Bila Pak Syed turun padang........

Discussion in 'Hasil pancingan anda.' started by Pak Syed, Mar 16, 2015.

  1. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Assalamualaikum dan Salam Pancing semua

    Disini saya ingin kongsikan beberapa hasil pancingan sepanjang menceburi aktiviti memancing
    Cuma kali ni saya mula kongsi bersama anda bermula bulan Mac (sbb yg lain dah ada dlm pnet ;))

    Walaupun sekarang ni komitmen dengan family diutamakan, tetapi bolehla turun memancing sekali sekala.

    OK. Untuk permulaan ni

    Pada 14 Mac 2015 (Sabtu)

    Saya bersama kdn dan anak bawak jalan-jalan sekitar jugra, banting, kelanang.
    Lalu teringat satu kolam yang agak terkenal tapi lupa pulak nama kolam tu

    Pertama kali sampai rasa mcm best tempat memancing, setiap kolam ikut speseis ikan.
    Niat nak tengok hasil pemancing lain je tapi sekali teracun la pulak.
    Kebetulan bawak set casting haruan lalu bagitau kt kdn "nak ikan apa?"
    Lalu dia teringin nak ikan jenahak

    Lalu saya terfikir nak pakai umpan apa, masa tula ternampak jig sealand 7g terselit dlm softfrog
    "Bila masa aku letak jig dlm set haruan?"
    Aku testing pakai jig dlm kolam jenahak.

    Baru 5 kali jig dah strike tapi lucut. Dalam hati "best jugak tarikan jenahak ni"
    lepas tu 2 kali baling terus strike. Lebih 5 minit layan, naik sekor jenahak ni.

    [​IMG]
    [​IMG]
    Jenahak 1.3kg
    Joran: Daiwa D-Shock 6-14lb
    Kekili: Daiwa Sweepfire 2500
    Tali: Sealand Powermax 15lb
    Jig: Sealand 7g black silver


    Lepas tu timbang, siang, bayar dan terus balik.
    Sedap jugak makan ikan jenahak fresh walaupun jenahak kolam.
    Tapi $$$$ pun banyak jugak la.
     
    Last edited: Apr 16, 2018
  2. gero5217

    gero5217 name:azrul panggil jer gero

    ;D...duk kl selangor lagi ;D
     
  3. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    terrrrbaik...
    tahniah Pak Syed ;)
     
  4. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Gero
    nak buat camner, xdapat tukar lagi :'( :'( :'(

    Xdapat jigging kt Tjg Tuan, kt kolam jugra pun jadila ;D ;D ;D
     
  5. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Hahahaha karen ikan kolam bayar memang kawkaw ;D ;D
     
  6. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Tarikh: 21 Mac 2015 (Sabtu)
    Masa: 5.30 ptg
    Tempat: Kolam sekitar jugra (lupa lagi nama dia hehe)

    Kali ni saya ajak adik kedua pulak.
    Dia nak merasa lauk kerapu pulak untuk hidangan bersama tetamu yang datang ke rumah.

    Mula2 sampai kolam kerapu, tengok hasil memang besor giler, paling kurang 3kg.
    "kalau aku dapat 3kg, mau kena bayar rm114" Sampai adik pun tanya "duit hang ada brapa?"
    Berbekalkan duit yang kami ada (rm150), kami tawakkal jela, Nak saiz bawah 3kg.

    Dengan teknik yang sama (micro jigging), saya ajar dia cara-cara penggunaan.
    Sekejap je dapat faham teknik ni dan terus strike. Kurang 2 minit naik sekor ni.
    Punyala seronok sebab dapat kerapu kecik!!!! (Doa tu penting ;))

    [​IMG]
    [​IMG]
    Berat:1.4kg
    Kekili: Shimano Stradic 2500FA C14+
    Joran: Tsuri Jigu PE 0.8-1.5
    Tali: 20lb braided (lupa jenis apa)
    Jig: Sealand 7g black

    Mamandangkan duit baki ada lagi, adik cadang nk tambah sekor ikan jenahak.
    Tetapi sejam lebih jigging, tiada jenahak yg sudi menyapa jig kami.

    Lalu kami pun beransur pulang.
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  7. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Terbaik dari tuan Pak Syed n adik beliau ;)
     
  8. TAHNIAH pak syed....kolam kapu tu kolam azizi rasenye...sy guna udang zerek...puas narik smpai tak lalu nk narik kapu dah...last2 lunyai udang zerek kne bantai ngn kapu...
     
  9. kakapitam

    kakapitam 0129457625

    Tahniah baang....
    Alahai di kemaman x de pulak yg frenzy mcm ni.......
     
  10. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Kerapu tu x melawan pun, cuma memberatkan diri je. Tu yang susah nak tarik naik tu.
    Kalau kerapu tu tarik non stop, terus angau nak turun kolam tu lagi. ;D ;D
     
  11. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    EKSPIDISI CANDAT SOTONG BERSAMA GENG PENJARA KAJANG.

    TARIKH: 4 - 5 APRIL 2015
    MASA: 5 PETANG - 6 PAGI KEESOKAN HARI.
    ANGGOTA: 41 ORANG (4 BOT)
    SPESIS TARGET: SOTONG & IKAN (KALAU ADA)

    [​IMG]
    [​IMG]
    Kali ni saya bersama geng Penjara Kajang buat kali ke-5. Penyertaan peserta kali ni penuh & terlebih sorang setelah pujuk rayu diterima pihak penganjur. Perjalanan dengan menaiki bas. Nak bercerita malas la sebab ni kan ruangan gambar-gambar je, so biarla gambar yang cerita.

    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    Secara keseluruhan hasil agak kurang berbanding tahun lepas. (tekong jugak dipersalahkan, huhu....)
    Bot lain boleh hasil kaw kaw punya (400kg).
    Setelah dibahagi sama rata, sorang dapat +/- 4.5kg je
    Bolehla buat lauk.
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  12. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Update hasil dari KOLAM JUGRA

    TARIKH: 6/4/2015
    MASA: 3.30PTG

    [​IMG]
    [​IMG] [​IMG]
    KERAPU anggaran 5kg (Berat sebenar xtahu)
    Joran: Daiwa Megaforce Ultra Light 2-6lb
    Kekili: Shimano Slade 1000FB
    Tali: Mustad Mono 10lb
    Jig: Sealand Blue 7g
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  13. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Mantap hasil....tahniah...
     
  14. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Hasil terbaru berdekatan rumah
    4 Mei 2015
    Haruan ni nampak mcm besar giler tapi bila timbang cuma 1.7kg
    Ni hasil dari ayah, aku kumpau !!!!

    [​IMG]
    [​IMG]
     
    Last edited: Nov 19, 2017
  15. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Dah tolak kt pasar borong, dapatla rm31.
    Jadi la dari xdpt duit langsung.
     
  16. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Besar molek ruan ni..awat tk bawak mai umah..ada org nk beli...hurmmm...
     
  17. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    la, awat tak habaq awai2. ;D
    Kami dapat ja haruan, esok terus pi jual, sbb takut mati.
     
  18. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    Nnt klu ada..wasap ok...
    Sabtu ni ada komplotke meruan...?
     
  19. Pak Syed

    Pak Syed Boleh je call 012-2148135

    Sabtu petang tu boleh, pagi ada program dgn family
    Tempat nnti bgtau, xleh bgtau kt sini. Kang pupus
     
  20. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

Share This Page