ANGLERS FLAG !!!

Discussion in 'UMUM' started by cdgtxx, Jul 17, 2014.

  1. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    Artikel dipetik dari http://gopancingmalaysia.net/index.php?topic=1489.msg36590;topicseen#new
    Oleh : Octopussy {Executive Member of SHOGUN Council Ronin Aji}


    [​IMG]

    Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua kawan-kawan sepemancing..

    Kali ini atas permintaan beberapa rakan di GPM, saya dengan berbesar hati
    menulis akan sedikit cerita tentang bendera ikon GPM yang telah digunapakai
    sejak dari tahun 2011.

    Bendera ini saya cipta sendiri pada tahun 2011 atas dasar inginkan sesuatu
    yang berbentuk ikonik seperti bendera yang digunakan oleh para penyelam skuba
    diseluruh dunia. Mereka menggunakan bendera berwarna merah bersilang warna putih.

    [​IMG]

    Bendera berwarna merah putih yang digunapakai oleh penyelam skuba seluruh dunia. Ketika bendera
    ini dipasang sebegini menandakan ada penyelam sedang menyelam dikawasan tersebut.


    Bendera Pemancing ini masih lagi belum popular dikalangan pemancing, pengendali bot
    dan mereka yang ada kaitan dengan Sukan memancing didalam negara ataupun luar negara.

    Bendera ini hanya diguna-pakai oleh penggiat forum di GPM dalam bentuk logo, sticker,
    baju dan beberapa perkara lain.

    Warna biru yang terdapat pada bendera melambangkan warna air iaitu sumber utama yang
    perlu dalam Sukan Memancing. Biru juga melambangkan keharmonian, ketenangan dan
    kesabaran yang perlu ada pada pemancing.

    Ramai menceburkan diri dalam dunia memancing ini inginkan ketenangan jiwa dan sedikit
    rasa aman melepas lelah dari kesibukan pekerjaan dan hidup sosiul lain.

    Warna putih pada bendera pula melambangkan kejujuran, kekuatan jiwa dan kesihatan tubuh badan
    yang bersih lagi suci. Elemen-elemen yang perlu ada pada setiap individu yang menceburkan
    diri dalam Sukan Memancing ini secara serius.

    Bendera Biru-Putih ini yang dikibarkan dilaut (dipasang pada kapal/bot pemancing) menandakan
    aktiviti memancing sedang dijalankan.

    Buat masa ini, tiada lagi pengiktirafan pada bendera ini atau penggunaan secara serius ikon ini
    di mana-mana tempat di Malaysia. Namun saya berharap suatu hari nanti, bendera ini akan dapat
    diterima diseluruh dunia dan menjadi satu ikon kebanggaan individu yang bergelar 'Pemancing'.

    Kepada yang berminat untuk 'mempopularkan' bendera ikon pemancing,
    boleh sahaja untuk terus menggunakan ikon ini
    tanpa perlu merujuk kepada GPM.


    Ini nombor rujukan untuk coloration tepat atau CI bagi bendera ini :

    - C-90, M-4, Y-0, K-0
    - R-0, G-173, B-239




    [​IMG]


    Dalam jangkamasa terdekat ini, GPM akan menghasilkan bendera ini dalam bentuk sticker/pelekat
    untuk di beri secara percuma kepada semua kawan-kawan dan sesiapa saja yang inginkannya.
    Sticker ini boleh dilekatkan sebagai tujuan promosi di bot-bot, kedai-kedai pancing dan dimana saja
    yang kita rasakan perlu.

    Semoga kita semua berjaya! insyaAllah..


    Kredit to http://gopancingmalaysia.net
     
  2. jaih

    jaih Pelata

    nice info tuan...
    bleh edit ah avatar kawe nanti...
    guna angler flag nih
     
  3. manba_nkk

    manba_nkk Arowana

    Terbaik ;)
     
  4. afiz

    afiz P.net DUN Klang ... 019-2453593

    tovaekkkkkk
     
  5. terbaik tuan GM.....
     
  6. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    kredit utk kru2 GOPANCINGMALAYSIA atas inisetif memartabatkan sukan memancing...

    so...klau tuan2 ada grup....atau nk letak kt signature....pkai je la...

    GPM mengalukan2 sebab memancing adalah milik kite semua...
     
  7. tengasmerah

    tengasmerah Arowana

    baru jer baca info ini, memang terbaekkklah tuan CD.. hihi ;D ;D ;D
     
  8. itosayasuka

    itosayasuka BAHAI LA AWOKKK !!!

    setuju 1000% ;D ;D ;D ;D
     
  9. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    erkk....3 kosong tu...hehehe
     
  10. ASWAD

    ASWAD 012-9218472 / aswadkbs@gmail.com

    cun n terbaikkk...sokong 100 per 100 ;D ;D
     
  11. itosayasuka

    itosayasuka BAHAI LA AWOKKK !!!

    yess....mmg nak tulis seribu peratus...kekekeke ;D ;D
     
  12. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    bahai la awokkk..hehe
     
  13. berudu

    berudu Kejayaan Tdk Akn Dtg Kpd Manusia Yg Leka

    Mantops n terbaiklah... I like it...
     
  14. AbangSayang

    AbangSayang WhatsApp/Telegram : 013-4244994

    terbaik...baru tahu ni..tq tuan CD atas info... ;)
     
  15. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Trademark Terbaik...

    Abg occtopussy lama tak dgr cerita, geng2 GPM, Ali putat niezam dll...
     
  16. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Saya sudah share dlm FB lebih kurang 30 Group memancing termasuk 3 Group berbangsa cina, 1 thailand dan 1 Indonesia...
    Setakat ini lebih kurang tempoh 24jam, yg di letak dlm wall saya shj telah di share hampir 60 org, ini tidak termasuk share dari group yg saya telah letakkan...
    Tak lupa juga share dln 3 group memancing wassap...

    Pelbagai komen, kritikkan, provok, puji, keji dan mcm telah saya terima... Tetapi kita amik positif shj, yg negatif saya tolak tepi...

    Yg paling byk, mengatakkan bahawa warna biru mcm bendera Israek... Adehhhhhh...

    Ada ahli pnet jugak yg mengutuk flag ini... Huhuhu...
    Mgkn kereka taktahu bahawa saya forumer pnet kerana dlm FB saya menggunakan nama penuh seperti dlm mykad...
     
  17. tawau

    tawau 0176057781

    Memang terbaik, peningkatan standard dalam dunia pancing malaysia moga-moga dapat bersaing dengan negara negara lain... ;D
     
  18. cdgtxx

    cdgtxx KAJANG ANGLER 1978 Staff Member

    klau tak kebertan...sila PM sy...

    mereka2 ini ibarat duri dalam daging...

    berkenaan bendera israel....rasanya dorang sekolah takat tadika kot...

    warna biru pun tak sama....corak pun tak sama....

    tang mana dia kata sama tu...pelik kan manusia ni.. ;)

    [​IMG]
     
  19. eizam

    eizam Marlin

  20. eizam

    eizam Marlin

    Tuan,

    Saya jg promote angler flag...

    dah tukar gambar profile ke Angler Flag...

    smoga diterima umum kelak...
     

Share This Page