Bila Pak Syed turun padang........

Discussion in 'Hasil pancingan anda.' started by Pak Syed, Mar 16, 2015.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Sabtu, 5 Disember
    Lewat Petang

    Testing mesin Ryojin 4000
    klu diikutkan nak test kt kolam, nak tengok kekuatan drag
    Tapi petang tu boring pulak duduk rumah, lalu bawakla 'jin' ni berjumpa dengan PB

    Lalu impian 'jin' tercapai juga, dapat la 10 ekor PB, paling besar saiz 32cm je
    Tahu2 je nak test kekuatan drag, PB 32cm tu melawan mcm 50cm punya saiz!!!
    [​IMG]
    [​IMG]
    PB saiz 32cm tapi yg ni kuat melawan
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  2. eizam

    eizam Marlin

    jgn lupa masukkan video pertarungan....kekkekee
     
  3. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Ini videonya
    tp klu tak kluar, klik la kt bawah ni

    https://www.youtube.com/watch?v=-A87uEva_9s
     
  4. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

    Fuyyyooooo...best ni...
    Bila nak gi lagi.. ;D
     
  5. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Kuda hitam baru je jual semalam, kena beli beskal jela klu nk pergi port ni
    Nampak gayanya tahun depan ler baru boleh main PB
    :'( :'( :'( :'(
     
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Nk mintak tolong
    Saya tengah cari lagi seorang untuk join saya dlm trip ni

    PANCING SANTAI DI PORT KLANG (MUARA)
    3/1/2016 (AHAD)
    KOS BOT RM350 (tengah runding nk kurangkan harga kpd rm300)
    KOS TERMASUK UMPAN PUMPUN, SARAPAN PAGI, TEKONG
    KAPASITI 3 PEMANCING JE (RM350/3PEMANCING)
    SETUP PANCING BIASA2 JE

    Kalau nak info lanjut, whatsapp saya

    (malas nk buat dalam ruangan surat jemputan, sorang je pon)
     
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    TARIKH: 26 - 30 DISEMBER 2015
    MASA: AWAL PAGI DAN LEWAT PETANG
    LOKASI: 1. TASIK PUTRA KULIM
    2. SHAHAB PERDANA
    3. LOMBONG BERHAMPIRAN KUALA NERANG
    4. SUNGAI PEKAN KUALA NERANG

    Cuti utk melawat saudara sekitar kedah, ada masa terluang je, selitkan dgn aktiviti memancing.
    Mula2 teringat nk casting je di semua lubuk, tapi kumpau da, lalu tukar kepada teknik pancing buluh (pole).

    1. Tasik Putra Kulim
    Beli la joran pole 2.7 meter kat TCE Tackle Kulim sbb TCE Tackle ada buat sale. Beli je terus testing kt Tasik Putra Kulim.
    Dapatla anak2 ikan tilapia dan kerapu lombong. bagi kt uncle sebelah. Katanya nk bela dan jual. Sejam je kt sini. lepas tu boring asyik ikan ni je yg naik, apa lagi terus balik. Gambar xde sbb tak sesuai.

    2. Shahab Perdana
    Lepas asar terus memecut dari kuala nerang ke shahab perdana utk memancing haruan. Sampai2 je air rendah sangat, haruan saiz sejari memang banyak. Sekor dua je saiz boleh tahan menyambar umpan, itupun xlekat. Result = KUMPAU!! Ingat nk guna pole, tapi xsempat. kena memecut balik ke kuala nerang pulak.

    3. Lombong berhampiran Kuala Nerang
    Lombong yang tersorok ni diketahui setelah adik ipar dedahkan lokasinya. Mengancam dan sunyi. Ikan sebarau, toman dan haruan memang banyak cuma jarang nak sambar lure. Petang tu saya tumpang casting disebelah otai pancing haruan. Guna top water, spoon, deep lure, jig semua tak layan. Last2 pakcik sebelah guna umpan katak utk pancing haruan terkena toman. Terkedu jugak saya sebab set dah kasar, tali keluar non-stop, last2 lucut. Baru terfikir berapa besar toman tu, ada sorang caster terkena toman. Katanya guna megabass, baling je terus sambut. Tapi kesudahannya putus. :'( :'( :'( Dahsyat betul tarikan toman ni. Saya main toman dulu pun pakai 6lb je naik jgk toman saiz 3-4kg, dalam kes ni tali 25lb lost control!!!!! Result = KUMPAU !!!!!!! Azan maghrib terus balik rumah

    4. Sungai Pekan Kuala Nerang
    Pagi dan petang saya memancing kt sini cuma sepenuhnya teknik pole. berumpankan roti dan matakail kecik utk pancing lampam. Kebetulan saya guna set joran pole utk udang punya, seronok dan layan sbb tarikan lampam kt sini ganas beb!!. Pagi tu boleh lebih 40 ekor pelbagai saiz. Dalam banyak-banyak ikan yg saya dapat, ikan seluang gajah yg paling menarik minat saya. Mula2 naik saiz yg kasar anggaran 40cm!!!! (Lupa nk ambik gambar) Kuat betul tarikan sampai nk terlepas genggaman joran. Lepas tu dh xdpt saiz monter. naik saiz 15-25cm je. Lepas puas memancing malam tu saya terbang balik ke KL
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    [​IMG]

    Sekian.
    (maaf, terpaksa membaca daripada tengok hasil pancingan saya, ;D ;D ;D ;D )
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  8. kakapitam

    kakapitam 0129457625

    ;D ;D ;D ;D ;D ;D
     
  9. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Terbaik punya cuti
     
  10. eizam

    eizam Marlin

    mancing kat shahab perdana??.

    kat tepi masjid tempat zam slalu pergi dulu ka??..
     
  11. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Bukan kat situ, ni kat area depan sekolah agama sampai simpang ke kangar, parit tepi klinik.
    Masa jentera dok tuai padi, meletup2 haruan dalam sawah.
    Paras air kat buku lali je (tak termasuk selut)
    Skrg ni kalau nak pi meruan, kena tau musim tuai padi.
    Ataupun otai2 ruan boleh jawab musim meruan yg ideal
     
  12. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Hasil PB ahad lepas dengan menggunakan teknik spinfly, memang ternyata berhasil setanding dgn mat-mat bottom umpan udang.
    Ingatkan PB dah makin pupus sbb sebelum ni hasil sangat kurang memuaskan.
    Rupa-rupanya PB masih banyak (kalau kena dengan teknik dan masa)

    [​IMG]
    [​IMG]
    Hanya saiz 30cm ke atas sahaja dibawak pulang, yg kecik2 semua CNR balik.
    Ambil sebab ada permintaan peminat makanan ikan PB, sedap jgk isi PB ni.

    Setup peralatan pancing pun saya pertingkatkan (sebab asyik dilarikan PB besar ke reba bawah tumbuhan!!!!)

    Joran: Bossna Baitmaster 12-20lbs
    Tali: Sufix Braided 20lbs
    Kekili: Shimano Twinpower 1000
    Leader: Tomman 20lbs
    Matakail: 1/0 Chinu (Cap Ayam)
    Ladung: Hidup nombor 3
    Bulu Fly: Sabpolo warna kuning
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  13. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    wow Tahniah master PS
    dh selalu dgr orang kata spinfly memang killer

    errr ni portnya katne wei
     
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    errr.... sekarang ni kumpau balik, umpan udang pulak laju.
    1. Port randuk air area pulau (depan kolam orang)
    2. Port laluan lembu sebelah kanan (randuk ke pulau jgk)
     
  15. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    MEMANCING DI KOLAM SEKSYEN 24

    TARIKH: 20 Mac 2016 (Ahad)
    MASA : 8 pagi - 4 ptg
    LOKASI : Kolam Memancing Seksyen 24


    Setup yang digunakan

    Joran : Bossna Baitmaster PE 1-2.5
    Kekili : Ryojin 4000
    Tali : Kirin Braided Orange 30lbs
    Leader: 80lbs Sufix
    Matakail: Berkeley Chinu no.12
    Teknik: Spring + Pelampung, Spring bottom, Bottom biasa 2 mata, Pelampung biasa 1 mata.
    Umpan: Pellet 6363 + perah + pandan + santan + keropok
    Roti + pandan
    lampam hidup (terima kasih adik sebelah supply lampam hidup)


    Saya bersama adik bercadang hendak menguji umpan bancuhan sendiri, joran kongsi bergilir-gilir.
    maklumla baru nak belajar cara nak bancuh umpan
    Saya tengok internet mcm senang, bila buat rasa kekok pulak, hantam sajalah labu........

    Sebelum bertolak ke kolam, bancuh umpan dulu. Belasah jela ramuan...
    Sebaik tiba dilokasi kejadian, terus testing umpan.

    Nak dijadikan cerita,
    pertama kali melabuhkan umpan spring bottom dah ada yg sentuh dan rembat tapi rabut
    kali kedua pulak entah mcm mn boleh sangkut, entahlah reba apa dlm kolam tu.
    Maka lesaplah spring yang pertama, tinggallah spring yg terakhir

    Taknak sangkut lagi, kami beralih tempat dan menggunakan teknik spring pelampung pulak.
    lama jgk tunggu sblm tukar ke bottom spring balik, asyik pelampung hanyut je.
    lepas tu tunggu lg, asyik tengok org sebelah tarik ikan, tiba2 mesin menjerit
    Suspek utama Patin Chao Phraya menurut abg otai kt sebelah, laju larian patin siam ni
    Niat nk bg adik yg tarik, baru nak serah dah putus.
    Kami mcm dh putus harapan sbb itulah spring yg terakhir.
    [​IMG]
    [​IMG]
    tarik punya tarik putus jgk

    Akhirnya 2 jam selepas itu, kami yg dh keboringan asyik tengok org lain tarik mekong 20kg dgn double hookup aligator gar 22kg.
    [​IMG]
    [​IMG]
    Aligator Gar 22kg, sekor lg lebih besar tak sempat nk timbang dh terlepas akibat rontaan atas darat
    [​IMG]
    [​IMG]
    Patin Mekong 20kg

    Kami ambil keputusan utk memancing toman, sbb banyak toman timbul kt kincir air.
    Kebetulan pulak ada adik kecik yg comel mancing ikan lampam dan terus bg hasil kt kami.

    Kami bertukar kepada teknik pelampung umpan lampam.
    Sekejap je pelampung tenggelam, toman dh makan umpan. Starting power, lepas tu follow je.
    Adik tarik sampai ketepi, entah mcm mn terlucut pulak. Toman anggaran 7kg lebih.

    Cuba lagi, dlm 5 minit pelampung tenggelam dan tali laju keluar. Bila sentap terlucut lagi.
    Bila diperiksa drag terlalu longgar.

    Cuba lagi, dlm 5 minit jgk, mcm kejadian yg sebelum ni tapi kali ni drag sudah diketatkan.
    Pada mulanya kami ingat ikan toman besar tapi larian nonstop membuatkan kami terpegun.
    Bergilir-gilir melayan akhirnya naik jgk ikannya yg merupakan Patin Chao Phraya anggaran 8kg lebih
    [​IMG]
    [​IMG]
    Patin Chao Phraya anggaran 8kg lebih

    Lepas tu hati dh seronok dan jam menunjukkan pukul 3.30ptg.
    Baru siap nk kemas, adik sebelah hantar lampam lagi. Adik saya pulak menyampuk "kali ni last kopek, lepas tu kita balik"
    Saya pulak dh lama tak tarik toman. Maka kami sambung balik dan last kopek.

    Kebetulan lontaran umpan tepat atas kumpulan toman, terus umpan dimakan.
    Tarik terus je, xde layan2. Tak sampai seminit naik toman ni, 5kg jgk la.
    [​IMG]
    [​IMG]
    Toman anggaran 5kg

    Lepas tu kami pulang dgn hati yg tenang, maklumla first time dan masih belajar mancing kolam berbanding org lain.
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  16. terubuk

    terubuk Tenggiri

    Perrghh.... Mantap tuuu....
    Tahniah
     
  17. Zass

    Zass Marlin

    woooow..rare tu pak syed....patin chao praya tu spesis monster beb :eek:
     
  18. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    UPDATE Status

    Lokasi: Kolam Seksyen 24 Shah Alam
    Kekili: Rodford Ryojin 4000
    Joran: Bossna Baitmaster PE 1-2.5
    Tali: Kirin Braided 25lbs
    Umpan: Lampam hidup

    Lama xmasuk rumah sendiri, hasil ni pun sebelum puasa.
    Niat nak try Set Ringan 6-14lbs, tapi apakan daya mesin xdapat berfungsi dengan baik pada lontara pertama.
    Terpaksa guna set jigging jgk. huhu....

    Ni gambornyer
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    [​IMG]

    Dapat banyak spesis ni sebenarnya, tapi ini je gambor yg ada dan ini jugak yg paling besor.
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  19. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Di Suatu Tempat Yang Tidak Asing.....
    Hasil Yang Boleh Dikatakan Agak Lumayan......
    Tetapi Wajib Membayar Sedikit Pengeras........
    Barulah Menuai Hasil Yang Sempoi.......
    [​IMG]
    [​IMG]
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  20. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Tuan Pak Syed, kolam byr ada baung ke wei ?
     

Share This Page