Bila Pak Syed turun padang........

Discussion in 'Hasil pancingan anda.' started by Pak Syed, Mar 16, 2015.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    17 MEI 2015 (Ahad)
    Waktu: Petang
    Lokasi: Lombong Dengkil

    Memandangkan lokasi menggasak haruan telah teruk dikerjakan mesin pengorek, maka beralih pulak ke dengkil. Bila dah sampai tu, terus cast. Cuma curut yg banyak buat misscall. Lalu tukar kepada mini popper 3cm kompom kena. 10 ekor curut naik dan selamat cnr kembali, semua saiz baby (2 jari :'( :'() melainkan sekor boleh tahan tapi masih lagi kategori curut.
    [​IMG]
    [​IMG]
    Ini yg paling besor
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  2. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Aduh, hasil upload gambor jadi besor gini ha
    Mcm mn nk kecikkan gambor ni ye?
     
  3. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

  4. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    [​IMG]
    [​IMG]
    Ambil kesempatan melawat kawasan sekitar Kota Belud
    Terpandang Giant tenggiri (dlm gambar nampak kecik, tp realiti nampak besar)
    Marlin pun ada, wahoo pun ada
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  5. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    TARIKH: 7 JUN 2015 (AHAD)
    MASA: 7pg - 9pg
    SET PANCING: Ultra Light 6lb

    Abah ajak balik kampong utk ziarah saudara.
    Kali ni kt Kg Pasir Panjang, Manjong, Perak.
    Alang2 dh sampai, niat nk casting bapak belukang.
    Port2 memancing memang banyak kt sini tp letih drive punya pasal, main area belakang rumah jela
    Belukang yg dicari xmuncul2, dh mcm2 lure pun xmenjadi.

    Lalu bertukar kepada casting kulit ayam (sbb kulit ayam bersepah kt tepi pintu air + busuk!!!)
    kot2 la ada bapak belukang yg sudi.
    Lain yg dicari lain pulak yg kena, 3 ekor silver ni yg sambor.
    Selamat CNR sbb cinonet
    [​IMG]
    [​IMG]
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    [​IMG]
    [​IMG]
    Merah 1kg
    Joran : daiwa megaforce 2-6lb
    Reel: shimano slade 1000fb
    Tali: ichiban 10lb
    Lure: abu garcia 5cm
    Lokasi: kolam jugra
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  7. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Trip mengejut ke Wetland Putrajaya

    Tarikh: 8 Ogos 2015 (Sabtu)
    Waktu: Pagi - Tengah hari
    Ahlul: Berdua bersama member, Mamat Abah

    Trip ni khusus untuk jumpa member yg lama xjumpa
    Sebelum memboating, kami warming up dulu main landbase casting
    Beliau pun baru berjinak dgn aktiviti casting, so kita pun ajarla serba sedikit mana yg kita tahu
    (Saya pun nubis casting jgk, hihi....)

    Baru nak tunjuk cara mainkan popper dah kena sambar.
    Mula2 ingat toman sbb nampak kelibat toman main area tepi, tarik punya tarik rupa-rupanya ...........

    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    Sebarau 1.2kg
    Joran: Daiwa D-Shock 6-14lb
    Reel: Daiwa Crest 3000
    Tali: Kirin 20lb
    Lure: Popper Starlit 11g

    Tak sangka dia nak makan popper yg dikhaskan utk toman, popper pun bersaiz agak besar.
    Dh bawak set khas utk sebarau (ultralight) tapi xnk menyambor pulak.

    Semangat membara bila member ajak naik bot utk kejar boiling kt tengah.
    Macam2 teknik guna. Blind cast, trolling, rasuah roti, soft plastic dan mcm2 lagi semua mcm xde harapan.
    Sampai saya pun penat, padahal baru 2 jam !!!!!

    30 minit terakhir sebelum bot kena balik ke darat, kami pun sepakat nk trolling.
    Ada pulak yg nk menyambor tapi asyik misscall je. Kami sangka lampam punya kerja sbb bila baling roti kompom dia yg makan.
    Kami teruskan trolling area sambaran. Dlm banyak2 misscall akhirnya kena jugak strike dari member.
    Alat pancing serba baru sudah hanyir!!!! Bonus yg kami inginkan sebenarnya, baung walaupun curut.

    [​IMG]
    [​IMG]
    Baung 400g je
    Joran: Tsuri Jiggu
    Reel: Shimano FX 1000
    Tali: Berkeley Triline 10lb
    Lure: Cap Ayam Jenis Selaman


    Lepas tu kami kena balik pulak sbb masa yg diperuntukkan telah tamat.

    Kami akan kembali !!!!!!
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  8. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Lewat petang semalam terus pergi ke Lombong Jenderam, dikhabarkan ada sorang member dapat toman bujang
    Lalu saya testing popper starlit yg sehari sebelumnya telah menghasilkan sebarau.

    Baling2 dikejar sekor pikok ni tapi pikok tu stop betul2 depan saya.
    Lepas tu main2 kejar stop kejar stop, xnak sambor. Saya beranggapan pikok xleh sambar popper besar.
    Last baling utk nak tukar port, terus pikok tu sambar dan kena. Naik jugak dia ni walaupun xla besar mana.
    [​IMG]
    [​IMG]
    Peacock Bass 800g
    Lokasi: Kolam Tadahan Jenderam
    Kekili: Daiwa Crest 3000
    Joran: Daiwa D-Shock 6-14lb
    Tali: Kirin 20lb
    Gewang: Popper Starlit 11g
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  9. jat

    jat :Pt Klang - Psir Mas:

  10. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Bulan Sepang

    Tarikh: 24/10/2015 (Sabtu)
    Masa: pagi je
    Lokasi: Pintu air Pekan Sepang
    Teknik: Casting, spinfly, pelampung umpan seluang
    Kekili: Cap ayam 500 (jenis murah punyer, xingat brand apa)
    Joran: Daiwa Megaforce Ultralight 2-6lb
    Tali: Mustad 10lbs mono
    Perambut: Mustad 10lbs mono
    Gewang: Cultiva Crank mini, heddon zarra puppy, fly handmade, mini popper.
    Umpan backup: 12 ekor seluang (dh k.o.)


    Sebenarnya target utama ialah siakap, tetapi bila sampai di lokasi, xnampak pulak kelibat belanak 'terbang' melarikan diri dari pemangsa seperti kebiasaan. Yang ada sekumpulan tilapia 'terbang' dihambat bulan. Bulan pun bulan la, saiz besar pulak tu.

    Lalu saya pun try test casting. Satu per satu gewang dicuba, tetapi sambaran kurang memuaskan. Ada jugak sambaran tetapi sambaran langsung tak kena matakail gewang. Lalu bertukar kaedah pelampung pulak. Saiz matakail yg sekecil saiz 4, lalu saya gagah jugak cangkuk kt kepala seluang mati. Lontar kt tempat bulan timbul. Sekejap je pelampung tenggelam. Saya terus sembat dan tussss..... terus putus perambut.

    Ikat matakail baru dan perambut baru dan terus lontar kt tempat tadi. Kali ni pelampung tenggelam lagi tapi saya biar dlm kiraan 10 baru sembat slow, takut putus lagi. kali ni baru mengena, lompatan sangat menakjubkan dan layanan mengasyikkan lalu menghadiahkan seekor bulan saiz boleh tahan, first time kena bulan saiz sebesar ni.
    [​IMG]
    [​IMG]
    kalau kena kt gewang lg best, beza cultiva crank dgn ikan

    Semangat nk dapat yg lebih besar semakin membara, terus cuba lagi. Kali ni lucut pulak.

    Cuba lagi, putus pulak.

    Dan cuba lagi, swivel pulak lurus!!!! (pakai swivel cap ayam, kompom lurus)

    Lepas tu dah tiada boiling bulan.

    Alhamdulillah, rezeki ikan bulan walaupun sekor tetap puas.
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    [​IMG]
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  11. loque50350

    loque50350 Bilis

    Kasar jugak saiz bulan tu.......dah jumpa port bulan kasar ni.......boleh la komplot hehe
     
  12. eizam

    eizam Marlin

    lain kali ajak zam bila nk ke port bulan..dah lama x membulannnnn nie..
     
  13. cendawan

    cendawan komplot nilai

    port pintu air sepang tu kat mana tt?
     
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Dekat je pintu air tu
    dari simpang 3 pekan sepang, ambil laluan menghala ke sg pelek @ bagan lalang.
    dlm 1kilometer, ada 1 lorong kecik sebelah kiri, ambik lorong tu dan lalu titi dan belok kiri lagi lalu jalan tanah merah sampai jumpa pintu air.

    Ni koordinat google maps.
    2.682681, 101.747930
     
  15. loque50350

    loque50350 Bilis

    Bila lagi nak pegi tuan? klu ahad ni pegi lagi saya nak join......syok layan klu dpt saiz kasar cmtu.....klu nak stok fly....saya boleh kasi free tiga empat ketul.....
     
  16. eizam

    eizam Marlin

    tarpon.. main pakai micro jig atau pun bulu.... cun...


    kaki micro SP pun ..best... UL..karennn
     
  17. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Kena pandai baca pasang surut air. Waktu dapat ikan bulan tu waktu air mati dan paras air rendah.
    Ahad petang boleh try tapi saya hanya free waktu pagi je (tu pun main PB kt lombong jenderam)
     
  18. loque50350

    loque50350 Bilis

    klu arus air deras sikit mgkin lagi galak bulan menyambar......ni pun ikut pemerhatian n sembang2 kat forum sblum ni..
    saya mmg cdg nak turun pagi ahad, tu pun klu ada mmber.....klu sorg x berani nk pg tempat org n sbb situ sunyi n jauh dr mainroad....saya sblum ni pernah cuba kat situ sorg tp skejap je, pasalnya tgh2 kasting dlm 15min....dtg dua org naik moto.....berhenti n berjalan ke arah saya......berckap sesame dorg....dlm hati saya, ni nak kene pau ke nihh.......rupanya nk tnya ada ikan ke kat situ.........saya pun ckp taktau sbb xdpt hasil......itulah flashback dr saya :p
     
  19. cendawan

    cendawan komplot nilai

    siap dgn koordinat..t.k pak syed ;D
     
  20. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    [​IMG]

    Hihi.....
    akan datang
    tunggu......... 8)
    (pc den ni gambor xkluor la pulak)

    https://www.google.com/search?q=ryojin+4000&biw=1600&bih=775&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwi-q-TthKvJAhWDBI4KHX_2CxIQ_AUIBygC#imgrc=x4NyTpFV3FX5zM%3A
     

Share This Page