ANGLERS FLAG !!!

Discussion in 'UMUM' started by cdgtxx, Jul 17, 2014.

  1. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    terima kasih sahabat2 p.net semua.....
     
  2. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Takper lah Tuan CD, saya tak amik hati dgn apa yg mereka kritik, dan saya harap Tuan CD dan kwn2 yg lain pun jgn amik hati... Tak payah panjangkan perkara ini...

    Bila kita share dlm FB, menjadi hak masing nak bagi apa2 pandangan walaupun ianya satu kririk kan yg pedas... Apa tah lagi bila kita hendak memperkenalkan sesuatu yg baru, mmg sesetgh org susah nak terima...

    Apa yg boleh saya buat, cuma bagi penerangan sebaik mungkin, serta bagi link ke sini ke sini utk penerangan lebih detail... Selain memudahkan mereka lebih faham, ianya secara tak langsung telah mempromosikan Pnet kepada mereka(utk yg bkn ahli Pnet)

    Ada juga yg sampai PM dlm FB kerana bagi pandangan, tapi setelah beri penerangan, Alhamdulillah dia terima dan menyokong...

    Ada ahli GPM sendiri yg membantu saya memberi penerangan di dlm FB selepas saya share, nama beliau Mohd Izzudin, credit kepada beliau dan GPM yg sgt komited menyokong usaha ini...

    Overall, kebykkan masih menerima dgn baik kerana jumlah LIKE yg saya terima utk semua share adalah beribu...
     
  3. tawau

    tawau 0176057781

    Terbaek bohh :D
     
  4. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    terbaekkk tuan......
     
  5. Octo

    Octo Bilis

    [​IMG]


    Assalamualaikum kawan-kawan semua,

    Alhamdulillah, penerimaan yang amat positif berkaitan bendera pemancing ini.
    Sesuatu yang saya sendiri tidak menduga sama sekali akan sambutannya.

    Asalnya ikon ini hanya saya gunakan secara 'kecil-kecilan' di GPM sebagai bendera
    kami adalah pemancing. Namun atas beberapa ajuan dan desakan, ikon ini di'viral'kan
    hanya melalui dari mulut ke mulut...( bukan cemolots ekk..) dan kini sudah berada
    hampir di separuh Semenanjung stiker-stiker Anglers Flag ini.

    Saya juga terhutang budi kepada tuan CDGtxx kerana sudi berkongsi visi di Pnet
    berkaitan Anglers Flag ini. Semoga cita-cita kita semua tidak terbantut disini sahaja.

    Dari Jumaat lepas, sudah 3 hari kami edarkan secara percuma bendera cetakan stiker AFlags ini.
    Antara yang menerima AFlags ni ialah kawan2 GPMers, kawan2 di IKANZ tshirt product, kawan2 di Fishology.com,
    kawan di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Pahang.

    Antara lain grup2 Coarse Fishing Malaysia, Steve Lockett - Pro Angler dari UK (Coarse Fishing UK),
    kawan2 di KAGUM, Brader Aznir Malek dgn geng2 TOUR MALAYSIA dengan motorsikalnya,
    Halimi Hanip - Ketua Editor Sirip, CS Fong - Ketua Editor Rod & Line, Joe - Penulis tetap di Rod
    & Line dan ramai kawan2 lain.

    Saya ada simpankan sedikit stok untuk kawan2 di Pnet. Buat masa ini, kami terpaksa hadkan sehelai
    seorang, supaya semua dapat memilikinya. Jemputlah nanti ke lokasi GPM singgah minum, lepak2,
    dan in sya Allah dapat le sehelai seorang Aflags ekslusif untuk kawan2.

    Khas untuk tuan AnakLaut, promosi anda di FB menjadi pencetus harapan ramai pemancing dengan Aflags ini.
    Jutaan terima kasih dan saya sudah 'reserved'kan Aflags khas untuk tuan. Cuma tatau camana nak bagi..
    Boleh whatsapp saya di talian 0124742336.

    Akhirkata,
    Harapan Pnet terus maju di persada memancing tanahair. In sya Allah.



    * Tuan CD, bila nak mai Sentul bang oii...meh le...
     
  6. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Sama-sama Tuan Octo...

    Saya kenal Tuan Octo dulu semasa dlm Forum Kakipancing.net 7 tahun yg lalu sebagai Admin di sana...

    Saya menyokong penuh usaha mewujudkan Angler Flag ini sebagai satu ikon atau simbol utk pemancing2 Malaysia khasnya dan pemancing2 dunia umumnya...

    Kalau "Barber" pun ada simbol ikon sendiri, inikan pula kita sebagai pemancing yg mempunyai jumlah berjuta org di Malaysia, mmg wajib ada satu ikon rasmi utk melambangkan Hobi kita ini...

    Berkenaan share yg telah saya viral kan di FB, ianya masih terus mendapat sambutan dan masih lagi mendapat pertambahan share dari semua angler sehingga hari ini...

    Tuan Mohd Izzudin ada menjemput utk ke Yamcha di Sentul, walaupun agak jauh, InshaAllah saya cuba utk ke sana nanti... Sekarang agak sibuk dgn kerja, mgkn bulan dpn InshaAllah...
     
  7. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    InsyaAllah tuan octo..sy kepenatan sikit s2-3 ari ni....huhu..tua dah..
     
  8. kimie

    kimie Marlin

    penat makan kueh raya nih...hehehe ;D ;D
     
  9. eizam

    eizam Marlin

    kalau ada nk bg free...nk jgk...

    zam boleh bg wang pos....
    boleh di gunakan di selatan Thailand nie..

    Admin atau sesiapa...
    mohon bg link FB berkaitan bendera ni..dlm bahasa Engeris..
    sbb nk share kepada team Pemancing Selatan Thailand...

    mungkin jg boleh share dgn para Jump Frog maker Thailand nie...
     
  10. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    tuan eizam..versi bahasa inggeris xde pulak...

    mungkin tuan octo boleh usahakan sesuatu..
     
  11. eizam

    eizam Marlin


    TQ sifu,

    nak sangat bahasa inggeris,
    baru la lebih meluas penyebaran makluman ni...
     

Share This Page