Anak Dalam Kandungan Diculik Bunian

Discussion in 'Kisah Seram dlm hidup anda.' started by jman, May 8, 2012.

  1. lemanspring

    lemanspring Marlin

    apa dia makrifat? syariat? hakikat?
    saya pun x berapa faham..
    maklum la mengaji x habes .. ;D ;D
     
  2. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Maksud saya,walaupun jin setan ni makhluk yang leh wat macam2 pada kita,tapi atas faktor tuan-hamba maka setan ni akan ikut apa kata tuannya.jangan lupa allah hanya beri akal fikiran pada manusia.tidak pada setan,hatta malaikat sekalipun
    kerana taatnya setan pada nabi allah sulaiman,tunduklah setan sehinnga baginda wafat pun setan tak sedar.sama kes dengan jagung rebus.tunggu punya tunggu tuan dah mati setan pun tak perasan
    Jadi gunakan akal tu untuk kebaikan kita.kalo ada saka,baunglah sementara tengah sihat.kalo tengah nazak memang anak cucu kitalah jadi korbannya

    bab takrikat,makrifat,syariat tu,saya tak berani nak cerita pasal benda ni duk sebelah menyebelah dengan iman.tergeliat kit,nauzubillah..saya ni suka duk bercampur dengan orang2 tua.dengar & paham sikit2 je.hehee
     
  3. lemanspring

    lemanspring Marlin

    macam tu ker tuan maksudkan..rasanya banyak perbezaan di situ?

    a)*Iblis taat/takut dengan nabi Allah Sulaiman a.s atas perintah Allah s.w.t(ini adalah mukjizat rasul)
    b)jin(saka) taat dengan Manusia...bukan atas perintah Allah s.w.t (ini perkara syirik dan khurafat) .

    **82. Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam
    (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu,
    (Al Anbiyaa').


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    "mukjizat seorang rasul tidak sama dengan perkara syirik@khurafat"

    8...Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun
    orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya.(Al Anfaal)

    81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap".
    Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.(17. Al Israa')

    minta jangan samakan yang cerita yang Haq(daripada Al-Quran) dengan
    tabiat nenek moyang(yang tidak tahu kesahihannya)...harap maklum


    42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil.. (Al Baqarah)
     
  4. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Maksud saya,saka tu ikut perintah tuannya.contoh saya dah cerita kat atas.bukan nak samakan kisah dalam quran atau haq & batil.sekadar contoh.cuba pahamkan apa yang saya cuba sampaikan
     
  5. jman

    jman Marlin

    Baru pagi tadi saya berbincang dengan seorang ustaz perawat Darul Syifak. Tajuk perbincangan tentang saka. Seorang murid saya menghadapi gangguan ketika duduk di asrama.Kes terbaharu, pelajar tersebut 'hilang' selama 48 jam dan ditemui dengan masih berpakaian uniform lagi. Menurut pemerhatian ustaz berdasarkan tanda-tanda yg dilihatnya, kemungkinan keluarga pelajar tersebut ada saka. Saya tanya ustaz tersebut sama ada ahli keluarganya tahu atau tidak mereka ni 'bersaka'. Menurut ustaz ni, ada dua kemungkinan iaitu tidak tahu atau tahu tetapi menganggap benda ni tak perlu dibuang kerana tidak membawa mudharat. Inilah yg dikhuatiri kerana silap-silap boleh jatuh syirik jika mengharap pertolongan saka dan bukannya kepada ALLAH. Teringat cerita WARIS yg disiarkan di TV3.
     
  6. ArifDalaz

    ArifDalaz cout<<"iAm IP Man 3"<<"Hahaha- - -*";

    setiap perkara datangnya dari Allah swt, dan dari Allah jugalah yg memberikan penyakit serta menyembuhkannya..nasihat saya, pergilah berubat secepat yg boleh, amalkan bacaan doa2 elak gangguan jin iblis, jauhkan daripada perbuatan KEJI dan MUNGKAR serta solat jgn sesekali diabaikan.

    Kisah kandungan kena culik bunian tu sebenarnya lebih kepada perkara ghaib, mustahil sama skli kandungan kena culik melain beberapa sbb : 1. Saka 2. Si isteri disetubuhi jelmaan menyerupai suami 3. Jin iblis menghalusinasikan pandangan kamu ( cth: bedah ghaib )

    Perkara2 yg menguatkan iman seseorang:
    1.rajin menunaikan solat 5 waktu serta solat sunat
    2.rajin membaca al quran setiap waktu
    3.banyak bergaul dgn jiran tetangga serta alim ulamak
    4.menjauhkan diri daripada perkara2 yg melalaikan ( berjudi, melepak magrib2, masuk hutan tampa doa kepadaNYA)
    5.Ajar anak2 supaya mengaji dirumah sendiri.
    6.Setiap kali minum air masak, pastikan membaca doa serta 3x ayt kursi + 3 qul, telan seteguk2 jgn gelojoh, serta niat dlm hati minta pelinduganNYA.

    harap membantu.
     
  7. lemanspring

    lemanspring Marlin

    Payah , jika tiada Rahmat Allah apabila ingin bezakan yang haq dengan syirik(batil)..kalau tiada panduan dan pengajian dari Al Quran dan Hadis...
    bila ada perkara ajaib/aneh jer...dia rasa bangga , dia ada sesuatu keajaiban dan tiada pada orang-orang lain.

    33. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil,
    melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya.
    (Al Furqaan)
     
  8. Maarz

    Maarz kumpau + bangau = saya?

    Janganlah cakap saya tak dapat rahmat tuan lemanspring.kecik hati saya.hehee
    saya beri contoh yang paling mudah.terpulang pada pemahaman orang yang membacanya
    serendah2 tingkat iman ialah orang yang mengalihkan ranting di tengah jalan
     
  9. lemanspring

    lemanspring Marlin

    43. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.(Al Ahzab)

    155. Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.
    (Al An'aam)

    Wallahualam..
     
  10. khairible

    khairible Marlin

    bismillahirrahmanirrahim

    makhluk halus ni, berani sangat pun boleh memudaratkan, takut sangat pun boleh memudaratkan..

    berani yang tidak layak membawa kepada kesombongan,
    takut yang tidak layak membawa kepada syirik khafi,

    walaubagaimanapun kita berlindung kepada Allah pada setiap hembusan nafas kita dengan zikrullah, insya Allah..

    Abu Yazid Al-Bustami berkata: Aku telah keliru pada permulaan fikiranku tentang 4 macam:
    1) Aku mengira bahawa aku yang mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengingatiku.
    2) Aku mengira bahawa aku yang mengenalNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mengenalku.
    3) Aku mengira bahwa aku yang mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya mencintaiku.
    4) Aku mengira bahawa aku yang menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dialah yang jauh sebelumnya menghendakiku.

    Mari kita cuba hayati apa yang sebenarNya dihayati oleh bro Abu Yazid sampai tubik penghayatan beliau seperti di atas..

    hasbunallahu wani' mal wakeel...
     
  11. lemanspring

    lemanspring Marlin

    mahluk halus ???????
    apa maksud berani = mudarat
    apa maksud takut = mudarat

    apa kaitan kenyataan Abu Yazid dengan mahluk halus nie??
    pening jugak .. x berapa faham la ???
     
  12. khairible

    khairible Marlin

    hehehe, segalaNya berkaitan untuk saya yang dangkal ni tuan leman..
    tak bermaksud untuk memeningkan sesiapa.. hehe..
    jika tuan leman berkelapangan, boleh juga amati pautan berikut;
    http://kubranewszamany.blogspot.com/2010/01/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang.html
    panjang lebar lah tapi penulisannya... :D ;) :D ;D
     
  13. lemanspring

    lemanspring Marlin

    ini aktikel kajian hantu-hantu nusantara yg suka melayu jadikan "sahabat aka saka"..
    dan cerita2 alam kerohanian yang berbentuk penulisan(pelik dan janggal)..
    yang mana hampir2 kepada karut jikalau bukan ahlinya yang membaca dan memahami nya...

    takde pun cita..dengan mahluk halus ???????
    berani sgt = akan mudarat
    takut sgt = akan mudarat
     
  14. khairible

    khairible Marlin

    saya pun dengaq ustaz IK yang habaq lagu tu, kalau tipu ustaz IK, tipu jugalah saya gamaknya... :-X :-X
     
  15. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Klu kat US, kompom diorg ckp alien yg culik... Hehee...
    Klu kat Malaysia, masyarakat kita ckp bunian yg culik...

    P/S: Aku tlg tafsir malsud En Khairible...
    Terlalu berani nanti boleh mendtgkan sifat bangga diri, riak, juah...
    Terlalu takut nanti senang la kena kacau dgn jin, iblis dan syaitan...
    Camtu la kot...
     
  16. khairible

    khairible Marlin

    [​IMG]
     
  17. lemanspring

    lemanspring Marlin

    ooo..itu mcm kaa..ckp/keterangan musti mau jelas dan nyata..
    jangan biarkan ianya tergantung...baru den paham maksud mu wahai En Khairi..

    tetapi "berani" itu adalah anugerah Allah s.w.t , atas bimbingan(ilmu) dan petunjuk dr kitab Allah s.w.t..
    zahirnya kena tonjolkan "berani" ... tetapi "hati kecil" itu wajib ada perasaan roja(takut) dan khauf(berharap)
    hanya kepada Allah s.w.t .... bukan main hantam seberono je ... jangan cuba buat-buat berani.. ;D ;D ;D

    jadi yang berani itu sebenarnya takut pada Allah s.w.t ... mana boleh nak timbul riak pula ...
     
  18. khairible

    khairible Marlin

    kita sama-sama belajar... :D
     
  19. anaklaut

    anaklaut 0176978709

    Itu terpulang pada individu la sbb kontek dia luas...
    Takut mendatangkan riak, juah, takbur dsb shj...

    Nak tido dah nih, baru lepaih bunuh setan tadi... :D kekeke...
     
  20. lemanspring

    lemanspring Marlin

    banyak lagi kawe kena belaja...apa yg mampu kawe kongsi la kat sini
    yang boleh terima..terima la....yang tak bley terima , mcm2 tohmahan kawe dapat..
    kawe pun mahluk biasa je ( takde gred ) - mahluk lemah dan tipis iman ,
    semua yang ado nie "subsidi berkala" yang dicampak oleh Allah s.w.t jer ...
     

Share This Page