg lalu, kami berhasil memperolehi kerapu.

    [​IMG]
    hasil trip yg lepas

    Kali ni kami target hasil seperti sebelumnya.

    Seperti biasa, pukul 7.30pg dh terpacak kt tepi bot, dan terus ke lokasi jigging pertama.
    Ketiadaan arus menyebabkan ikan kurang aktif, cuma adik je dapat sekor kerapu 'A' saiz 1kg.

    [​IMG]
    Lokasi pertama: naik sekor je

    Kemudian, arus mula menunjukkan pergerakan, maka naikla dalam 6 ekor kerapu 'low class' dan 2 ekor kerapu manis.
    Lepas tu, adik sekali lagi memecah kebuntuan dengan jenahak pertama berskala 2kg.

    [​IMG]
    Adik dengan jenahak 2kg.

    Lepas dapat jenahak tu, adik dapat lagi 2 ekor yg sama saiz.

    bersambung............
     
    Last edited: Nov 22, 2017
  8. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    sambungan................

    Lepas adik naik jenahak tu, abah pulak strike jenahak 4kg. Angah pun naik saiz yg sama.

    [​IMG]
    Abah dengan jenahak 4kg

    [​IMG]
    Angah turut menggasak jenahak yang menelan jig volante pink 80g

    Saya masih belum menerima strike melainkan kerapu 'low class' 2 ekor. Tengah hari tu, tekong ajak rehat kt pulau.

    Lepas rehat, makan, mandi laut. Pukul 3 ptg, kami sambung semula aktiviti jigging.
    Adik jugak la yg memulakan strike petang tu dengan GT saiz boleh tahan.

    [​IMG]
    Adik dengan GT saiz 3kg.


    Yang menghangatkan suasana, asyik adik je yg strike, lepas dia, dia, dia, dia............. sampai malas nk ambil gambar dia. hihi......
    Part paling best, talang remaja tu dinaikkan kurang 5 saat!!!!! Mana taknye, talang tu sambar masa jig dh atas air dh, talang tu sambar, sentap terus lambung ke udara dan landing atas bot!!!

    [​IMG]
    Talang remaja...... 2 ekor lagi.

    Semasa last kopek punya hanyutan, kini giliran hero pulak kena gasak. Saya memperoleh sambaran Jenahak anggaran saiz 5kg.

    [​IMG]
    Alhamdulillah, rezeki datang jugak akhirnya. Jenahak idamanku....

    [​IMG]

    Selepas itu, kami terpaksa menamatkan trip kerana hari sudah nk gelap.

    Hasil keseluruhan
    * Alu-Alu saiz 5kg = seekor
    * GT saiz 3kg = seekor
    * Gerut-Gerut saiz 1kg = seekor
    * Baji saiz 200g = seekor
    * Talang saiz 2kg = 2 ekor
    * Jenahak saiz 2-5kg = 6 ekor
    * Kerapu pelbagai spesis saiz 200g - 1kg = 22 ekor
    JUMLAH = 34 ekor.

    [​IMG]
    Harap maaf, gambar kurang cantik. Dalam gelap la katakan.


    Hasil yg diinginkan iaitu kerapu manis kurang. Lain yg diburu, lain pulak yg naik. Itulah dikatakan rezeki pemberian Ilahi.
    Alhamdulillah....

    Sekian...
     
    Last edited: Nov 22, 2017
  9. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Huhhh terbaik pak syed, Tahniah
    Dh laaaaaaaaaama tak masuk pnet, nasibaik jumpa jln tadi, hihi
     

Share This Page