BETUL KE KALAU ISTERI MENGANDUNG, SUAMI TEK BLEH G MANCING?

Discussion in 'Panduan, petua & Kaunseling' started by santap, Feb 7, 2009.

  1. santap

    santap Hidup Ibarat Roda

    aku nak tanya pandangan dan pendapat.

    dulu masa bini aku mengandung aku punyala takut nak p mengai.
    orang tua kata takut mulut anak ghabit(terbelah).
    aku tanya seorang alim ulamak mengenai benda ni.
    dia kata apa nawaitu(niat) kita untuk mengai. cari rezeki atau mengainaya ikan.
    aku kata untuk cari rezeki sampingan.

    dia kata klu mcm tu x ada masalah. rezeki datang dari allah.
    kita harus terima walau mcm mana anak kita yang dilahirkan nanti. semua tu dugaan dari allah.
    dia kata lg klu mcm tu nelayan yang cari ikan x payah turun cari rezeki la selama 9 bln.
    dalam hati aku kata betui apa uztaz ni kata.

    dia tambah lagi(aku dah kena tarbiah) masa bini tengah sarat x payah la p. teman bini kat umah
    takut nanti dia beranak x da orang.
    dia kata lagi klu ditakdirkan anak tu lahir cacat. habis semua barang pancing yang mahal dibuang@ dibakar. tu dah jd amalan syaitan. benda tu x bersalah pun.
    mcm tu la ustaz katu habaq kat aku.
    hati aku dah mula tenang dengan mengurai kekusutan yang ada.

    p/s: yang penting nawaitu(niat).
    renungkanlah :) :) :)
     
  2. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    betul tu.....sy dah lama dgr benda ni.....

    ada ustaz tu kata...petua/pantang larang org dulu2 ni mungkin dibuat sebab di zaman dahulu tidak ada telefon dan kenderaan....

    jd bila kita keluar memancing....akan menyebabkan sukar di hubungi....
     
  3. CQ

    CQ QURSANYproductions

    kebanyakan perkara yang terjadi itu selalunya orang kaitkan dengan kebetulan, namun jika selalu terjadi, dimanakah nak diletakkan 'kebetulan' itu?, pantang orang2 tua hendaklah juga diambil kira, jika pantang itu untuk anak2 mungkin ada kiasnya, tapi jika untuk orang dewasa pasti ada natijahnya.... lagi pun aktiviti memancing ini bukannya ujud setahun dua, zaman 'tengkiu kudin' dulu pun dah meriah dah..! ;)
     
  4. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Abg berpendapat semua yang di buat oleh orang tua kita dulu boleh diteruskan. sebab banyak menjurus kepada kebaikkan. Kita boleh gunakan kepada anak-anak kita, petua-petua semua tu boleh dikatakan masih releven... boleh guna sbb ianya boleh membantu kita mendidik anak yg masih kecil... bila dah besar nanti munkin dia pulak gunakan pada anak2 dia... selagi petua-petua orang tua-tua tidak merosakkan akidah dan akhalak kita rasanya boleh lah kita teruskan petua-petua tu....

    p/s - Jangan makan pindah-pindah... tu yg abg suka sangat tu...,. ;D
     
  5. santap

    santap Hidup Ibarat Roda

    petua tu pun saya suka bang bidan. ;D ;D
     
  6. bidan

    bidan "Mancen sampai Pensan"

    Hang jang dok gatai... kena libaih ngan bini hang apa tak dapat....

     
  7. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    ni yg bro santap maksudkan...........jgn la pulak bila baby yg lahir sumbing....trs g bakar suma alat pancen....ni yg buat lri akidah....

    sebab tak dapat menerima ketentuan dr YANG MAHA ESA........disalah kan pula brg2 yg tidak bernyawa....
     
  8. ejoy_burger

    ejoy_burger Marlin Staff Member

    saya setuju sangat dengan apa yang bro santap cakap tu...
    saya pun pernah tanya dengan satu orang golongan cerdik pandai...
    dia pun cakap macam tu gak...
     
  9. pancinglama

    pancinglama Administrator

    kalau ikut dari segi agama memang tak ada salahnya. kita bukan nak menganiaya makhluk lain. kita cuma nak cari sezeki. buruk dan baik dari dari allah, bukan dari makhluk itu sendiri.

    saya memang tak mempercayai benda2 sebegitu. dan saya memang tak ikut. tapi perlu diingatkan janganlah sampai di abaikan orang rumah tu pula. asyik mancing je. memang nak kena bakar le reel/rod tu. terutamanya bila dah nak deliver tu. stop le memancing tu kejap. kot memancing sejam dua tu mungkin ok, tapi kalau hilang semalam dua memang sah nak kena. yg penting kita perlu bertimbang rasa. bayangkan kita yg dok kat tempat dia. macam mana perasaan kita??? jawapannya..... lu fikir kan la sendiri ;D ;D
     
  10. k0pi

    k0pi • Jigging Karat • รักการตกปà

    orang rumah saya pun dah sarat 8 bulan sekarang, dan saya selalu ditegur
    oleh veteran-veteran supaya jangan mancing kerana nanti takut terikat
    dengan 'badi' ikan yang 'disumbingkan' mulutnya kerana mata kail.
    Cuma nasihat yang saya terima daripada bapa saya sendiri, ialah jangan
    bawak isteri ketika memancing dan jangan menyumpah seranah kat apa yang dapat tu
    kerana keadaan tu takbleh lari terutamanya apabila pak buntal menyambar umpan.
    Kalau tidak di'jek' mulutnya, susah nak dapat balik mata kail wooo...
     
  11. aKuAmY

    aKuAmY "Peace"

    KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi. Justeru, Pak Nuri terpanggil untuk mengisi ruangan kali ini dengan pendapat beberapa orang nelayan veteran dan pakar agama yang boleh memberi pandangan serta fatwa terbaik bagi menyelesaikan keraguan di kalangan orang ramai.

    Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami.

    Larangan ini terus dipercayai oleh mereka yang benar-benar bimbang kelahiran anak pertama mendapat cacat. Tetapi bagaimana dengan nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada pada hasil tangkapan atau hasil pancingan ikan di laut, sungai atau tasik? Apakah mereka turut tidak turun ke laut sepanjang tempoh isteri hamil?

    Tok Daing Mahadi mempunyai kepercayaan sendiri lalu menyerahkan takdir ini kepada Allah. Nelayan terus turun ke laut untuk mencari rezeki walaupun isteri berbadan dua atau hamil dan Alhamdulillah bayi yang lahir berada dalam keadaan cukup sifat (tidak ada sebarang kecacatan).

    Begitu juga dengan pandangan seorang tokoh agama dari Besut, Terengganu Tuan Haji Embong yang tidak menolak kepercayaan ini adalah satu ikhtiar untuk menyekat suami dari turun memancing ketika isteri hamil. Ini bukan pandangan ulama atau ajaran agama Islam. Justeru hakikat ini tidak harus dijadikan amalan untuk menghalang suami turun ke laut mencari rezeki.

    Namun ada kepercayaan berikutan berlaku kelahiran bayi cacat seperti sumbing bibir kerana suami dikatakan mengoyak mulut ikan ketika mengeluarkan mata kail yang menelan umpan lalu cerita itu dikaitkan dengan cacat anak yang lahir itu sebagai bukti yang terus dipercayai hingga hari ini.

    Untuk itu, sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil. Cuma atas rasa simpati jika mahu diterjemahkan sebagai kasih sayang pasangan suami isteri, maka suami akan terus berada di samping isteri pada saat-saat diperlukan. Perasaan kasih sayang begini juga dituntut oleh agama dan mendapat pahala dari Allah. Namun itu juga bukan satu petua yang terus menghalang turun ke laut ketika isteri hamil. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana.

    p/s:petua org2 dulu
     
  12. siakap_78

    siakap_78 Marlin

    YAKIN AKAN MENOLAK PERASAAN WAS2...so kena 100% kepadaNYA.. ;D ;D
     
  13. pok dik

    pok dik jika ke rinduan call 0162826501

    kawan tak setuju kalau kata tak leh mancing ketika isteri pregnant... tak adil la...

    cuba bayangkan kalau isteri kita ada 4 orang...

    diorang plak gilir2 ngandung 4 tahun sekali...

    elok bini no 1 beranak bini no 2 plak ngandung... maknanya tak leh mancing la kita sampai isteri-isteri kota monopuos... lama tu pantang...

    katakan tidaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkk......
     
  14. aKuAmY

    aKuAmY "Peace"

    hehehehe........lawak la bro...

    p/s:sayang bini ke x?
     
  15. Mrmango

    Mrmango Tenggiri

    Kawe memang tak percaya cerita2 yg menakutkan pasal anak cacat sebab bapa pegi macing ni, maklum la, minat mancing tegar. Dan dengan ada pandangan org yg tinggi agama dan berpengalaman, maka makin teguh la keyakinan.

    Cuma masalah paling besar ialah nak yakin kan org yg memang percaya dan melarang kita pegi mancing secara face on. contohnya kedua org tua kita dan jugak mertua (lebih2 lagi).

    Satu hari kawe and org rumah yg sarat ngandung pegi buat check up, dah doktor sahkan bayi sihat dan cukup sifat. Balik je dari sepital kawe senyap2 pegi mancing kat rakit kampung danga, saja nak buat point. Sebenarnya bukannya apa, kawe takut kalau2 kawe dengar larangan diorang yg macam tu, takuut2 jadi menyekutukan yg maha Esa. Sebulan lepas tu, bila org rumah dah selamat bersalin dan alhamdulillah semuanya selamat, baru saya mintak maaf dari org tua kawe dan jelaskan kenapa kawe engkar. alhamdulillah sekali lagi, selepas tu deorang tak lagi melarang pegi macing atas alasan yg tahyul tu.
     
  16. aKuAmY

    aKuAmY "Peace"

    sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil.
     
  17. aKuAmY

    aKuAmY "Peace"

    Dalam erti kata lain, kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan perlu sentiasa meminta kepada Allah pada setiap waktu dan saat supaya Dia memberikan kekuatan terutama ketika bakal berdepan dengan keganasan laut seperti ribut dan gelombang besar. Justeru, bacalah surah al-Fatihah berulang kali dan berdoa serta bermohon untuk kebaikan, kerana Allah lebih memahami sesuatu yang anda tidak faham.
     
  18. k0pi

    k0pi • Jigging Karat • รักการตกปà

    saya juga keluar memancing ketika isteri mula hamil sehingga isteri beranak, Alhamdullillah tiada sebarang 'kenan' mahupun 'badi' berlaku kepada anak saya... namun saya cuma dengar nasihat orang tua (kaki mancen jugak), jangan cabul mulut memaki, atau menganiaya makhluk Allah yang lain... walaupun mancen dapat ikan buntal berdas-das (sabar jerlaa)...

    tapi lebih dinasihatkan supaya apabila isteri selamat bersalin, takyah kuar mancen sampai isteri dah ok dari segi fizikal dan mental kerana selepas bersalin, wanita lebih cenderung mengalami ketidakstabilan emosi dan waktu tersebut, dia lebih memerlukan anda dari waktu-waktu yang lain untuk membantunya dan menguatkan semangat.

    p/s : mancen haruan dekat rumah je... buat santapan bini yang baru selamat bersalin 21/3 lepas... WAWI, ambo gantung rod semetar. tok tubik gi ngail lo nih, jago anok ngan bini dulu... sorry x contact gi ngail bro...
     
  19. summer196

    summer196 Siakap

    hehe rasenya la lg elok kot teman wife kt umah... sian dia pnat mengandung kiter leh lak g sukaria mancing.... ikot kajian keadaann emosi seorang ibu will affect the baby..... kalo ibu hepi so anak pon hepi la kuar nanti... juz my 2cen.. :)
     
  20. PeriGi_bIrU

    PeriGi_bIrU j0M ngAiL SamPaI LeBaM

    rezeki kite sume dtg dr Allah s.w.t.klu Dia kata jadi,maka jadi la,xde yg bleh halang.xde kena mngena dgn memancing nih.org tua dlu tu ckp cmtu just nk kite nih jgn tgglkn isteri,terlalu pentingkn mengai,anak isteri pn kena ingt...kwn sy,otai putrajaya prnh gtau,bini dia yg tgh sarat 8 bulan pn dia bwk,sume 5 org anak dia cmtu,xde apa2 pn,...yg penting psikologi isteri kite time mgandung tu kena jaga... ;D
     

Share This Page